Wednesday 7 May 2014

Rumah Ahmad@Azim dah siap.....

Assalamualaikum,
Saya bersyukur dengan rahmat dan rezeki yang Allah kurniakan.Mr husband selalu cakap yang kita ni bertuah sebab dapat anak istimewa yang confirm zero dosa.Jadi nak dipendekkan cerita kira kami tumpang tuah Ahmad@ Azim la ni...(orang utara kata tumpang tui...).

Jadi saya pendekkan cerita yang memang sedia pendek.Ari Isnin yang lepas saya,mr husband dan Mizah telah pergi ambik kunci rumah Ahmad yang dah siap tu.Owner rumah(Ahmad) x ikut sebab dia memang percayakan kami.

Sebak bila tengok rumah Ahmad.Rumahnya khas untuk pemilik OKU.Bilik airnya luas dan ada tempat pemegang.Pintu rumahnya lebar dan luas serta ada laluan untuk wheelchair.Saya tetiba jadi bangga sebab pintu rumah Ahmad saja yang lebar.Pintu rumah orang lain kecik jer.Walaupun rumahnya murah but see rezeki Ahmad.Syukur pada Allah.






ni part yang paling saya suka....mcm spital....
I ni adik Ahmad ok....ok la jugak rumah abang I ni.....bolehla....


Abah Sudin pergi jua akhirnya.......

Assalamualaikum,
Belum pun habis gundah dihati...belumpun habis duka di hati.Kami sekeluarga diduga lagi.Abah Sudin akhirnya pergi jua dengan tenang pada 16/3/2014 iaitu bersamaan dengan pukul 1 pagi Ahad.

Pada malamnya saya sukar sekali hendak lelapkan mata atau dengan kata lainnya masih belum tidur.Mr husband masih lagi menonton bola walaupun jam dah menunjukkan pukul 12.45 pagi.Saya masih ingat lagi dengan jelas,ketika itu saya sedang menarik selimut untuk tidur dan tiba-tiba....handphone saya berbunyi.Perasaan berdebar2 terus menerpa bila diatas skrin telefon tertera nama 'Hakim adik'."Kenapa Hakim call malam2 ni....abah sudin nazak ke?"Itulah perasaan saya waktu itu.

Dan ketika saya terima panggilan itu,apa yang saya dengar hanyalah tangisan,raungan serta suara yang tidak jelas dari anak bongsu yang setia menjaga abah sudin siang dan malam di Hospital Kangar.Dari anak yang abah tak sempat nak lihat perkahwinannya yang di jangka pada bulan 12 ni."Along......hakim x tau la...abah dah tak dak dah......"Innalillahiwainnailahirojiun.......

Saya terus meluru pada mr husband yang ketika itu masih asyik menonton.Dia dapat mengagak dengan tepat tentang apa yang berlaku dan terus menenangkan saya.Tanpa membuang masa,kami sekeluarga terus bersiap dan terus ke Perlis tepat jam 3 pagi.Dalam perjalanan saya call adik2 yang juga dalam perjalanan.Perjalanan terasa sangat panjang.Dan tiba2 saya teringat tantang kejadian yang berlaku pada hari Jumaat lepas.Arwah abah sudin call saya suruh balik hari Ahad untuk mandikan mak yang katanya berbau mayat.Saya mengiakan saja dan memang tak disangka bahawa itulah kali terakhir mendengar suaranya.Rupa2nya abah dah tahu bila dia nak pergi.

Tersentak dari lamunan bila ternampak rumah abah yang telah dipenuhi sanak saudara serta jiran2 terdekat.Persaan saya bercampur baur...sedih dan sebak.Saya masuk dan terlihat arwah abah sudin berada di atas katil di tengah rumah.Mak yang ada di hujung katil saya lihat sugul tapi masih lagi tenang.Terus saya rangkul dan peluk mak.Kami berdua hanyut dalam perasaan masing2.Tanpa membuang masa saya dan mr husband terus membuka kain penutup muka arwah.Subhanallah....alhamdulillah....abah tersenyum simpul yang ikhlas.Mukanya putih bersih dan amat menginsafkan bagi siapa yang memandangnya.Arwah abah seolah2 tersenyum bangga dan nak memberitahu pada kami yang "alhamdulillah,abah dah boleh tidur sekarang".Tidurlah abah....semoga roh abah tenang di sana.

Arwah abah sudin menghidap penyakit jantung yang kronik.2 injap jantungnya tersumbat 100 %.Manakala yang 1 lagi injap tersumbat 90%.Maka kerana itulah saya lihat abah sering tercungap2 dan tak dapat tidur.Kami terlalu kesian padanya kerana nikmat tidur telah Allah tarik dari abah.Abah menderita berbulan2 menahan kesakitan dan sesak nafas.Kini perasaan kami lega sebab abah tak lagi menderita.

Pada Udin dan Hakim, along doakan supaya kamu berdua diberi kehidupan yang lebih baik.Banyak2 doa pada abah dan jadilah anak yang berbakti pada mak kita yang telah kematian suaminya.Insyaallah,along,nyah dan kak ana akan bantu sebaik mungkin untuk merealisasikan impian abah yang hendak melihat kedua anak2nya naik atas pelamin.Marilah sama2 kita sedekahkan alfatihah untuk arwah abah sudin......alfatihah.....












Semoga Hajah Mai Kalsom tenang di sana...alfatihah

Assalamualaikum,

Where have you been mimi......

Saya masih ada.....masih hidup dan sihat alhamdulillah.Cuma semangat masih belum datang atau dengan kata lainnya 'M" masih ada.Permulaan tahun ini saya dan family diduga....Ibu mertua kesayangan saya telah pergi meninggalkan kami pada 31Januari 2014 iaitu bersamaaan dengan hari Jumaat yang mulia.Mak admit hospital pada hari Isnin kerana doktor suspect buah pinggangnya rosak.Bacaan toksin dalam buah pinggangnya melebihi 1000.

Doktor nak tebuk peha dan leher mak untuk buat dialisis...tapi mak macam menolak.Pada petang Selasa,masa doktor cuba utk tebuk leher mak......tiba2 mak diserang heart attack.Tekanan darah turun mendadak dan ................terus mak tak sedarkan diri.

Ila call kakak ipar dan doktor suruh semua anak2 datang coz mak dah tenat......Ya Allah....tak akan begini cepat....Saya,mr husband dan dan kakak ipar terus ke hospital.Mr husband saya lihat sangat sugul dan bermata bengkak.Saya biarkankan dia larut dengan emosinya dan sesekali saya lihat dia menyeka airmata yang laju mengalir.Saya tahu yang itulah ibu kesayangannya.....yang melahirkannya...membesarkannya...dan tak mungkin saya dapat menandingi kasih ibu yang tiada taranya....

Mata mak seolah2 memandang dan menyambut kami.Doktor memberitahu kami bahawa mak masih tidak sedar dan boleh pergi bila2 masa.Saya,kakak ipar dan mr husband berkampung di hospital.Kakak ipar saya lihat sentiasa membisikkan kalimah shahadah ditelinga mak.Adik beradik sebelah mr husband bergilir2 menjaga mak.Terima kasih pada ucu jali, mak ucu,mak anjang, makcik,sepupu serta saudara mara yang datang ziarah dan bacakan yasin untuk mak.

Sehinggalah pada pagi jumaat yang mulia.Kakak ipar bertanyakan doktor tentang keadaan mak.Doktor cakap"mak dah tak ada harapan dan bergantung sepenuhnya pada alat bantuan pernafasan.Jika bantuan tersebut dicabut maka berhentilah nafasnya"Kami ambil keputusan untuk bawak mak balik ke rumah dengan bantuan pernafasan.

Agak sukar untuk dapatkan ambulan pada hari tu sbb cuti chinese new year.Akhirnya dapat jugak deal dgn private ambulance.Mak ditemani kakak ipar dan ashrap(cucu sulungnya).Saya follow dari belakang.Masa terasa begitu cepat berlalu.Dalam 15 minit kami pun sampai dirumah.Di rumah keadaan berbeza........terasa lapang dan luas.Mak diletakkan di atas katil yang berada d tengah2 rumah.

Tiba saat yang paling hiba.Kami di suruh memberi penghormatan terakhir pada mak sebelum alat bantuan pernafasan dicabut.Rasa seperti tak percaya sebab dada mak turun naik seperti biasa."Bismillahirrahmanirrahim.....saya mintak izin untuk tarik yer"itulah yang diucapkan nurse tu pada kami.

Innalillahiwainnailahirojiun....terdengar suara abang ngah......ya....mak mertua saya sudah tiada.....kami adik beradik terpinga2 seperti tidak percaya dengan apa yang kami lihat.Baru tadi saya lihat dadanya masih turun naik......tapi rupa2nya hanya bantuan oksigen.....Tangisan kami mengiringi mak pada hari tu.Mr husband adalah orang yang paling terkesan dengan kehilangan ini.....sehinggakan saya tak sanggup memandangnya.

Dan kini telah 4 bulan mak meninggalkan kami sekeluarga.Semoga rohmu tenang di sana.
Alfatihah.....