Thursday 29 November 2012

HAPPY 14TH ANNIVERSARY....

Assalamualaikum,
Pada 27 /11/12 yang lepas ialah hari yang paling bermakna untuk diri saya,suami dan anak2 kerana......Pada hari itu genaplah perkahwinan kami yang ke 14 tahun.Masih segar dalam ruangan ingatan saya 14 tahun yang lalu.Kami dinikahkan pada petang Jumaat oleh bapa saya sendiri dan dirumah kami sendiri...Masih teringat lagi kata2 bapa saya yang sempat bergurau..."kuat betul shamsul genggam tangan abah"dan gurauan ini saya sampaikan pada mr husband...dan katanya"abang rasa nak menggigil masatu jadik...abang genggamlah tangan abah kuat2 he he he..."

Kenduri perkahwinan kami diadakan keesokan harinya yakni hari Sabtu.Saya bersyukur di atas rahmat dan kurniaanya kerana dikurniakan dengan suami yang berhati baik,penyayang serta bertanggungjawab.

Terima kasih pada abang kerana membahagiakan Yang dan anak2.Kita telah lalui bermacam2 dugaan sepanjang perkahwinan yang lebih sedekad ini.Berbagai bentuk dugaan dan cabaran yang datang menguji.Namun kita tetap pasrah dan menghadapinya dengan hati yang tabah dan tenang.

Dikesempatan ini Yang ingin mengambil kesempatan ini untuk memohon ampun dan maaf dari abang jika selama 14 tahun kita bersama...ada bahasa dan tingkahlaku yang tidak menyenangkan abang.Semoga kebahagian ini berkekalan dan kita dikurniakan dengan anak2 yang soleh dan solehah...

Terima kasih pada abang kerana beri Yang 4 orang anak yang awesome.....

Muhammad Azieq
01.09.1999
kini 13 tahun....
Muhammad Arif
15/02/2003
kini 9 tahun....
Muhammad Azim
05/11/2004
kini 8 tahun...
Nur Hamizah
09/03/2011
kini 1 tahun 9 bulan...
roses among the thorn............
dan
terima kasih kerana sudi bagi hadiah seperti di atas.Tak pernah2 ada wallet warna merah...tup2 dapat juga.....yang penting ingatan sesama kita kan....slalunyer dapat bunga jer kali ni cam spesel ckit....walaupun bukan jenama yang mahal2 tapi saya tetap bersyukur kerana wallet saya pun dah nak koyak.......he he he...

MARAH KUNCI KEJAHATAN....




SIFAT marah yang datang daripada hati mempunyai kaitan dengan keimanan seseorang. Orang yang sabar dapat menahan kemarahan dalam saat-saat genting dan sudah tentu mendapat ganjaran di sisi-Nya. Seseorang yang dapat mengawal kemarahan adalah orang yang kuat di sisi Allah.
Daripada Abdullah bin Umar ra, Rasulullah SAW bersabda: "Tiada hamba yang meneguk air, lalu mendapat ganjaran yang lebih besar di sisi Allah daripada hamba yang meneguk air menahan kemarahan kerana Allah." (riwayat Ibnu Majah)

Sementara itu, marah dapat didefinisikan sebagai berasa panas hati kerana ditipu (dihina dan lain-lain), perasaan panas hati, berang, gusar, murka yang datangnya daripada hati. Kemarahan akhirnya meresap dalam darah dan menguasai akal fikiran yang tidak terkawal.

Dalam hadis yang lain, daripada Abu Hurairah ra, Nabi SAW bersabda: Bukankah orang gagah itu, orang kuat bertinju. Akan tetapi orang yang gagah adalah orang yang dapat mengawal diri ketika marah. (riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Dalam hubungan kekeluargaan, marah juga boleh merenggangkan antara satu sama lain. Kita boleh marah jika sesuatu yang dilakukan oleh seseorang itu bertentangan dengan Islam.

Allah amat menyukai sifat lemah-lembut. Daripada Aisyah ra, Nabi SAW bersabda: Sesungguhnya Allah menyukai sifat lemah-lembut dalam setiap perkara. (riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Begitulah juga dalam hubungan persahabatan dan kejiranan. Sifat marah boleh merenggangkan seseorang dengan sahabat atau jirannya.

Mengambil wuduk dan beristighfar dapat mengawal sifat marah. Segala-galanya dapat meruntuhkan tipu daya iblis dan menghancurkan kesesatan yang disuruhnya. Selain itu, memberi penawar hati yang marah dan gundah, sesungguhnya hati tunduk kepada Allah SWT.

Sifat marah juga adalah cerminan kalbu keperibadian jiwa yang tidak tenteram. Oleh itu, kawal jiwa kerohanian supaya hidup sentiasa tenteram, aman dan damai sepanjang masa.
Para sahabat Nabi Muhammad SAW dan ulama dahulu memberikan berbagai-bagai ungkapan dan falsafah tentang bahaya dan buruknya sifat marah.



Sumber:Utusan Melayu (M) Bhd 

Monday 26 November 2012

ATUK ZAKUAN WITH MIZAH & PIA.........

Assalamualaikum,
from left...pia, atuk zakuan & nur hamizah......
Tengah saya dok syok2 layan facebook last week...tetiba ternampak satu beautiful picture ni...saya suka sangat....sebabnya tocang hamizah tu sangat sweet and comelll di mata saya....rasanya itu adalah her first tocang in public....gambor ni masa kenuri kawin kak mastura hari tu.....

Bila saya zoom gambor ni dekat2 barulah saya tau yang anak pompuan saya ni ada iras2 saya...he he he....tapi mata dia....sepet cam papanyer...what to do.....yang betui2 iras saya ialah yang tengah2 tu...my father yang awesome....ramai kengkawan kata muka saya cam ustaz zakuan...tu la sejuk jer relationship saya dan dia....

In real set of these pictures....hanya gambo ni jer la yang si hamizah ni tengok kamera dan pia nangis...yang lelain tu............. pia yang relaxes...mizah yang nangis..............mama memang tak tahan bila tengok tongcang tu....really....

p/s:atas sebab abah saya selalu panggil mizah dgn nama mimi....skrg ni mizah panggil saya mimi kalau saya x layan dia......bertuah betullll............

TANDA REZEKI ITU BERKAT...


KEBERKATAN rezeki adalah antara perkara utama yang mesti dititikberatkan dalam hidup. Rezeki bukan sekadar wang, harta, makanan dan minuman. Sebaliknya jodoh, anak, pangkat, nama baik, kedudukan dan sebagainya juga boleh disebut sebagai rezeki. Namun dalam artikel kali ini saya merujuk rezeki kepada pendapatan yang kita perolehi sama ada dengan bekerja sendiri, mengambil upah atau makan gaji. Rezeki yang dicari dan diusahakan itu pula dibawa pulang ke rumah untuk diberi makan anak isteri. Ada orang memandang ringan akan isu keberkatan rezeki ini. Pada mereka ia hanya isu kecil yang tidak perlu diperbesarkan. Mereka ini tidak sedar wujudnya kaitan langsung antara keberkatan rezeki dengan nasib, kualiti perhubungan, kejayaan anak-anak, dan segala aspek kehidupan..

Ada beberapa sebab yang boleh menyebabkan rezeki tidak berkat. Pertama, kerana ia jelas datang dari sumber pendapatan yang haram seperti berjudi, rasuah, mencuri, menipu, nombor ekor, pelaburan haram dan seumpamanya. Namun, ada yang tidak menyedari bahawa secara halus rezeki itu boleh hilang keberkatan apabila kita yang dibayar upah atau digajikan untuk melakukan sesuatu pekerjaan, atau memikul sesuatu tugasan tetapi tidak melakukannya dengan bersungguh-sungguh. Sebaliknya apa yang berlaku ialah pelbagai masalah di tempat kerja seperti curi tulang, datang lewat, malas, kerja tidak mencapai kualiti, melakukan kerja lain sewaktu dalam masa bekerja, main-main, dengki, irihati dan seumpamanya.

Oleh itu eloklah dalam artikel kali ini kita lihat apakah antara tanda-tanda keberkatan rezeki bagi membolehkan kita sama-sama melakukan audit diri atau muhasabah.

Hati semakin dekat dengan Allah dan Jiwa Tenang
Tanda-tanda yang pertama bahawa rezeki itu berkat ialah hati semakin dekat dengan Allah. Kita bukan sahaja menjaga solat lima waktu sebaliknya ditambah dengan amalan-amalan sunat. Mulut juga sentiasa berzikir dan suka pula membaca dan menelaah al-Quran.
Pemurah
Kita mudah untuk memberi sedekah dan menunaikan zakat.
Jauh daripada kejahatan manusia dan bala
Kalau kita datang lambat, malas, kerja tidak bersungguh-sungguh, hasil kerja tidak berkualiti dan sebagainya, majikan akan menegur, menasihati dan mungkin mengambil tindakan. Namun, gaji penuh tetap diberikan. Majikan tidak pernah mengaudit gaji kita. Misalnya, katalah gaji kita ialah RM1500 sebulan. Disebabkan kita malas maka majikan bayar RM1200 sahaja. Sebabnya, RM300 ringgit itu dipotong atas sikap malas kita itu. Sebaliknya, apabila kita malas, majikan tidak pernah memotong gaji bulanan kita. Namun, kita lupa bahawa Allah menjalankan auditnya. Maka Allah tarik sebahagian rezeki itu dengan pelbagai ujian dan masalah dalam hidup yang datang bertimpa-timpa seolah-olah kita memang bernasib malang. Bulan ini telefon bimbit hilang, bulan depan kereta pula dipecah orang. Kalau begitulah keadaannya maka eloklah kita audit gaji yang diterima setiap bulan sebab bimbang kalau-kalau itulah punca kepada segala masalah tersebut.
Keluarga harmoni dan anak-anak cemerlang
Sentiasa merasa cukup dan syukur


Artikel Penuh: 
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Monday 5 November 2012

Jari Nur Hamizah tersalah urat....

Assalamualaikum,
Betul la orang tua2 kata...kalau berseronok jangan berlebih2.....bila berseronok berlebih2 maka selepas tu kita akan bersedih pulak.Semalam kami sekeluarga sangat happy sbb one whole day takder kat rumah....(naper.....dok kat umah x sronok ker????)dari pagi pergi Kuala Selangor sebab ziarah anak buah sepupu mr husband yang baru lahir...........anak yang kelima....lima2 perempuan...hebatkan...no 6 nanti insyaallah lelaki lah tu anak ko Sulha....

Saya singgah rumah mak mertua.Mr husband decide nak beli kek untuk Ahmad sebab on Monday semuanyer keje.....Saya goreng nugget, kentang goreng, jejari ayam...utk tambah menu...kebetulan abang long ada...tengah buat sup tulang...betapa bahagianya hari ini....lepastu abg long buat udang goreng tepung plak...sedappp....

Dah settel potong kek lebih kurang.....saya masih lagi disitu...yakni dirumah mak mertua sbb nak tunggu sup tulang tu siappp....tengah saya bersembang2 diporch rumah mak, tetiba terdengar suara Hamizah menangis dengan kuat....dia menangis dengan selak yang panjang.....keadaan agak huru hara waktu tu....hamizah sudah lembik tapi masih tak boleh tarik nafas lagi....saya panggil namanya dengan kuat@menjerit.....dan akhirnya dia berjaya menarik nafasnya semula....tapi tangisannya kali ini agak panjang walaupun dipujuk.....saya check tangannya....patutlah...jari kelingking dia merah menyala dan mula membengkak.......

Lepas tapau sup tulang (sempat jugak....)...maka kami pun bertolak kerumah.Dalam perjalanan tu Hamizah masih lagi menangis sampai tak boleh tidor.....saya terus kol shima tukang urut....nasib baik dia nak datang walaupun dah pukul 10 malam masatu..memanglah meraung si Hamizah bila kene urut...kata shima urat Hamizah ni dah bersimpul & berketul2 dari lengan sampai kekelingking....lame jugak dia urut Hamizah sampai dkt setengah jam...si manje saya tu menangis sampai termuntah2...sian anak mama........

Thanks shima...sebab balik sendiri jalan kaki...(rumah dia selang 3 biji rumah jer....).Malamtu Hamizah seperti dapat energy luar biasa.....siap tonton Casino Royale bersama papa dan mama.......bila saya tanya dia mana tangan yang sakit tu...dia pun terus tunjukkan tangan sakit yang salah.....(saya tahulah yang skrg ni dia mmg dah tak sakit.....hi hi hi....)





HAPPY BIRTHDAY AZIM@AHMAD YANG KE 8 TAHUN...

Assalamualaikum,
Alhamdulillah......dengan segala limpah dan rahmatNya dapatlah anak mama Muhammad Azim@Ahmad menyambut harilahirnya yang ke 8 hari ini.
 lets the picture stories............ 
 muka Ahmad tak nampak pun..... 
sedapnya kek Ahmad...nak sikit boleh????
Mama sangat gembira hari ni sebab Ahmad(nama panggilan saya utk dia) dah besar panjang.Mama sangat gembira sebab Ahmad dah tak tidur pakai buai lagi(cuma sesekali naik buai Hamizah tu takperlah nak...).Mama sangat gembira sbb Ahmad skrg ni dah pandai makan sendiri.....tak payah tunggu bibik atau mama nak suapkan....Mama sangat gembira sebab Ahmad suka makan apa yang mama masak.Mama sangat gembira sebab Ahmad dah pandai pilih baju apa nak pakai hari2.Mama sangat gembira sebab Ahmad pandai guna body language kalau nak apa2.......Mama sangat gembira sebab Ahmad dah pandai bancuh milo sendiri.....(guna air sejuk)..........Mama sangat gembira sebab Ahmad dah expert timbang air...(pengalaman 6 tahun tu....)kalau saper nak order teh tarik...kol saya......

Tapi...mama masih lagi sedih sebab:-
  • sampai sekarang Ahmad masih tak boleh cakap.....Ahmad...bolehtak panggil mama sekali ..mama nak dengar........
  • Ahmad masih tak boleh hisap straw.Papa akan belikan Ahmad air dalam botol bila kita sekelurga travel.Papa sayang sangat dengan Ahmad.Itu tak menjadi masaalah pada kami.
  • Ahmad masih lagi pakai pampers......dah 8 tahun dah papa belikan pampers untuk Ahmad tanpa jemu dan merungut....say thanks to papa.......yang banyak berkorban untuk kita sekeluarga.....
  • Mama masih belikan baju raya Ahmad yang saiz kanak2 4 tahun.....
  • Papa selalu cakap sepatutnya tahun ni Ahmad dah darjah 2...nak kene beli buku.....
  • Ahmad tak boleh concentrate dan tak ada eye contact....
  • Ahmad tidak pernah tengok TV....tengok kartun sambil ketawa...never...
  • Kalau mama dengan papa dah tak ada....sanggupkah abang2 mu memelihara mu nak...........
Tapi mama dan papa terasa sangat bertuah sebab Allah s.w.t telah memilih kami untuk memelihara Ahmad yang merupakan ahli syurga......dan mama tahu Allah s.w.t hanya menguji hambaNya yang mampu sahaja....Ya Allah, tambahkanlah rasa kasihku untuk anakku Ahmad, jauhkanlah aku sifat jemu dan bosan pada anakku Ahmad yang tak mengerti apa2 ini............sihatkanlah tubuh badannya, berikanlah Ahmad akal fikiran yang baik agar dapat dia menguruskan dirinya sendiri......berikanlah anakku Ahmad rezeki yang banyak Ya Allah....izinkanlah kami sekeluarga menumpang rahmat yang kau tumpahkan pada ahli syurga ini Ya Allah....aminnn......

Selamat menyambut ulangtahun yang ke 8.................