Assalamualaikum,
Agar kenangan terindah ini sentiasa segar dalam ingatan mama, akan mama coretkan cerita tentang Azim di alam blog untuk tatapan semua.Semoga niat ikhlas mama berkongsi kisah Azim di dalam alam maya dirahmati Allah s.w.t Amin.....Secara
jujurnya pada kelahiran anak ketiga saya, saya diduga dengan perkara yang tidak
pernah terlintas pun di hati saya akan saya lalui. Leka dengan kehadiran anak
kedua Muhammad Arif yang comel dan bijak...saya dibuai-buai perasaan yang
tidak patut ada pada seorang hamba yang bersyukur. Saya leka dengan puji-pujian yang juga dari hamba ciptaan Allah s.w.t seperti saya. Saya lupa dan benar2 lupa bahawa ada satu kuasa yang memungkinkan segala2nya. Setelah usia anak kedua saya setahun , saya disahkan hamil lagi. Perasaan saya bercampur baur diantara suka dan tidak. Rapatnya anak aku..getus hati saya...lalu terus saya khabarkan pada mr husband yang sememangnya gembira dengan perkhabaran ini.
Pada awal kehamilan tiada beza antara dua kehamilan sebelum ini, tetapi saya diserang sakit kepala yang amat sangat sehingga terpaksa menelan panadol beberapa kali. Saya juga tidak berapa sedap badan kali ini.Saya juga mengatakan kali ini saya tidak mahu buat checkup di hospital kerajaan. Saya nak pergi ke klinik panel saja. Susah nanti nak ambil cuti..kata saya. Mr husband hanya mengiakan saja..Setelah usia kandungan baru masuk lima bulan saya buat first checkup di klinik panel. Dengan sekali imbas sahaja jantina anak sudah diketahui...Ini kalau tak silap saya ni lelaki lagi nih....kata doktor yang namanya saya rahsiakan...Ha...lelaki lagi anak aku!!!..ingatkan perempuan tadi.....
Apabila kandungan saya genap 7 bulan, kandungan saya di imbas lagi...dan kali ini doktor tersebut mengatakan bahawa kandungan saya kecil...dan doktor itu sempat berseloroh..".awat adik tidoq ka...awat x mau bangun???"Kata2 itu tidak mendatangkan apa-apa makna pada saya ketika itu."Kalau kecik senanglah sikit nak bersalin" inilah katahati yang muncul di benak hati saya pada ketika itu...Akibat kepenatan melayan kerenah anak yang kedua yang masih kecil dan lasak...maka saya jarang/tidak bercakap, mengelus,membelai kandungan saya pada kali ini..Bila doktor tanya anak bergerak ok ke tak...saya jawab anak dalam kandungan saya ni macam kurang aktif atau tidak bergerak aktif seperti abang2nya sebelum ini.Tapi respond yang saya terima dari doktor tersebut adalah..."anak hang kuat tidoq la tu"....Kata2 itu masih terngiang2 di telinga saya...andai kata jika ada yang tak kena kenapa doktor tidak rujukkan saya pada hospital? Perlakuannya seperti ianya sesuatu yang normal yang tidak perlu dibimbangkan. Saya yang sememangnya naif dan khilaf dalam perkara ini turut membiarkan anak saya kandung membesar dalam keadaan yang .......(maafkan mama azim...mama x tau).
Muhammad Azim dilahirkan pada hari Jumaat 05/11/2004. Dilahirkan dengan berat badan underweight iaitu 2.1kg. Setelah melahirkan, seluruh badan saya sakit2 kerana sakit bersalin kali ini sangat bisa.....saya masih ingat lagi kata salah seorang jururawat disitu apabila Azim di lahirkan...kesiannya dia...kenapa kesian yer...lantas apabila Azim diletakkan dipangkuan saya mencium pipinya...kenapa baunya tidak seperti anak2ku sebelum ini..kenapa tak wangi.....subhanallah...kesiannya anak aku....badannya sangat kecil, lemah, hidungnya kemek, jarak antara matanya jauh...sakit kah anak aku ni? Ya Allah kasihanilah anakku ini....
Muhammad Azim ketika 1 tahun..mama sayang Azim..
Lantas saya teringat...semasa proses memecahkan air ketuban sebelum kelahirannya...jururawat kata kotornya air ketuban. Air ketuban yang kotor menandakan adanya jangkitan kuman yang serius. Ya Allah...anak yang aku kandung kali ni dapat tempat tinggal yang kotor/kuman? Kesian nya anak aku...macam mana azim nak sihat mama? macam mana azim nak gemuk mama? macam mana azim nak cerdik mama?.......Semua yang mama makan...semuanya tak sampai pada Azim mama...Ya Allah betapa sengsaranya Azim masa dalam perut mama...maafkan mama Azim.....


Tapi saya bersyukur setelah keputusan ujian kromosom yang di buat ke atas Azim adalah normal...tapi saya masih tertanya-tanya apakah sakit yang menimpa anak saya ini. Doktor yang merawatnya mengatakan bahawa penyakit anak saya ini dimasukkan di kategori penyakit jarang jumpa. Sehingga ke saat ini penyakit anak saya tidak dapat dipastikan lagi..Semoga anak mama akan sihat seperti abang2nya yang lain.Mama bertuah kerana melahirkan mu Azim...izinkan mama, papa dan abang2 mu menumpang rahmat yang dilimpahkan Allah kepadamu sayang mama............Azim..
huhuhuhhuhuhu.. wawaaaaaaaaa..wak lu publish citer sedih nieh..
ReplyDeletebelum lagi masuk bab sadis....waaaaaaa........
DeleteSalam puan. Sy tertarik dgn artikel puan. sy nk tnya 1. doktor ad tak mengesahkn yg ank puan mmg dijangkiti kuman ketika masih dlm kandungan? 2. boleh tak puan bgtau sy ap diagnosis doktor utk ank puan ni? 3. saya ad baca artikel lain mengenai anak puan yg puan tulis ni, anak puan mmg tak ada masalah chromosome spt yg puan bgtau kan? pernah atau ada tak doktor bgtau yg anak puan ni mungkin ada cerebral palsy ? thx puan
ReplyDelete