Friday 29 June 2012

BREATH HOLDING SPELL






Assalamualaikum,


Kali ni saya nak berkongsi pulak cerita mengenai anak  dara yang satu2nya ni.Kisah ini terjadi pada cuti sekolah pada bulan 6 yang lepas.Saya and family termasuk bibik pergi ke rumah mak mertua di Shah Alam. Masa kat sana tu Hamizah apalagi syok betul main mainan Fathullah( anak buah) yang sebaya dengannya. Saya masatu baru lepas masak dan baru nak letak kepala nak tengok melodi. Selepas tu saya tengok Hamizah main kat porch pulak.Saya tak risau sangat sbb Ila(adik ipar) dan suami dia pun ada kat luar tu.Bibik saya pun masatu pun baru sibuk nak sidai baju.Saya ternampak Fathullah cuba dukung Hamizah dari belakang and lepastu letak balik. Anak dara saya kemain seronok masatu...maklumlah main dukung2...yang Fathullah plak kemain bangga lagik dpt dukung Hamizah(kaki terangkat sikit jer)....Utk pengetahuan, ukuran badan Hamizah adalah 2 kali ganda Fathullah.

Sedang saya asyik dok melangut tengok melodi yg jarang saya tengok tu...tiba2 terdengar suara Hamizah menangis dari luar.Apalagi saya terus keluar dan tengok Hamizah sedang menangis kuat dengan Ila sdg gosok kepala dia."Ala kak Ani...dia jatuh atas Fathullah sikit jer...."Saya terus ambik Hamizah dari Ila dan cakap"Ala sayang mama...ckit2 jer..."sambil menekupkan mukanya ke bahu saya. Bila saya tengok mukanya balik...dia masih lagik selak(tak tarik nafas) tapi masih x boleh lepas.Saya goncang2 bahunya...masih lagi tidak tarik nafas...mukanya bertukar menjadi biru pada masa tu....Selepastu... badannya terus lembik dan terkulai dalam pangkuan saya....mama sedih ni...Saya dengan segala kudratnya yang ada menjerit2 memanggil mr husband yang ketika itu berada di dalam bilik. Saya menjerit histeria dan menendang pintu...sambil berteriak...'bang..hamizah pengsan bang....."anak kita pengsan...'

Mr husband yang terkejut bila melihat anak pompuannya yang satu tu terkulai di pangkuan saya, terus ambil Hamizah dan terus memanggil nama "Hamizah...hamizah..bangun nak...jgn tinggalkan papa....perasaan saya masa tu hanya Allah saja yang tahu....saya memang ingat anak kesayangan saya tu sudah pergi selama2nya.Begitu sekejap Kau pinjamkan nikmat ini padaku Ya Allah.Mr husband yang saya lihat tidak panik menepuk2 belakang Hamizah yg tiada respond. Mr husband terus pangku Hamizah utk di bawa kehospital...tiba2 dengan kuasa Allah s.w.t Hamizah buka mata, terbatuk dan menangis kebingungan. Saya apalagi terus menerpa dan memeluk anak kesayangan saya ni....Ya Allah aku tunggu 13 tahun untuk dapatkan anak perempuan yang satu ni...nyawa mama...cinta mama....10 minit kemudian...hamizah terus bangun dan main balik.

Untuk pengajaran bagi diri saya dan para ibu2 di luar sana.Keadaan yang dialami anak saya ni di namakan Breath Holding Spell. Bagi anak saya,ini berlaku jika dia mengalami kesakitan yang amat sangat.Ini bermakna saya kena berjaga2 agar anak saya ni tidak terantuk, tidak boleh jatuh dan termasuklan tidak boleh sakit....mcm mana nak elak ni...nk jaga kristal pun x macm nih....yang best nya apabila anak kita tidak bernafas....badan akan automatik beri signal pada otak...supaya pengsan. Pengsan ini sebenarnya baik kerana sejurus selepas anak kita tidak sedarkan diri...anak akan mula bernafas dgn sendirinya.....Terima kasih Ya Allah...kerana selamatkan anakku...



Sedikit Info Mengenai Breath-Holding Spells

Melihat si kecil tidak sedarkan diri dengan wajah membiru memang sangat menakutkan. Tapi Anda tak perlu risau kerana keadaan ini tidak merbahaya.
Breath-holding spell adalah suatu keadaan ketika anak merasa kesakitan, marah ataupun ketakutan, sehingga Ia melepaskannya dengan menangis dengan kuat lalu menahan nafas dan tidak bersuara.
Keadaan ini disebabkan oleh suatu refleks yang abnormal dan menyebabkan 5% anak menahan napas cukup lama hingga ia menjadi tidak sedarkan diri atau pengsan.
hamizah ni kalau menangis memang beria...


Tanda-tanda breath-holding spell:

Breath-holding spell tidak merbahaya dan bukan merupakan penyakit epilepsi/sawan. Serangan ini biasanya terjadi pada anak berusia 6 bulan hingga 2 tahun dan menyerang ketika anak baru terbangun dari tidur. Umumnya dalam sehari bisa terjadi 1-2 kali, namun setelah si kecil berusia 4 tahun akan hilang dengan sendirinya. Breath-holding spell, ditandai dengan gejala sebagai berikut :

  • Si kecil menangis keras dan menahan naFasnya.
  • Di sekitar mulutnya akan kelihatan warna biru lalu tidak sedarkan diri.
  • Tubuhnya menjadi kaku dan beberapa kali terlihat bergerak seperti kejang.
  • Keadaan si kecil akan kembali normal dalam waktu kurang dari 1 minit











Bagaimana merawatnya?
  • Selama serangan. Anda tidak perlu panik karena serangan ini tidak berbahaya dan akan berhenti dengan sendirinya. Baringkan si kecil di atas tempat tidur. Dalam posisi terlentang rata, aliran darah ke otak akan membaik dan mungkin dapat mencegah timbulnya kejang. Letakkan kompres dingin di dahinya hingga ia sadar kembali. Catat lamanya serangan dan jangan memasukkan sesuatu ke dalam mulutnya.
  • Setelah serangan. Tenangkan dirinya sambil Anda memeluknya. Jangan memperlihatkan wajah panik dan ketakutan Anda pada si kecil.
  • Pencegahan trauma. Keadaan yang paling merbahaya adalah trauma pada bahagian kepala. Bila saat serangan terjadi si kecil sedang berada di dekat benda-benda keras, segera baringkan dia jauh dari benda tersebut.
Apakah boleh dicegah?

Serangan ini tidak dapat dicegah bila disebabkan si kecil terjatuh atau dalam kondisi marah dan ketakutan. Namun anda boleh menghindari si kecil agar tidak menjadi biru dengan mengalihkan perhatiannya. Peluklah si kecil dan perlihatkan sesuatu yang menarik padanya. Anak yang mengalami anemia lebih sering mengalami serangan ini.

Perlukah menghubungi doktor?


Meskipun tidak merbahaya, namun sebaiknya Anda harus tetap waspada. Segera memeriksa keadaan si kecil ke dokter bila serangan terjadi lebih dari satu kali dalam seminggu dan berlangsung lebih dari satu minit. Pola serangan yang berubah juga perlu Anda perhatikan.




Info dari www.connective.com

Wednesday 27 June 2012

BATUK KOKOL @ PERTUSIS @ BATUK 100 HARI

Assalamualaikum,


Saya nak berkongsi kisah tentang anak ketiga saya Muhammad Azim dan anak keempat saya Nurhamizah pada bulan April 2012 yang lepas. Kedua-dua anak saya ni dah batuk sejak 3 bulan yang lepas tapi masih tak recover.Kita orang laki bini dah puas keluar masuk klinik...ubat batuk, selsema dan antibiotik x usah cakapla...berbotol2...sampai dah x lut(orang utara cakap). Bagi saya...seorang ibu tentu risau..tapi as long bila anak kita aktif...main x hingat...panjat sana sini and yang paling penting kalau x demam pun dah kira ok...walaupun hingus dia meleleh dan batuk sekali sekala.That is a big mistake yang kita as a parent selalu buat...Sepatutnya kalau anak kita batuk & selsema pun paling lama boleh cure pun one week....Then..bila saya pergi klinik Tan, dr tu x nak bagi treatment sbb dah terlalu lama...Dr tan buat surat sbb batuk selsema lame sesangat... kedua-dua anak sayapun di masukkan di KPJ Selangor dari 14/04/12-24/04/12...eerr kalau tak silap saya...

Cinta hati mama Azim dan Nur Hamizah
baru lepas habis fisioterapi..tunggu giliran sedut kahak...

Treatment kat sana biasa jer....pagi buat fisioterapi...then sedut kahak...tapi masa nurse sedut kahak..saya berani tengok..kalau Dr Tan buat saya mmg tak berani nak tengok....lepastu setiap 4 jam kedua2 anak saya diberikan rawatan nebuliser.(gas).Then proceed dgn ubat2an batuk, selsema & antibiotik macam yang biasa kita tengok kat klinik tuh.Hari berganti hari...masuk 3 hari dah bosan giler...anak2 yang dah skolah tumpang kat umah mak mentua kat sek 20.Pada suatu pagi ada satu Dr berpangkat Datuk datang dan minta kebenaran untuk ambil sampel hingus anak2 saya. Beliau syak anak2 saya dapat virus batu kokol sebab dah lama sangat batuk. Saya izinkan sampel diambil.
 cayalah Azim...steady jerk masa nebuliser..siap tangan kat blkg lagi...

yg baju kuning tu bibik kesayangan Azim.....


Masuk hari ke 9 dalam wad, mr husband dah mula bising sbb anak perempuan saya Nurhamizah pulak tiba2 demam panas. Bayangkan apa perasaan kami..yer...masa masuk spital batuk dan selsema je...dlm spital demam pulak. Saya mintak jugak nak keluar dari hospital.Doktor kata dia tak jamin kalau ada apa2 berlaku.Lepastu kami nekad keluar dari spital pada hari yang ke 10...kami terus ke klinik Tan dan sedut kahak balik 3 hari berturut2.After two weeks saya dapat panggilan dari Kementerian Kesihatan yang mengatakan keputusan ujian batuk kokol tempohari positif. Apalagi...gabralah kami laki bini...terus pergi Klinik Tan mintak advice.Dr tu senyum dan cakap kalau batuk kokol ni bagi ubat mcm manapun dia tetap x akan baik sampai waktu dia nak baik...kalau orang cina panggil batuk 100 hari.Alhamdulillah...lega lah sikit hati mama ni nak!!!!

Sedikit info mengenai batuk kokol:-

Batuk kokol (atau pertusis) adalah satu penyakit bakteria dengan gejala-gejala demam sedikit, hidung berhingus, dan, paling ketara, batuk teruk yang boleh membuatkan pernafasan sukar. Sedutan udara ke dalam paru-paru antara batuk-batuk menghasilkan satu bunyi kokol nyaring yang tersendiri. Selepas melalui peringkat awal, ramai orang yang reda demam, tetapi batuk kronik yang datang bersama batuk kokol boleh kekal untuk beberapa minggu.

Berpunca daripada sejenis bakteria bordetella pertussis lazimnya batuk kokol akan bermula dengan sindrom selesema biasa yang disertai batuk. Sebelum ia disahkan sebagai batuk kokol, anak anda akan diserang batuk yang lebih teruk hingga menyebabkan dia sukar bernafas.
Untuk mengesan lagi keadaan itu, anda akan terdengar bunyi whoop ketika anak itu sedang menarik nafas. Keadaan ini berbahaya untuk bayi hingga boleh membawa maut kerana bayi tidak tahu membuang lendiran yang menyekat pernafasan dan menyedut udara.
Kerana itu, kematian disebabkan batuk kokol pernah dicatatkan sebelum ini terutamanya di negara-negara miskin seperti benua Afrika. Malah, jika batuk kokol dalam kalangan bayi dan kanak-kanak tidak diatasi segera sebanyak 20 peratus daripada mereka biasanya mendapat radang paru-paru (pneumonia).
Adakalanya selepas kerap batuk, anak akan muntah. Lebih malang lagi, keadaan itu boleh berlanjutan sehingga lebih dua bulan. Justeru, bagi mengelak anak daripada terkena jangkitan kedua selepas batuk kokol, pastikan anak anda mendapatkan suntikan imun daripada doktor untuk penyakit berjangkit itu.
Tindakan segera
Untuk perhatian ibu bapa juga, jika anda mengesyaki anak anda menghidap batuk kokol, jangan biar dia pergi ke sekolah atau tadika sebelum membawanya berjumpa doktor terlebih dahulu.
Sementara mendapatkan rawatan daripada doktor, ketika anak anda mengalami serangan batuk yang berterusan, dudukkan anak dan pegang anak supaya badannya menjengah sedikit ke depan.
Pastikan mangkuk yang disediakan untuk memudahkan anak muntah itu dekat dengan mulut supaya tidak berlaku jangkitan terhadap kanak-kanak lain.

Selain itu, jika anak anda muntah selepas serangan batuk, beri dia sedikit makanan dan minuman. Ini akan mengembalikan semula tenaganya.
Ini kerana, ketika anak anda sedang menghidap penyakit itu dia akan mudah letih. Selain itu, jangan biarkan anak anda bergerak lebih aktif kerana ia mungkin akan memudaratkan kesihatannya.
Rawatan untuk jangkitan itu adalah dengan memberi antibiotik. Biasanya pegawai perubatan akan menyediakan dos itu mengikut keperluan anak yang sedang dijangkiti.
Namun, diagnosis batuk kokol sukar dilakukan semasa peringkat permulaan jangkitan walaupun hakikatnya ubat yang perlu diambil lebih berkesan jika diambil pada peringkat awal.
Selain itu, jangan beri anak anda sebarang ubat batuk tanpa nasihat doktor.
Selain ubat, doktor mungkin akan melakukan sapuan tekak untuk membuat diagnosis batuk kokol kerana bayi jarang sekali menghasilkan bunyi whoop.
Doktor akan melakukan pemeriksaan dari semasa ke semasa dan jika penyakit itu masih teruk, pakar perubatan akan mengesyorkan bayi dimasukkan ke hospital untuk mengelak berlakunya penyahhidratan.








CERITA AZIM DI PPUM 5


Sambung lagi kisah Azim......part 5


5 Feb 2005/Sabtu- DAY 41

  • Hari ni macam biasa.Abang datang dalam pukul 1.00p.m bawak Arif.
  • Petang abah datang dengan emak dan Ain.Makan bihun sup & laksa.
  • Kawan abang Khairul bawa gambar maid untuk dipilih sebab yang hari tu ada hepatitis.
  • Berat Azim turun 3.06kg.

6 Feb 2005/Ahad- DAY 42
  • Pagi ni Dr Priya buat round.Abang datang dgn Arif dlm pukul 200p.m.
  • Dalam pukul 3.40p.m tiba2 Azim berak cirit-birit.
  • Aku risau betul, cakap dgn Dr Mohana..dia kata bukan sbb susu tapi kuman...Ya Allah sihatkanlah Azim anakku....

7 Feb 2005/Isnin- DAY 43
  • Azim x berapa boleh tidur malam tadi. Dia jaga sampai subuh.Malam berak kerap sikit.
  • Uun sampai awal hari ni.
  • Malam ni Azieq ada tuisyen/test BI.Semoga berjaya hendaknya.
  • Kerja macam biasa tapi hari ni balik kak ct yang hantar.Lambat sampai sbb kami sesat.
  • Skrg ni aku risau sangat kalau susu Isomil x sesuai untuk Azim...tapi Dr Andy kata mungkin sbb kuman.

8 Feb 2005/Selasa- DAY 44
  • Pagi abang datang macam biasa, tapi awal sikit.Uun datang pun awal sikit sebab dia tidur rumah kawan dia.
  • Azim malam tadi x berapa nyenyak.Tapi round pagi tadi Dr Priya cakap Azim aktif.
  • Pagi ni dekat ofis ada meeting dan aku order bihun goreng & murtabak lapis.
  • Beli makanan untuk Uun.Balik Zamri hantar pakai kancil En.Ramli. Zamri bagi Azim RM10.Tq.
  • Tengahari telefon Azieq..dia dah boleh spell one..two..three...etc.

9 Feb 2005/Rabu- DAY 45
  • Dr Andy suruh aku buat susu NEOCATE balik sebab mungkin Azim x tolerate dgn Isomil.Sedihnya aku...setin susu tu RM 175 setin yg 45ogm.Ya Allah mudahkanlah urusan hambamu ini....
  • Abang dtg dgn Azieq.Ajar dia spelling sikit.Abang bawak nasi beriyani.
  • Malam abg balik sorang coz besok nak balik kampung.
  • Azieq tidur kat sini dgn aku.
  • Alhamdulillah...malam ni Azim langsung tak berak.....

10 Feb 2005/Khamis- DAY 46
  • Hari ni Sabri kahwin kat Tanjung Karang.
  • Timbang berat Azim 3.2 kg.Alhamdulillah.
  • Abang datang ambil Azieq bawa gi balik kampung.
  • Azim hari ni  berak kurang sikit.
  • Tengahari aku beli laksa dan bihun sup.
  • Kak Rohayu isteri doktor sblh aku bagi Azim biskut dan karipap.

11 Feb 2005/Jumaat- DAY 47
  • Tengahari abang datang bawak makanan kenduri. Lauk ikan keli & gulai terung.Sedapnya dapat makan dgn abang.
  • Azim dapat jiran baru sakit diarrhoea jugak. Risau betul aku tengok keadaan dia.Ya Allah sembuhkanlah anakku Azim...
  • Aku telefon mak tapi nampak macam x sihat.
  • Paksu sms jemput pergi kenduri cukur jambul Hielal.Seronoknya..nak keluar dari penjara ni......

12 Feb 2005/Sabtu- DAY 48
  • Dr Priya & Dr Andy yang buat round hari ni.
  • Neighbour aku dah balik dah.
  • Abang cakap dia x datang hari ni.
  • Tapi dia datang jugak dgn Azieq.
  • Petang baru balik.
  • Telefon mak tanya khabar. Mak sakit teruk.

13 Feb 2005/Ahad- DAY 49
  • Dr Andy ysng buat round.Berat Azim naik sehingga 3.26kg.
  • Dr Andy cakap naik sikit sangat.
  • Mungkin akan cuba Isomil balik.Malam tadi Azim berak kerap sikit.

14 Feb 2005/Isnin- DAY 50
  • Pagi Uun datang lambat sikit sebab jalan jam.
  • H/P aku pulak rosak.
  • Sampai tempat kerja aku buatlah apa kerja yang patut. Rasa x tenteram sebab asyik nak balik ajer.
  • Balik kak ct hantar.Aku dah rasa aku ni dah menyusahkan orang.Tapi apa boleh buat.
  • Dr Cheok kata mungkin esok off lipid tengok Azim macam mana.
  • Esok harijadi anakku yang ke 2 Muhammad Arif.

15 Feb 2005/Selasa- DAY 51
  • Selamat harijadi anak mama Arif...yang ke 2 tahun..dah besar anak mama...
  • Aku balik jln kaki ke kompleks sbb nak naik bas 338.
  • Nasib baik kak Izza bagitau bas mana yang nak naik.
  • Aku belikan baju tidur Superman untuk Arif dan Azieq.
  • Prof Boey cakap nak start balik dgn Isomil esok.
  • Harap2 anakku Azim sembuh sepenuhnya...Amin..
  • Pagi masukkan duit RM100 untuk mak beli ubat.

16 Feb 2005/Rabu- DAY 52
  • Pergi kerja macam biasa.Aku habiskan masterlist yang kak ct bagi.
  • Balik jalan kaki kekompleks sampai lenguh kaki.
  • Azim start dgn Isomil balik tengahhari ni.
  • Ya Allah...sembuhkanlah anakku Azim...Amin...

17 Feb 2005/Khamis- DAY 53
  • Uun balik dgn nani.
  • Azim berak kerap sikit hari ni.
  • Aku dan abg aku mc.

18 Feb 2005/Jumaat- DAY 54
  • Uun sampai lambat pagi ni sbb jam traffic light rosak.
  • Pergi taklimat 'Kod Etika Perniagaan' Telekom.
  • Beli makanan untuk Uun.
  • Uun cakap berat Azim dah 3.31kg.Alhamdulillah.
  • Kak Zura bed 4 bagi Azim RM10.tq

19 Feb 2005/Sabtu- DAY 55
  • Pagi Dr Andy yang buat round.Dia cakap nanti akan off lipid.
  • Beli bihun sup & laksa.Abang datang sorang bawak makanan.
  • Petang abang Padin dgn family. Bawak donut...sedap..tq.
  • Abang balik pukul 7.00p.m ada kenduri dpn rumah..

20 Feb 2005/Ahad- DAY 56
  • Dr Andy buat round.Dia cakap dia mungkin akan kurangkan lipid Azim.
  • Abang dtg tengahari dgn anak2.
  • Petang baru balik.
  • Malam Kak Azah telefon & dia ada di hospital Selayang.

21 Feb 2005/Isnin- DAY 57

  • Makti telefon pagi2 bagitau Uun x dapat datang coz demam.
  • Abang patah balik ambil ila kerja malam.
  • Aku mc hari ini...abang urgent.
  • Lipid Azim dah mula off mulai petang tadi.
  • Aku mintak nurse sediakan time slip utk ila coz dia nak emergency malam ni....

22 Feb 2005/Selasa- DAY 58
  • Uun datang lewat sbb jam.Abang terus emergency hari ni.Aku pun masuk pukul 9.00a.m.
  • Siapkan kerja sikit.Makan dgn Azua dan Meah.Beli makanan untuk Uun dkt Keningau.
  • Pukul 1.00p.m abang ambik bawa anak2 sekali gi kompleks beli ubat mak.
  • Singgah rumah mak kat 20 sekejap.
  • Azim berak kira oklah..x kerap sangat..Alhamdulillah..

23 Feb 2005/Rabu- DAY 59
  • Uun masih lagi datang lewat.Aku smpai ofis kul 8.45a.m.Abang sampai ofis kul 10.00a.m.
  • Beli makanan untuk Uun.
  • Azim ok tapi selsema.
  • Petang abah datang bawa makanan dari rumah En Rahim.
  • Malam abang datang hantar susu Isomil.

24 Feb 2005/Khamis- DAY 60

  • Pagi2 lagi makti dah telefon cakap Uun x datang sebab berak2.
  • Aku x pegi keje.Telefo Meah mintak tolong tukarkan tarikh kursus pada besok.
  • Abang keje macam biasa.
  • Abang beritahu yang malam ni Khairul nak hantar maid utk replacement.
  • Malam dgn Azieq tuisyen macam biasa. Kena marah dgn abg x buat homework.


25 Feb 2005/Jumaat- DAY 61

  • Hari ni Ila datang jaga Azim sbb malam tadi last kerja malam.
  • Pagi aku ada kursus di Wisma. Tengahari aku balik jalan kaki gi kompleks beli baju Azieq.
  • Ila cakap doktor nak bukak cook on Monday.
  • Result kromosom sampai alhamdulillah.
  • Azim x ada masalah apa2 dgn kromosom dia.
  • Malam abang datang ambik Ila.
  • Berak Azim nampak ada progresslah.

26 Feb 2005/Sabtu- DAY 62
  • Maid masih belum sampai.
  • Dr Cheok explain mungkin 2 & 3 hari boleh balik.
  • Telefon Uun mintak dia tolong jaga Isnin-Rabu.

27 Feb 2005/Ahad- DAY 63
  • Malam tadi Azim asyik terberak2.Risau betul aku.
  • Timbang pagi tadi turun 3.33kg.
  • Buat dressing.Cook cathetor Azim dah block.X boleh flush dan ambil darah.

28 Feb 2005/Isnin- DAY 64
  • Uun dtg dgn Nani.Pergi kerje cam biasa.
  • Pukul 12.30p.m jalan gi kompleks beli susu Azim.Bas 338 datang lambat.
  • Pukul 2.30p.m baru sampai.Azim masatu separuh sedar sebab baru lepas operation keluarkan cook.
  • Petang Rani datang bawak pizza.
  • Malam Azim x berapa lena coz tangan dia sakit.Farah bukakkan line dia sebab bengkak.

1 Mac 2005/Selasa- DAY 65

  • Uun kata dia dah start keje ari ni. Abis tu abg datang pagi2 ambik emergency leave.
  • Aku naik bas 338 sampai kompleks, lepastu naik cab sampai ofis.
  • Balik tumpang Azua.Makan kat kompleks beli abang mee goreng.
  • Azim berak2.Abang jaga sampai aku balik & dia bagi ubat.
  • Azim berak2 sampai 9 kali hari ni.Sedih betul aku tengok dia.

2 Mac 2005/Rabu- DAY 66
  • Kak Long datang dgn abang pagi ni.Abang mintak tolong kak long jaga Azim hari ni.
  • En Azhar x ada meeting kat IP.
  • Balik naik bas mcm biasa.
  • Beli makanan dekat kak long.
  • Azim nampak ok sikit ari ni.Alhamdulillah.
  • Kak long balik sendiri naik bas.
  • Malam Azim tidur nyenyak.Aku pun dapat tidur sama.


3 Mac 2005/Khamis- DAY 67

  • Pagi ni abang datang dgn kak Long macam biasa.
  • Kak long beli nasi lemak untuk aku dan abang.
  • Aku meeting pasal TM Payphones.
  • Telefon Kak long tanya Azim.
  • Berat Azim turun 3.2kg.
  • Balik beli KFC.
  • Azim berak kerap sikit 5 kali hari ni.

4 Mac 2005/Jumaat- DAY 68
  • Abang datang dgn kak long macam biasa.
  • En Azhar bising pasal prestasi yg staff isi terlampau tinggi.
  • Beli nasi utk kak long.Beli nestum utk Azim perisa beras.
  • Azim berak kurang sikit hari ni.

5 Mac 2005/Sabtu- DAY 69
  • Abang dtg seorang coz Azieq gatal2 & pergi Klinik Rohani.
  • Tentang Azim 3.29kg naik sikit.
  • Nurse bagi Polycose kat Azim suruh cuba.
  • Berak kerap 8 kali. Paksu datang.

6 Mac 2005/Ahad- DAY 70
  • Timbang berat Azim 3.33kg.
  • Alhamdulillah.Minum 90 ml dgn polycose.
  • Petang abah datang dgn makti dan maksu.

7 Mac 2005/Isnin- DAY 71
  • Pagi abang datang dgn Ila.
  • Berak Azim agak kerap.
  • Polycose dah berhenti coz Azim x sesuai.
  • Malam abang datang ambik Ila balik.
  • Dietition Siti Hawa pun pening dgn keadaan Azim.
  • Malam berak x kerap.Alhamdulillah.

8 Mac 2005/Selasa- DAY 72
  • Abang dtg dgn kak long.
  • Aku kena balik cepat sikit hari ni coz kak long masuk pukul 2.00p.m.
  • Esok mungkin Ila jaga sampai hari Jumaat.
  • Tumpang Azua gi kompleks.Beli nasi goreng padprik kat kak long.
  • Pukul 12.30p.m sampai hospital.
  • Timbang Azim 3.37kg.


9 Mac 2005/Rabu- DAY 73

  • Ila dtg cam biasa dgn abang.
  • Hari ni hari jadi abang.
  • Aku beli baju telekom 2 helai dari Abe tapi belum bayar lagi.
  • Tumpang Awie ke kompleks.Beli wrapping paper.
  • Timbang Azim.Berat dia dah 3.38kg.
  • Ila cakap esok boleh balik kalau berat dia naik.Alhamdulillah,

10 Mac 2005/Khamis- DAY 74(last day di PPUM)
  • Yahoo....Azim dah boleh keluar...
  • Abang mc hari ni pergi seksyen 9 ambik check dari lokasi damai.
  • Pagi2 lagi dah telefon bagitau berat Azim naik sampai 3.4 kg.Alhamdulillah.
  • Ila bagitau yang Azim dah boleh balik kalau berat dia naik.
  • Boleh balik..berat Azim naik 3.42kg
  • Lambat settle coz summary report Azim lambat.
  • Petang baru settle...bil RM5280...
  • Pukul 6.00p.m baru sampai rumah.
Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Doktor dan nurse di Paeds 4 yang ikhlas serta sabar semasa merawat Muhammad Azim.

Thanks to:-

Prof Boey
Prof Lee
Dr Andy
Dr Cheok
Farah
Linda
Hamiza
Haslina
Indrani
CT Hajar
Kak Sarah
Kak Lia
Masnitah
Rusila
Mazni
Balqish
Maziah

-TAMAT-


CERITA AZIM DI PPUM 4


Kisah Azim lagi......part 4


26 Jan 2005/Rabu- DAY 31

  • Pagi tadi dalam pukul 8.00a.m Azim pergi buat suction sebab kahak banyak sangat.
  • Malam tadi Azim x dapat tidur.
  • Aku dah sms En Azhar pasal cuti aku. Hari Isnin ni baru naik kerja.
  • Hari ni Azieq ada spelling test. Semoga dia dapat buat hendaknya.Amin....
  • Telefon makcik pesan pampers.
  • Makti telefon bagitau abah dah balik.Alhamdulillah.


27 Jan 2005/Khamis- DAY 32
  • Pagi ni Prof Boey yang buat round.
  • Hari ni Azim berak agak kerap dan najisnya agak berair.
  • SMS Meah beritahu hari Isnin ni masuk kerja.
  • Pagi tadi sekali lagi Azim sedut kahak.
  • Abah telefon beritahu kalau boleh dia nak datang.
  • Azieq tuisyen malam ini.
  • Abang datang bawak burger dan nasi goreng cina.

28 Jan 2005/Jumaat- DAY 33
  • Timbang berat Azim pagi tadi 3.06kg. Tapi yg merisaukan aku ialah skrg ni dia x boleh habiskan susu 60ml untuk 3 jam.Mungkin kerana dia selsema.Aku harap dia sembuh hendaknya.
  • Azua telefon beritahu suruh ambil cuti jgn ambik mc.
  • Abang x berapa sihat.Semalam mak mertua pun x berapa sihat.Abang bawak gi klinik.

29 Jan 2005/Sabtu- DAY 34
  • Hari ni Dr Andy dan Dr Marriet buat round.
  • Pagi2 lagi Azim dah buat sedut kahak.
  • Hari ni makan nasi goreng kampung.
  • Abah datang.

30 Jan 2005/Ahad- DAY 35
  • Abang hantar Azieq dkt aku sbb Khamis ni ada spelling test.
  • Berat Azim 3.12kg.
  • Petang Khairul kawan abang datang ambil deposit maid RM1500.

31 Jan 2005/Isnin- DAY 36
  • pagi abang datang dgn ila. Ila jaga Azim semasa aku pergi kerja.
  • Aku naik kerja macam biasa. En Azhar ada tapi ine whole day meeting di Bangsar.
  • Balik kejap ambil baju kerja.
  • Ila cakap Prof Boey mungkin nak tukar pada susu Isomil Rabu ni.
  • Telefon abah minta tolong Uun jagakan Azim sampai dapat maid.
  • Email gambar Azim pada abah.

1 Feb 2005/Selasa- DAY 37
  • Pagi abang datang macm biasa dgn ila.
  • Kak ct citer nanti En Azhar naik pangkat tukar ke IP.Puan Zurina incharge kat sini.
  • Kak ct kata nak bagi aku buat ML balik.
  • Sazali hantar aku dan ambil ila sekali.
  • Esok mungkin Uun datang jaga Azim.

2 Feb 2005/Rabu- DAY 38
  • Abang datang dalam 6.15a.m. Tunggu Uun datang dalam pukul 7.30a.m.
  • En Azhar x. Sazali hantar aku balik hospital.
  • Prof Boey start susu Isomil untuk Azim pukul 12.00p.m. 90 ml 1 1/2 scoop.
  • Uun balik ngan nani naik Putra.
  • Telefon Azieq tapi mak kata dia gi kompleks dgn ila.

3 Feb 2005/Khamis- DAY 39
  • Kerja mcam biasa. Sazali hantar aku. Uun balik dgn kawan dia.
  • Azim nampak mcm mood baik hari ni tapi berak dia agak kerap sikit.
  • Aku rasa terharu sebab En Azhar koyak borang cuti aku yang 2 minggu lepas tu.
  • Malam Azieq tuisyen. Ya Allah kau terangkanlah hati anakku Azieq...

4 Feb 2005/Jumaat- DAY 40

  • STOP TPN
  • Pagi2 lagi aku dah sms En Zahar yang mengatakan aku cuti hari ni.
  • Abang interview sebagai supervisor kat UMW pagi ni.
  • Jadi aku pergi LPPKN sorang2 naik bas. Lepastu naik teksi hantar darah utk ujian kromosom.
  • Kos RM3.90 sampai KL.
  • Kebetulan hari ni pun Uun datang lambat, balik abang ambik dan makan dkt gerai di hospital.
  • Uun balik dgn nani. Prof Boey cakap hari ni stop TPN.Seminggu lepas stop TPN kalau ok baru boleh balik.

Ok...nanti bersambung lagi....di CERITA AZIM DI PPUM 5....

Tuesday 26 June 2012

CERITA AZIM DI PPUM 3


Lagi kisah Muhammad Azim......


16 Jan 2005/Ahad- DAY 21

  • Timbang Azim 2.8 kg
  • Abang datang bawak Azieq. Baca buku sikit.
  • Petang abah datang seorang.
  • Malam ini ada juara lagu tapi x dapat tengok.

17 Jan 2005/Isnin- DAY 22
  • Pagi Prof Boey & seorang lagi Prof datang check Azim.
  • Luka Azim dekat leher ada nanah sikit tapi nurse dah cuci.
  • Lili call bagitau gaji dah masuk pada 14/01/05 sbb nak raya haji.

18 Jan 2005/Selasa- DAY 23
  • Hari ni Dr Andy yang check.
  • Pagi tadi Cikgu Jasmona dari sek pendidikan khas datang ajar Mah Kak Yan.(patient sebelah Azim)
  • Tengahari Meah tipon. En Azhar suruh aku buat on/of sebab HR dah tanya.
  • Petang Paksu datang ziarah Azim.
  • Malam abang datang bawak shampoo, sabun dan buku.
  • Malam ni Azim berak kurang sikit tapi agak kerap terjaga.

19 Jan 2005/Rabu- DAY 24
  • Pagi2 lagi aku dah sms En Azhar beritahu mungkin hari Isnin ini aku naik kerja.
  • Hari ini Dr. Marriet buat round dan explain aku tentang treatment ni yang mungkin ambil masa yang agak lama.
  • Malam ini mungkin abang x datang sbb azueq tuisyen.

20 Jan 2005/Khamis- DAY 25
  • Breakfast bihun goreng dgn milo.
  • Hari ni Prof Boey & Dr. Andy datang buat round dan inform pada doktor yang pada hari Isnin ni aku dah start kerja.
  • Berat Azim hari ni 2.93kg. Alhamdulillah.
  • Aku mintak tolong ila belikan toner dgn day cream.
  • Malam abg datang bawak biskut, toner & sos.
  • Balik awal sikit sebab hari ni Azieq tuisyen.

21 Jan 2005/Jumaat- DAY 26
  • Pagi2 lagi abang telefon ucap selamat hari raya pada aku.Sempat cakap dengan Azieq dan Arif.
  • Abang cakap dia lambat sikit hari ni.
  • Hari ni nampak lengang. Dr Andy yang buat round hari ni.
  • Azim tak berak banyak malam tadi tapi asyik merengek saja.
  • Petang, mak ucu, uteh, kak ngah, kak long datang bawak azieq & arif.
  • Shida isteri Zul selamat lahirkan anak perempuan.

22 Jan 2005/Sabtu- DAY 27
  • Hari ni hanya Dr Andy yang buat round.
  • Aku makan nasi yang makti bagi semalam. Aku panaskan pakai oven hospital.

23 Jan 2005/Ahad- DAY 28
  • Hari ni Dr Andy buat round.
  • Tengahari abang bawak Azieq baca buku kat sini.
  • Abang balik dulu. Lepastu datang balik bawak sup.

24 Jan 2005/Isnin- DAY 29
  • Malam tadi langsung aku x dapat melelapkan mata sebab Azim selsema. Aku dah beritahu nurse tapi doktor on call x ada.
  • Jadi, x jadila aku kerja hari ni.
  • Malam Su datang beli mee goreng & beri Azim RM50.Thanks Su...hanglah kawan aku dunia akhirat.

25 Jan 2005/Selasa- DAY 30
  • Tengahari abang datang dgn Azieq & Arif. Tinggalkan Azieq baca buku...ada test Rabu malam kat tuisyen.
  • Abang bawak Arif ke rumah KL ambil bekas bunga pahar untuk Sabri kawin nanti.
  • Malam abang datang bawak burger 3 bji.
  • Azim dah sedut kahak untuk kali yang ketiga hari ni..nampak kurang sikit...

Ok...nanti kita sambung lagi tentang kisah Azim di PPUM di CERITA AZIM DI PPUM 4......coming soon..mama tengah update....



















CERITA AZIM DI PPUM 2


Bersambung lagi..........kisah Azim...


6 Jan 2005/Khamis- DAY 11

  • Sepatutnya aku kerja hari ini.Tapi aku terpaksa telefon En Azhar Siran beritahu aku x dapat naik kerja lagi sbb anak sakit.
  • Hari ini start full strength untuk susu Azim.
  • Hari ini aku dah boleh sembahyang.
  • Dr. Dinesh buatkan surat mengatakan Azim masuk wad.
  • Abang cakap hari ni mungkin tak dapat datang coz azieq tuisyen dan nak tengok Arif.
  • Berat Azim turun ke 2.3 kg. Agaknya hari tu 2.5kg berat air.
  • Abah datang lawat Azim dan beri RM50. Katanya nak buat kekah utk Azim.tq abah.

7 Jan 2005/Jumaat- DAY 12
  • Abang datang bawak anak tudung & keow teow goreng.
  • Azieq ikut wan & atuknya balik kampung ada kenduri arwah dan Azim sekali.
  • Doktor beritahu mungkin Isnin nak operate hernia dan central line(permanent line) utk Azim.

8 Jan 2005/Sabtu- DAY 13
  • Doktor MYO suruh aku sign kebenaran untuk buat operation pada hari Isnin ini.
  • Semoga anakku pulih seperti sedia kala.
  • Abang mungkin datang petang ini bawa Muhammad Arif.
  • Abah dan pakcik datang.

9 Jan 2005/Ahad- DAY 14
  • Hari ni abang aje yang datang. 
  • Hari ini line Azim dua kali buat sebab bengkak.
  • Beli laksa & bihun sup.
  • Esok Azim operation..Semoga anak mama cepat  sembuh...amin.....

10 Jan 2005/Isnin- DAY 15
  • Hari ini Azim operation buat permanent line.
  • Pukul 9.3oam Azim dah masuk operation theater.
  • Pukul 12.30pm baru siap.Nampak dia macam lemah dan menggigil.
  • Kebetulan doktor yang operate dia namanya pun Azim jugak.
  • Lepas masuk wad terus x-ray dan boleh minum.
  • Malam abang baru balik.
  • Line Azim masih x boleh guna, kena tunggu 48 jam.
  • Buat line baru.Kesiannya anak aku..demam 38.1.

11 Jan 2005/Selasa- DAY 16
  • Prof Boey buat ronda pagi ni dengan Dr. Priya.
  • Lili telefon kata nak datang. Tak bawak Fatin sbb dia orang naik bas.
  • Hari ni nampak Azim ok sikit dari semalam.Alhamdulillah...sihatlah anakku..
  • Malam abanng datang bawak kuew teow goreng dan nasi.

12 Jan 2005/Rabu- DAY 17
  • Prof Boey dah naikkan 60ml three hourly.
  • Azim nampak sihat sikit tapi beraknya nampak lebih kerap sikit.
  • Hari abang tak datang sebab nak ajar azieq baca buku.
  • Hari ni hari pertama guna lipid dalam TPN Azim.
  • Petang abah telefon dari Taiping tanya khabar Azim.Lepasni abah terus ke Alor Setar outstation.
  • Aku ni tak tahu bila nak pergi ofis jumpa En Azhar utk story pada dia.

13 Jan 2005/Khamis- DAY 18
  • Prof Boey checkup macam biasa tapi kali ni dia bawa doktor pelatih bersamanya.
  • Azua telefon cerita pasal kerja.
  • Nurse cuci cathetor Azim.
  • Malam ni dia berak kerap.

14 Jan 2005/Jumaat- DAY 19
  • Abang datang bawak tisu.
  • Macam biasa x ada apa yang special.
  • Azim berak adalah kurang sikit.
  • Azim tidur ok lah..

15 Jan 2005/Sabtut- DAY 20
  • Abang bawak Azieq & Arif.
  • Aku ajar azieq BI & BM.
  • Abang balik dulu.
  • Azim selsema malam tadi & x boleh tido.
  • First time beri Azim vitamin.
Pengalaman Azim semasa di hospital akan bersambung lagi selepas ini...di CERITA AZIM DI PPUM 3....
















CERITA AZIM DI PPUM 1

Assalamualaikum,


Bersama-sama ini saya kisahkan pengalaman sebenar anak saya Muhammad Azim sepanjang berada di PPUM. Sejak lahir anak saya Muhammad Azim cirit birit yang berterusan akibat daripada keadaan ususnya yang tidak matang. Beliau dipindahkan ke PPUM setelah 2 minggu berada di HTAR. Di PPUM Azim dirujukkan di bawah pengawasan pakar gastro.Untuk makluman, coretan ini adalah benar lagi original dan diadaptasikan dari diari asal saya bermula dari Dec 2004 hingga Mac 2005.Lebih istimewa, coretan ini hanya ditulis selepas Azim berumur 8 tahun........

27 Dec 2004/Isnin- DAY 1
  • First day admitted di PPUM.
  • Transfer dari HTAR (Hospital Klang).
  • Dr. Juliana dan seorang nurse ikut sekali.
  • Petang Prof Lee datang check Azim dan suruh dia minum ORS semalaman untuk cuci perutnya.
  • Duduk dekat katil 16.
  • Nurse yang mula2 entertain aku Kak Laili.

28 Dec 2004/Selasa- DAY 2
  • Dr tak masuk.

29 Dec 2004/Rabu- DAY 3
  • Pindah katil 18.

30 Dec 2004/Khamis- DAY 4
  • TPN-Total Parenteral Nutrition.
  • Start on TPN-Masukkan vitamin dalam badan melalui tiub.
  • Prof Lee said that he will lead the minor operation for Muhammad Azim to get the permanent tube inside his body.
  • For the time being the temporary TPN line is still on his head.
  • Received GL by today.
  • Clarified GL for PPUM and HTAR Klang.

31 Dec 2004/Jumaat- DAY 5
  • Today Azim just finished for second day TPN.
  • Started again formula milk 'NEOCATE' but only 15ml hourly.
  • 'NEOCATE'-susu yang tak ada laktosa dari lembu atau soya.Rasa mcm sotong kering.
  • Abang told that Azieq got fever again..worried because the class will start on 3rd Jan.

1 Jan 2005/Sabtu- DAY 6
  • Sedih sambut tahun baru kat sini.
  • Line TPN bengkak dan nurse bukak.
  • Ana datang dengan Zainul

2 Jan 2005/Ahad- DAY 7
  • Abg telefon cakap Arif mengamuk.
  • Azieq dan Arif datang.Mak datang dgn akak.
  • Bukak line Azim coz dah bengkak.

3 Jan 2005/Isnin- DAY 8
  • Pagi2 lagi Azieq telefon sebelum ke tadika.
  • Sedih x dapat antar anak sulung masuk sekolah tadika.
  • Abang pergi interview di kilang perabot.
  • Paksu & maksu datang masuk wad sebelah.Maksu operation besok.
  • Prof Tong pakar genetik datang.
  • Prof ckp main causes maybe come from chemical,kromosom & genetik problem.

4 Jan 2005/Selasa- DAY 9
  • Pagi2 lagi paksu dah datang. Maksu x jadi operate pukul 9 coz ada kes emergency.
  • Maksu bersalin pukul 12.00pm. Baby boy berat 4.09kg.
  • Paksu ambil gambar Azim.
  • Pakcik,makcik aku dtg malam.
  • Petang, makucu,liza & odah datang melawat and bagi Azim RM20.
  • Arif patahkan cermin mata Muhammad Azieq.

5 Jan 2005/Rabu- DAY 10
  • Prif Boey arahkan supaya Azim tukar Bed 2.ada aircond.
  • Paksu datang tengok.
  • Abang bawak kuew teow goreng pedas.
  • Line Azim bengkak.Set line lain dekat tangan.
  • Umur Azim genap 60 hari...dah dua bulan anak mama.
Kisah Muhammad Azim akan disambung lagi...dalam cerita azim di ppum 2...salam