Friday 22 February 2013

Derita mangsa dera emosi.....

Assalamualaikum,
Hari ini saya amat tertarik hati apabila membaca sebuah artikel dari kosmo.Kes penderaan emosi dan fizikal pada anak2 kita sedang berlaku tanpa kita sedari.Secara peribadi, saya amat menyukai artikel yang berbentuk ilmiah seperti ini.Saya akan kongsikan apa2 yang saya suka dan apa jua yang saya nak tulis. Sekurang2nya bila saya belek blog sendiri , ada juga ilmu yang boleh kita kongsikan bersama.

Tersebarnya video yang menunjukkan seorang pembantu rumah mendera bayi berusia empat bulan di Kuantan, Pahang dengan cara yang agak 'pelik'(cara dia lambung mcm nak buat roti canai pun ada)... seolah-olah memberikan isyarat kepada kita bahawa ibu dan bapa kandung sahajalah sebagai penjaga terbaik untuk setiap kanak-kanak.

Bagaimanapun, dalam rutin hidup kita hari ini, ia menjadi hal yang sangat mustahil, terutamanya bagi mereka yang hidup di kota besar. Suami dan isteri perlu bekerja kerana itu sahajalah cara untuk menyara kehidupan berkeluarga dengan lebih selesa.
Bagaimanapun, realitinya semakin ramai manusia normal yang sebenarnya sedang mendera anak-anak mereka tanpa disedari. Ia mungkin bukan dalam bentuk penderaan fizikal atau seksual seperti yang sering dilaporkan.
Penderaan fizikal mudah dikesan dengan melihat kepada perubahan fizikal. Namun, apabila ada anak-anak yang diabaikan atau diancam emosinya, ia juga bentuk penderaan. Ia hal yang selalu terjadi walaupun tidak ramai yang menyedarinya.
Ingat, kanak-kanak tidak boleh dilayan seperti manusia dewasa. Tidak memberikan kasih sayang, menghina mereka dengan kata-kata yang kesat, memperkecilkan keupayaan mereka atau apa sahaja tindakan yang menyebabkan kanak-kanak berasa terganggu emosi juga penderaan.
Tindakan-tindakan seperti itu biasanya akan menjejaskan mereka untuk membesar bagi menjadi individu yang sempurna.
Penderaan psikologikal itu mungkin sesuatu yang sangat sukar untuk difahami. Dalam konteks budaya kita, anak-anak diminta patuh sepenuhnya pada setiap yang dikatakan oleh ibu bapa.
Tatkala anak-anak tidak dibenarkan meninggi suara terhadap orang tua, malang sekali tiada pula halangan untuk ibu bapa menengking atau mengeluarkan kata-kata kesat kepada anak-anak.
Tidak mempersoalkan
Dalam keadaan tertentu, ada ibu bapa yang mengeluarkan kata-kata seperti 'anak haram' kepada anak mereka sendiri. Oleh kerana anak-anak kecil itu tidak mampu mempersoalkan perkara yang dilakukan terhadap mereka, adakalanya ibu bapa merasakan boleh melakukan apa sahaja.
Bagaimanapun, harus diingat dalam menghukum kesalahan anak-anak, ada hukuman yang mungkin boleh menjejaskan perkembangan diri mereka. Hukuman seperti tidak memberikan makanan, membiarkan mereka kesejukan di bilik air atau meninggalkan anak-anak di rumah bersendirian adalah bentuk penderaan yang patut dihindarkan.
Walaupun kita mungkin tidak bermaksud untuk mendera kanak-kanak, tetapi ia boleh ditafsirkan sebagai 'pengabaian' yang sebenarnya juga merupakan penderaan.
Pasangan yang mempunyai masalah rumah tangga, perceraian atau kesulitan ekonomi biasanya sering berdepan dengan masalah seperti ini.
Walaupun tidak melakukan sebarang tindakan yang mencederakan kanak-kanak secara fizikal, tetapi emosi anak-anak telah terjejas dengan teruknya.
Lebih buruk, kita mungkin sedang membesarkan anak-anak menjadi manusia yang bakal menjadi manusia yang buruk perilakunya.
Kajian-kajian sejauh ini menunjukkan bahawa anak-anak yang mengalami masalah seumpama ini biasanya menjadi manusia bermasalah pada kemudian hari.
Anak-anak ibarat kain putih, kitalah yang mencorakkannya.

Semoga kita menjadi ibubapa yang lebih baik dari semalam.Saya sendiri sedang mengaudit diri yang terlalu banyak khilaf dan kesilapan dalam menjalani hidup sebagai isteri, ibu, pekerja serta hambaNya.Mohon Allah mempermudahkan urusan saya dan pembaca dalam memperbetulkan kekhilafan diri yang kerdil ini...

Tuesday 19 February 2013

SAKIT BERSALIN...

Assalamualaikum,
Dengar tajuk pun dah rasa gerun kan.Saya juga secara peribadi telahpun merasakan bagaimana rasanya sakit bersalin.Tiga orang anak saya dilahirkan secara normal.Hanya yang keempat sahaja yang dilahirkan secara caeserian.Uri saya berada di bawah(placenta previa stage 3).Dan kerana itu saya diwajibkan untuk dibedah demi untuk keselamatan saya dan baby.Saya terima dengan lapang dada dan sepenuh hati tanpa ragu2 ketika doktor yang scan saya kata yang probably uri ni nak naik keatas adalah tipis......dalam hati saya kata kata"alhamdulillah....rezeki aku agaknya kali ini...tak yah la menahan contraction yang aku rasa macam 3 anak lelaki sebelum ini"Yes.....honestly...inilah kata hati saya for the first impression...no doubt.....

Tapi itu perasaan saya.....mak saya kat Perlis tu risau sangat.Mak mertua saya lagila risau.....Saya yang pada mulanya tak risau terus jadik risau....Tapi memandangkan tiada  lagi pilihan yang tinggal..saya pasrah dan redha.Dan personally terselit rasa teruja sebab saya ada experience for both method.....

Sebenarnya saya bukan nak nak cerita macam kat atas...saya nak cerita pasal sakit bersalin........pagi ni saya terjumpa satu info yang saya rasa sangat berguna bagi saya yang tak pernah tahu pun.Yang saya tahu sebelum ni...sakit mati nombor satu......sakit bersalin nombor dua....sakit gigi nombor tiga...........

For info...sakit bersalin adalah sakit yang paling sakit di dunia.Secara puratanya manusia hanya boleh menahan sakit sehingga 45 (del) unit sahaja.Tapi apabila sakit bersalin, para ibu yang mulia ini terpaksa menahan kesakitan sehingga ke 57 (del) unit.Iaitu satu julat kesakitan yang amat sakit sehingga rasa sakitnya disamakan seperti 20 tulang yang dipatahkan serentak.

"Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah mengurniakan satu pahala haji.Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira mati syahid."

Jadi berbanggalah menjadi seorang wanita.Sayangilah ibu anda yang menyabung nyawa untuk melahirkan kita kedunia ini.Juga sayangilah dan hargailah diri kita yang istimewa ini kerana dilahirkan sebagai seorang wanita.

YANG PERTAMA.....

Assalamualaikum,
Selalunya apa2 jugak benda yang pertama memang selalu akan diingati.Tak kira apa juga kategori pertamanya...cinta pertama ker...kereta pertama ker.....pelamin pertama ker....tapi apa yang saya nak share kat sini ialah tentang rumah pertama saya.Yelah....sejak berkahwin, saya tinggal dengan ibu mertua yang sangat baik hati kerana sanggup terima menantu yang tak la berapa poyo ni.Banyak perkara yang baik2 saya dapat belajar dari ibu mertua saya selama 11 tahun bersamanya.Masaalah dengan ibu mertua......alhamdulillah...jika kita ikhlas menerima ibu mertua kita seadanya...insyaallah....everything will be fine......be your self.........And after Ila kahwin, Mr husband telah membuat keputusan untuk berpindah kerumah sendiri pada bulan 6 tahun 2010.Saya tahu ibu mertua saya sangat sedih dengan perpindahan kami sekeluarga...tapi what to do...life must go on.....

Sebelum perpindahan kami sekeluarga...saya dan mr husband adalah beli barang2 sikit untuk kami duduk, masak dan tengok tv......alhamdulillah...bila pindah tu...cukup la semua untuk keselesaan kami anak beranak.Saya bangga dengan rumah pertama saya....dengan langsir pertama berharga RM3.80 semeter.....tadaaaa............gambar rumah baru pindah......
ruang tamu yang comel lote......wangi sumer baru......
thanks to papa for buying us a 'comel' tv.....
 dapur kecik inilah yang banyak berjasa..........
lagi dapur yang menghangatkan hari2 saya.....
 ruang makan yang temanya......hitam + putih + biru.... 
kerusi pertama kami.....serius sayang...tapi umur x panjang......

Friday 15 February 2013

Happy 10th Birthday to Muhammad Arif.....

Assalamualaikum,
Semalam sebelum tidur, saya sempat berseloroh dengan anak kedua saya Arif.
Saya:"Arip...esok hari jadi arip yer..."
Arif:"Arip ingat takder saper yang ingat...mama sorang jer yang ingat.."
Saya:"Hish Arip ni...kan hari jadi arip besok"
Arif:"Papa cakap nak belikan Arip cd game....bla...bla dgn bla bla....tab....android...."
Saya:"Apa yang Arip nak.....papa beli semua....tapi Arip still tak nak dengar cakap mama"
Arif:"Ok la ma...lepas ni Arip janji nak dengar cakap mama".....

Begitulah janji2 seorang anak pada ibunya yang amat menyayanginya dengan sepenuh hati.Setiap pagi Arip akan buat perangai.......start dari kejutkan dari tidur...buatlah trick mcm mana pun...mama ckplah yang jam dah pun 6.30pagi...tapi Arip still maintain cool...macam skolah tu mama dgn  papa yang punya....duduk dulu atas sofa sambil kepala terlentok......."mandi sekarang mama kata"......lepastu arip tarik muka masam and terus masuk dalam bilik mandi...5 minit pertama tu masih takder bunyi air....Lepastu mama ketuk pintu bilik air......"yer la"....arip jawap.Lepas Arip keluar dari bilik air siap duduk dulu atas katil barang 5 minit sambil pakai baju skolah....lepastu mama pun masuk bilik tanya....dah ambik air sembahyang ke blum?"Lepas pkai baju skolah arip ambik la".......Begitulah rutin seharian mama menguruskan si Arif bertuah ni...

Tapi mama tetap sayangkan Arif macam mama sayangkan anak2 yang lain.Semoga di hari Jumaat 15/02/13 ini Muhammad Arif diberikan hidayah dan petunjuk dari Allah s.w.t.Semoga Arif menjadi anak yang soleh, anak yang menjaga solatnya, anak yang berakhlak mulia serta anak yang mendengar kata.Mama juga selalu doakan agar Arif dijauhkan dari malapetaka bahaya dan panjang umur serta dilimpahkan rezeki yang dirahmati.

Petang ni mama akan masakkan makanan kegemaran Arip yer...ayam masak kicap dgn sayur campur.....papa cakap hari sabtu ni(esok) baru beli kek yer nak...Selamat Hari lahir buat anakku Muhammad Arif yang ke 10 tahun.....
 ayam masak kicap kegemaran Arif....
tak lupa sayur campur.....

Hari lahir anak buah...Fathullah yang ke 2 tahun...

Assalamualaikum,
Saya masih wujud dan bernyawa lagi dalam dunia ni.Cuma hari2 menjalani tugas sebagai pekerja, isteri dan ibu yang membuatkan saya sentiasa dan adakalanya buat2 sibuk sampai tak sempat nak update blog.Dan hari ini saya tergerak untuk update something in this blog since sistem kat my ofis tu tak boleh bukak.

On last Monday bersamaan dengan 11/02/13 saya sekeluarga ke rumah mak mertua di Shah Alam sebab Ila(adik ipar) jemput untuk kemajlis hari jadi anaknya Fathullah yang ke 2 tahun.Sesampainya di sana Ila terus kekedai beli kek and dominos pizza yang sangat delicious....Apalagi...saya anak beranak pun bersantap sampai tak hingat....(tapi sblm makan tu doa ler dulu).Thanks Ila for the cakes and pizzas that u gave to Ahmad.May Allah bless you and your entire family.For Fathullah(abang long wanna be)......siap sedia la untuk jadi abang yang baik pada adikmu yang dalam perut ibu tuh.Mama doakan Fathullah akan jadik anak yang soleh.
 kek yang comel.....utk anak yang comel....
jangan lasak sangat Fathullah....ibu kan tengah sarat tuh...
potong....jangan tak potong....