Monday 2 July 2012

DOA BAGI ANAK YANG TERAMAT DEGIL

Assalamualaikum,


Marilah kita sama-sama berikhtiar bagi mendoakan anak-anak yang kita lahirkan. Doa ini saya ambil dari artikel di internet.Semoga ianya menjadi ilmu dan amalan untuk kita bersama.

Bagi Anak Yang Teramat Degil


Allah Maha Lembut terhadap hamba-hambanya DIA memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakinya dan DIA lah yang Maha Kuat lagi Maha Perkasa - Surah As-Syura ; Ayat 19.

Baca 19 kali pada air dan bagi minum kepada yang berkenaan . baca 19 kali pada ubun-ubun (anak-anak yang degil atau sesiapa yang dihajati). Jika orang itu jauh, baca 19 kali selepas solat dan diniatkan kepadanya.
Ustaz Kazim
"Tanyalah Ustaz" 


. Ayat 200 Surah Al Imran
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)."

Ayat terakhir daripada surah Al Imran ini hendaklah dibaca ketika memasak/menyediakan makanan dan dihembus ke dalam makanan tersebut bertujuan untuk melembutkan hati anak-anak.
 

2. Ayat 30-31 Surah AnNaml

30."Dengan nama Allah, yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani,
31. "Bahawa janganlah kamu meninggi diri terhadapku, dan datanglah kamu kepadaku dengan menyerah diri (beriman dan mematuhi ajaran ugama Allah).”

Ayat ini dibaca dan dihembus ke muka atau ke arah orang yang dimaksudkan secara berdepan. Ayat ini adalah untuk mengatasi masalah anak-anak yang tidak mendengar kata, tidak hormat kepada ibubapa dan sebagainya.

Surah Al Isra' - Ayat 82
 Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran Aya-ayat Suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya; dan (sebaliknya) Al-Quran tidak menambahkan orang-orang yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua.

No comments:

Post a Comment