Monday 19 August 2013

CERITA ABAH LAGI...

Assalamualaikum,
Saya nak cerita pasal abah saya lagi.Gambar ini adalah terbaru sayang saya ambil dari facebook sepupu.Gambar asalnya abah bersama dengan keluarga sepupu yang datang menziarahi abah pada raya yang lepas.Tapi atas sebab yang saya sendiri yang tahu,saya cuma kongsikan gambar abah kesayangan saya yang mulus ini.Bersusah payah saya crop gambar ini supaya hanya abah yang ada.....maaf pada gambar yang asal kerana saya tidak menghormatinya.Pada saya gambar2 abah saya ketika dan saat ini amat saya nanti2kan.Wajahnya yang putih mulus dan sejuk mata memandang tidak langsung menunjukkan bahawa abah sedang berhadapan dengan penyakit yang meragut kebahagian kami sekeluarga."Abah,mimi doakan agar abah mendapat kekuatan bagi melawan penyakit itu.Ya Allah,aku mohon padaMu,ringankanlah kesakitan yang sedang ditanggungnya,kasihanilah abahku ini.Ampunkanlah dosa-dosanya Ya Allah.Kau maha pengampun dan penyayang."
abah kesayangan saya....Hj.Mohd Zakuan 
  masih kekal dengan imejnya yang kemas...
sekali pandang macam Dato'Harun Din pun ada...

Thursday 15 August 2013

CERITA RAYA 2013 -PART4 / Beraya di rumah sahabat karib Suriani...

Assalamulaikum,
Bertemu dan berpisah adat manusia biasa.Hilang dimata tapi dihati jangan lupa.Berdoalah kita agar aman dan sentosa.Semoga nanti kita dapat berjumpa lagi.Begitulah roda hidup yang mesti kita lalui saban hari.Rasa seronok untuk travel ke Perlis pada raya pertama lepas masih lagi belum hilang.Walaupun kaki rasa macam tak ada setibanya di sana,tapi keseronokan berjumpa ibu tercinta mengatasi segala2nya.

Sedar tak sedar dah hari raya ke 4 dah.Hari ni kami akan berangkat balik ke Shah Alam.Saya dan anak2 masih tak puas berada di sana.Kami bertolak dari sana jam 11.30 pagi.Nasib kami tak berapa ong la hari tu.Bila masuk aje highway terus jadi perlahan2 macam siput.Kenapa ko orang semua tak balik esok ke,malam ni ke???

Jam dah dekat pukul 3 petang.Guess kami di mana....kami masih lagi di Gurun Kedah.Minyak kereta habis begitu jer.Pikir punya pikir....saya call Su(best friend of mine) yang duduk dekat Sungai Petani."Ni...aku on the way balik ni....jalan jammed gila...aku nak pegi beraya rumah hang boleh??"Su jawab sambil sebak."La mimi,sronoknya aku nk jumpa hang mi...mai mai mai...dkt tol Baling nanti hang ambik kiri....lepaihtu hg masuk kiri ikut Taman Sejati...bla ...bla....bla....nanti dah smpai kt rondabout aku amik hang".

Dipendekkan cerita kami sefamili pun sampai ke rumah Suriani dan hubbynya Dr. Hj.Sabdi.Kami sampai dalam pukul 4 petang.Saya jeles dengan Su sebab dia lagi kurus dari diri ini yang semakin bam bam.Berkat kesungguhannya membreastfeedkan both of her baby,tengoklah still maintain jer.Berbandingkan diri ini yang hanya makan minum untuk diri sendiri, he he he...

Thanks to Su@Ni sebab menghidangkan kami mee rebus dan puding roti yang sangat awesome.Thanks also for the lovely puding roti recepi yang sempat saya tengok dia buat.(Dah 3 kali dah saya buat puding roti tu....kalih belakang ja...dah abis...berbaloi).
dari kiri:Su,Aina,me,mizah & mak mertua
yang baju hijau kt belakang tu Azim..tengah mkn puding roti
semoga pesahabatan yang ikhlas ini berpanjangan....
Pukul 7 petang kami bertolak balik.Perjalanan yang mengambil masa yang amat panjang.Jalan jammed teruk.Kami teruskan perjalanan jugak.Akhirnya kami pun selamat sampai ke Shah Alam pada pukul 6.30 pagi.Berapa punya lama da.....kalau naik flight pegi London pun dah sampai dah.




Wednesday 14 August 2013

CERITA RAYA 2013 -PART3 / Selamat Bertunang Hakim

Assalamulaikum,
Raya ke 3.Asbab utama saya berada di Perlis adalah kerana ingin menghantar rombongan meminang adik saya Hakim di Kangar.Perjalanan dari rumah mak saya di Taman Melati Beseri ke Kangar mengambil masa hanya lebih kurang 15 minit.Kami bertolak ke rumah Ana(tunang Hakim) selepas Zohor.Sesampai di sana, kami perempuan  masuk ke rumah manakala pihak lelaki menunggu di luar.

Fuad(adik ipar) mewakili pihak lelaki ditemani oleh mak dan mertua saya.Mak mertua saya di beri penghormatan untuk menyarungkan cincin ke jari Ana.Di sebabkan rombongan kami yang terlalu ramai,tuan rumah terpaksa mentapau nasi minyak yang sedap itu satu persatu.
Terima kasih kepada maksu Ija dan makcik mawar kerana sudi meluangkan masa ke majlis ini.
mak mertua menyarungkan cincin.....
mak saya duduk atas kerusi atas sbb kesihatan....
 antara hantaran sebelah perempuan....
  bergambar sebelum balik.....



CERITA RAYA 2013 -PART2 / Beraya di rumah awin

Assalamualaikum,
Hari ni dah hari raya ke 2 dah.Malam tadi tidur dalam kereta jer .Mr husband tidur sekejap lepas beli nasi lemak dkt kedai depan.Dalam pukul 12 lebih kami bertolak kerumah awin(kawan udin yang baru.Along doakan kali ini hubungan kalian berdua akan berakhir hingga ke jinjang pelamin).Lili satu kereta,ana satu kereta,saya satu kereta dgn udin satu kereta."Hari ni lepas kita pi rmh abang Fendi,kita raya kat Kuala Nerang na....sat ja...."Mr husband mengangguk tanda setuju.

Lepas beraya di rumah abang Fendi,kami sekeluarga make a move to Awin's house.Bukan main jauh la rumah si Awin ni.Kami ni nak beraya ke datang nak bawak hajat.Macam ada apa2 ja.Campur jauh dan sesat,pukul 3 petang barulah sampai ke sana.Besar nya rumah Awin.Puasnya kalau nak bergolek kat ruang tamu kat hall rumah dia.Saya sempat kira kipas kat hall dia lebih dari 6.(kapochi tul mimi ni)...Perut kami yang berkeroncong akhirnya diisi dengan makanan yang subhanallah,mashaallah sangat sedap dan menyelerakan.

Kami dihidangkan dengan laksa kedah yang power.Nasi putih serta bermacam2 lauk pauk termasuk kari daging,sup daging,udang sambal petai,ayam goreng berempah,sayur sawi campur yang sedap + sambal belacan.Lepas makan tuan rumah hidangkan pulak dengan buah rambutan dan cempedak yang ditanam sendiri.Rambutannya manis,dahla manis,lekanglah pulak.Pendek kata puas hati la.

Saya sempat snap a few pictures aktiviti kami ketika di rumah Awin.Bukan main sedap betul kami makan masa dekat sini.
dari kiri:mak saya,mak mertua (ada chemistry oo both of them ni...)
ada sebakul lagi rambutan tu mak....
manis betul rambutan ni.....tapau ckit boleh hi hi hi..
my amatur photographer.....arif
dari kiri:mr husband,hakim(esok nak bertunang),azieq & udin(bertuah badan...)

Makan sudah,bila dah kenyang mata pun mulalah mengantuk.Tapi takkanlah mak nak tergolek kat ruang tamu dia yang luas tu kut.Mak agak2 la jugak he he he.Seperti yang dijangka,tuan rumah yang baik hati ni telah mentapaukan kami buah cempedak dan buah rambutan dengan kadar yang agar banyak.Bibik saya yg sememangnya hantu rambutan terpana seketika ketika diberi tapauan tersebut.

Pukul 8.30 malam baru sampai dekat rumah.Group Lili dgn Ana masih kuat nak beraya ke rumah abang Mi yang buat barbeque malamtu.Saya kalah dan hanyut bersama mak dan mertua saya di rumah.Esok nak kena bangun awal sebab nak menghantar adik (Hakim) bertunang.

CERITA RAYA 2013- PART 1

Assalamulaikum,
Selamat hari raya dan maaf zahir batin kepada semua muslimin dan muslimat yang sudi membaca blog saya yang skima ni.Semoga tahun ini kita semua dilimpahi rahmat dan keberkatan dari Nya yang maha memberi.Amin.

Tahun ni raya saya di sambut sederhana sahaja.Dalam gambar memang tetap nampak happy.Life must go on.Tahun ni saya sekeluarga menyambut raya di Seksyen 20 Shah Alam.Wow......jauh jugak tu yer....he he he....Kira ok lah tu.Kerja di Klang...raya di Shah Alam.

Menu tahun ni biasalah, ada nasi himpit,rendang daging dan limpa,rendang ayam,lontong,kuah kacang etc serta kuih2 raya.Saya tak makan pun nasik himpit tu.Sebabnya teman ni perak pior(pure)......ater nak nasik ler jugek walau di pepagi rayer.Setakat ni mak mertua jadi pengikut setia.Bila teman siap tumbuk sambal belacan dgn goreng ikan belanak masin.....kecur air liur...."mak nak nasik sikit ni"...power ooo...

Jadi lepas sembahyang raya,kami makan dulu sebelum bersalam-salaman.Di bawah ini adalah kenangan kami sekeluarga semasa beraya di Shah Alam Seksyen 20.Tema kami sekeluarga tahun ni warna pink dekat2 purple.Tapi tudung saya ada lari ckit sbb nya warna bunga pada baju tu hijau...Hentam sajala labu....
dari kiri:arif,mr husband,hamizah,azim,author and azieq
kualiti gambar kurang menyenangkan...
azieq(eldest son) and my self.....
 bersama family abang ngah.... 
adik bongsu mr husband,ila sekeluarga.....
family abg long dan abg ngah sekeluarga...
family akak kesayangan sekeluarga....
dari kiri,arif,mama(author) dan mizah..
Lebih kurang pukul 3 petang,kami pun bertolak kerumah abah kesayangan saya di Setapak.Masa saya sampai tu, abah masih lagi di masjid.Ada orang nikah katanya.Mr husband dan anak2 begitu berselera sekali makan nasi tomato yang dimasak oleh mak.Ayam masak merah mak memang terbaek la....Abah saya pun balik selepas tu.Alahai cengkungnya abah.Semoga abah sentiasa dilindungi oleh Allah s.w.t.

Air mata tak dapat ditahan ketika bersalaman dengan abah kali ini.Saya tak tahu samada tahun depan saya dapat bersalaman dengan abah atau tidak.Tapi hanya Allah yang tahu apa yang bakal jadi.
dari kiri:nabila,pia,saya,mizah,mak,arif,abah kesayangan,mr husband & azieq
Wajah abah saya yang putih bersih sangat menyenangkan....
Pada malamnya kami sekeluarga bertolak ke Perlis.Jauhnya......mak mertua saya ikut bersama2.Adik saya Hakim akan bertunang pada raya ke 3.Maka dengan asbab itulah kami meredah malam yang panjang ke Perlis.Bertolak pada pukul 11.30 malam dan sampai pda pukul 6.30 pagi adalah perjalanan yang memenatkan.Saya rasa macam tak ada kaki setibanya di sana kerana hamizah tidur di atas ribaan saya selama 7 jam.

Alhamdulillah, mak saya saya yang mengalami patah kaki akibat dari komplikasi kencing manis sebelum ini telah pulih sepenuhnya.Kakinya dah tak bengkak lagi.Mak dah boleh buat kerja ckit2.Dah mula cerewet macam dulu jugak....itulah mak saya...


Friday 2 August 2013

Kanser Usus:Kesan Dengan Awal

Assalamualaikum,
Disebabkan kami sekeluarga baru2 ini dikejutkan dengan berita yang tidak diduga.Jadi untuk lebih memahami tentang penyakit yang boleh membawa maut ini,saya banyak membaca untuk mengetahui maklumat tentang penyakit kanser ini.Maklumat seperti di bawah mudah2an boleh memberikan manfaat kepada kita semua.Untuk pengetahuan,sel kanser ada di setiap manusia, yang membezakannya ialah antara aktif atau tidak.Dan yang paling menakutkan ialah kanser hanya menunjukkan kesannya setelah pesakit telah berada pada tahap 3.Sel kanser bersarang dan menyerang sel sihat selama lebih kurang 10 tahun sebelum menunjukkan simptom2 yang menyakitkan.Abah kesayangan saya telah menunjukkan simptom2 seperti di bawah dalam tempoh yang agak lama iaitu lebih kurang 6 bulan sebelum didiagnosis mengidap kanser usus/kolon/kolorektal.Tanda kembung disangka angin,najis berdarah di sangka buasir.Yang paling menyedihkan ialah badan abah yang berisi menjadi kurus secara tiba2.

Tapi apakan daya abah,ilmu pengetahuan kami yang terhad ini menyebabkan kami lambat membawa abah ke hospital.Maafkan kami abah.Sehinggalah pada satu hari saya google sendiri dalam internet tentang kanser usus.Alangkah terkejutnya saya bila mendapati semua simptom2 tersebut memang tidak boleh tidak sedang menyerang abah kesayangan kami ini.Berita sedih ini saya usulkan pada mak."Mak, tanda yang abah rasa skrg tu macam tanda kenser usus la mak, mimi tak sanggup nak cakap,mudah2an bukan penyakit tu...abah kena ke hospital mak".Disini saya  ingin mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada adik saya iaitu Nabila Izzati yang sedang belajar diperingkat sarjana di UITM.Kalau tak kerana dia lah memaksa/membawa abah ke hospital,mungkin sampai saat ini kita masih tak tahu yang abah sedang mengidap penyakit berbahaya ini.Thanks for your effort my dear sister.

Kanser usus yang juga dikenali sebagai kanser kolorektal adalah salah satu daripada 
kanser yang kerap berlaku.Risiko untuk anda mendapat kanser usus semakin tinggi jika anda:
  • mempunyai sejarah ahli keluarga yang menghidap kanser usus.
  • pernah menghidap penyakit radang usus (kolitis ulser atau kolitis Crohn) lebih daripada lapan tahun.
Jika anda mempunyai faktor-faktor di atas, berbincanglah dengan doktor anda tentang 
risiko mendapat kanser usus.
Tidak semua kanser usus menunjukkan tanda-tanda atau simptom awal tetapi anda harus 
berjumpa dengan doktor jika anda alami mana-mana yang berikut:
  • Keluar darah daripada dubur atau terdapat darah selepas membuang air besar.
  • Perubahan ketara pada tabiat membuang air besar: contohnya , lebih kerap membuang air besar atau najisnya cair, kerap sembelit dan/atau rasa lebih kerap hendak buang air besar daripada biasa.
  • Berasa tidak puas selepas membuang air besar.
  • Sakit perut.
  • Berat badan turun tanpa sebab yang nyata.
  • Berasa penat, lemah atau sesak nafas tanpa sebab. Gejala ini mungkin disebabkan oleh anemia akibat kekurangan zat besi. 
Anda boleh membantu mengurangkan risiko menghidapi kanser usus dengan:

  • makan makanan yang berkhasiat, termasuk mengambil lebih banyak sayur-sayuran dan buah-buahan dan mengurangkan pengambilan lemak haiwan.
  • mengekalkan berat badan yang sihat.
  • selalu bersenam.
  • tidak merokok.
  • kurangkan minum alkohol.
Dengan mematuhi panduan yang diberi tidak bermakna anda akan terlepas daripada 
diserang kanser usus tetapi ia boleh mengurangkan risiko anda dan juga memberi banyak 
faedah kesihatan yang lain.