Tuesday 19 February 2013

SAKIT BERSALIN...

Assalamualaikum,
Dengar tajuk pun dah rasa gerun kan.Saya juga secara peribadi telahpun merasakan bagaimana rasanya sakit bersalin.Tiga orang anak saya dilahirkan secara normal.Hanya yang keempat sahaja yang dilahirkan secara caeserian.Uri saya berada di bawah(placenta previa stage 3).Dan kerana itu saya diwajibkan untuk dibedah demi untuk keselamatan saya dan baby.Saya terima dengan lapang dada dan sepenuh hati tanpa ragu2 ketika doktor yang scan saya kata yang probably uri ni nak naik keatas adalah tipis......dalam hati saya kata kata"alhamdulillah....rezeki aku agaknya kali ini...tak yah la menahan contraction yang aku rasa macam 3 anak lelaki sebelum ini"Yes.....honestly...inilah kata hati saya for the first impression...no doubt.....

Tapi itu perasaan saya.....mak saya kat Perlis tu risau sangat.Mak mertua saya lagila risau.....Saya yang pada mulanya tak risau terus jadik risau....Tapi memandangkan tiada  lagi pilihan yang tinggal..saya pasrah dan redha.Dan personally terselit rasa teruja sebab saya ada experience for both method.....

Sebenarnya saya bukan nak nak cerita macam kat atas...saya nak cerita pasal sakit bersalin........pagi ni saya terjumpa satu info yang saya rasa sangat berguna bagi saya yang tak pernah tahu pun.Yang saya tahu sebelum ni...sakit mati nombor satu......sakit bersalin nombor dua....sakit gigi nombor tiga...........

For info...sakit bersalin adalah sakit yang paling sakit di dunia.Secara puratanya manusia hanya boleh menahan sakit sehingga 45 (del) unit sahaja.Tapi apabila sakit bersalin, para ibu yang mulia ini terpaksa menahan kesakitan sehingga ke 57 (del) unit.Iaitu satu julat kesakitan yang amat sakit sehingga rasa sakitnya disamakan seperti 20 tulang yang dipatahkan serentak.

"Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah mengurniakan satu pahala haji.Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira mati syahid."

Jadi berbanggalah menjadi seorang wanita.Sayangilah ibu anda yang menyabung nyawa untuk melahirkan kita kedunia ini.Juga sayangilah dan hargailah diri kita yang istimewa ini kerana dilahirkan sebagai seorang wanita.

4 comments:

  1. dah lama tak update ek.. memang bersalin tue sakit bangat tapi kal ike tiga kan kita operate jadik sakit tengah bersalin tiada tapi sakit selepas bersalin juga tidak menahan.. hahahahaahahah... muahahaah.. jom kempen.. TUTUP KEDAI.. - ana adikmu

    ReplyDelete
  2. tu la pasai ana......hang tu muda lagi....boleh jalan lagi satu sblm tutup kedai...along ni yer la....dah season.....

    ReplyDelete
  3. Subhanallah.. baru tau kak... nice information

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah pasal aniq....hormatilah ibu dan isteri kita....

      Delete