Monday 29 July 2013

Puasa 2013 yang menduga...

Assalamualaikum,
Selamat berpuasa kepada seluruh umat Islam di seluruh dunia.Tahun ni saya berada dalam mood yang sedang2 saja.Sehari sebelum puasa kami sekeluarga dikejutkan dengan berita yang menyedihkan.Abah kesayangan saya telah disahkan menghidapi penyakit kanser usus tahap 3.Cepatnya masa berjalan....hari ni dah 20 hari kita berpuasa.Jika tahun lepas saya sangat seronok sebab emak kesayangan ada berpuasa bersama2 saya disini.Tahun lepas semangat saya berkobar2 untuk berkongsi apa yang saya sediakan bagi juadah berbuka puasa.Tahun ini mood saya betul2 disentap oleh satu kenyataan yang begitu sukar sekali untuk saya terima.

Sebelum tidur,saya akan menangis mengenangkan abah yang dulu gagah membesarkan kami adik beradik,kini berhadapan dengan penyakit yang boleh membawa maut.Semangat yang datang setiap kali nak beraya hilang bersama2 dengan perasaan yang bercampur baur.Tambahan pula puasa saya dan keluarga tahun ni di rumah ibu mertua si Shah Alam.Ibu mertua yang tidak sihat minta kami sekeluarga kesana sepanjang bulan puasa.Seriusly,kesedihan itu hilang sekejap bila duduk beramai2 bersama keluarga.Tapi lara itu pasti akan datang lagi dan lagi tak kira dimana dan bila.


Buat masa ini abah dirujuk di hospital Selayang.Demi bulan yang mulia ini,abah sanggup tangguhkan operasi stoma demi melaksanakan tugasnya sebagai seorang muslim.Mengikut perancangan,abah sepatutnya kimo selepas stoma sembuh.Tapi abah tetap berkeras mahu fikir dulu.Keluarga sebelah abah memberikan pendapat yang berbeza2.Ada yang suruh kimo cepat2.Ada pula yang suruh buat rawatan alternatif dulu.Abah berubat dimerata2 tempat.Baru2 ini abah berubat di Perak.Kata profesor yang merawat abah "ustaz, kalau kanser dah stage 3, nak berjalan pun tak boleh,ustaz ni baru tumor".Pada mulanya saya tersenyum lega bila mendengarkan ini.Tapi bagaimana pula fakta ngeri yang saya dengar dari mulut pakar bedah di hospital tempohari.


Berat mata memandang,berat lagi bahu memikul.Abah kesayangan saya dalam dilema.Lantas satu keputusan abah buat.Apa2pun abah nak tunggu lepas raya."Abah bukan tak mahu buat, tapi banyak sangat kerja bulan puasa ni,banyak orang nak nikah".Ya Allah,berikanlah kesembuhan pada abahku ini.Sihatkanlah dirinya supaya boleh beribadat dan beramal denganmu.Sembuhkanlah abah kesayanganku,hilangkanlah kesakitan yang ditanggungnya.Kasihanilah abah yang bersusah payah membesarkanku ini Ya Allah.


Monday 1 July 2013

PERTUNANGAN ULUL DAN SHIDA....

Assalamualaikum,
Sebelum terlambat, saya ingin ucapkan selamat bertunang kepada sepupu sebelah mr husband, ulul yang telah selamat melangsungkan pertunangan pada 29/6/2012(Sabtu yang lepas).Kami berkonvoi 10 buah kereta dari Tapah Perak terus ke Kuala Kurau.Perjalanan yang agak jauh.Sebelum itu kami singgah sekejap ke rumah mak mertua sabri(sepupu).....Disana kami dihidangkan dengan bihun sup yang sedap dan nasi lemak....walaupun saya sempat merasa sesudu jer.......dan disana Azim telah sekali lagi membuat aksi yang luar dugaan dimana dia telah mengambil dengan selambanya bihun sup yg sedang dimakan olek kakak ipar saya kak ngah.Sori yer kak ngah."Nanti Hani gantikan yang lain ye kakngah" "takper lah hani....sian Azim...dia bukan tau apa2 pun."

Dari sana perjalanan dalam satu jam la jugak nak sampai ke destinasi sebenar.Kami sampai dirumah shida pada pukul 2 petang.Terus dihidangkan dengan nasi yang sedap(saya tengah lapar masatu...).Walaupun cuaca agak panas.....tapi saya gagahkan juga untuk habiskan sepinggan nasi.

Lepas kenyang, baru kami masuk kedalam rumah.Selepas perbincangan selesai,kami dihidangkan pula dengan kuih muih....siap dengan tapai.yang saya x boleh lupa ialah teh tariknya sangat sedapppp............terbaekla.....
 serba biru...bakal ibu mertua sedang sarungkan cincin....
semoga ikatan ini akan ke jinjang pelamin.....
Saya singgah kerumah ibu saudara saya di Taiping sebelum bertolak balik ke Klang.Wah dan abah mon nampak sihat.Romantiknya pasangan warga emas itu terserlah dengan cara percakapan mereka.Itu mmg saya respect.Kalah kita yang muda ni tau.Wah saya ni tak jemu2 bercerita pada mr husband dan anak2 saya tentang perihal saya ketika kecik.Masa kecil dulu saya dijaga oleh wah.Bagi saya wah adalah seorang wanita, ibu dan isteri yang mulia serta ikhlas.Semoga Allah merahmati mereka berdua.Abang Abu sampai dalam setengah jam yang kemudian bawak murtabak yang tebal dan sedap.Macam2 cerita yang keluar.Abah Mon siap keluarkan gambar kenang2an antara dia dan Tengku Abdul Rahman serta Tengku Yusuf.Saya tunjukkan pada anak2 saya yang bukan calang2 orang yang boleh bergambar dengan Bapa Kemerdekaaan Malaysia ni.Bapa saudara saya ni berjawatan sebagai Pengarah Penjara Taiping sebelum bersara dan beliau amat aktif dalam sukan.Jadi, tak hairanlah kalau sekali tengok macm tak percaya jer umur dah 70 plus+++.

Saya make move dari rumah wah dalam pukul 6 lebih selepas solat asar.Sempat singgah beli ikan belanak masam yang terkenal di Taiping tu.Amat mengejutkan saya kerana harganya telah mencecah RM25 sekilo.Adalah beli sikit untuk pembuka selera di bulan puasa nanti....Mr husband singgah di pasar Changkat Jering beli murtabak...(mcm x puas jer makan tadi kan he he he...),mee goreng,kuew teow goreng dan rojak.
ikan belanak masam....
Kami singgah makan sekejap di Tapah.Sedapnya mee goreng dia.....walaupun goreng banyak2...murtabak dia...samala macam murtabak yg kita makan tadi.....sedap dan puas...Alhamdulillah.Kami meneruskan perjalanan terus ke Klang...dan sampai ke rumah pada jam lebih kurang 11malam.

Lepas isyak terus tidur sebab besoknya ada agenda lain plak.Esok saya akan ke Kampung Medan Subang sbb mr husband punya sepupu (apaf).......ada buat majlis untuk merisik.Tugas saya ialah mengambil kakak ipar dan mak mertua utk dibawa ke sana.Janji sampai sana pukul 8 pagi.











TONSIL BERNANAH...

Assalamualaikum,
Lama sungguh teman tak update blog kesayangan hamba ni.Sibuk sungguh kebelakangan ni.....menguruskan anak2 yang baru keluar dari wad kerana tonsil bernanah.Untuk pengetahuan saya dan kawan2....adalah sikit maklumat yg saya dapat mengenai tonsil ni....

Tonsil ialah sejenis tisu limfoid yang merupakan sebahagian dari sistem pertahanan badan. Tisu limfoid ini terdiri daripada sejenis sel dipanggil limfosit yang penting untuk bertindak melawan penyakit. Terdapat 3 jenis tonsil yang terdapat di rongga mulut:-


1. Adenoids - tonsil yang terletak di belakang hidung
2. Lingual tonsils - tonsil di belakang lidah
3. Palatine tonsils - tonsil di tekak yang sedang kita perkatakan.

Apa itu radang tonsil atau tonsillitis?

Tisu limfoid adalah sebahagian daripada sistem kelenjar limfatik diseluruh tubuh dan kawasan usus yang boleh membengkak sekiranya ada jangkitan. Sebagai contoh kelenjar limfatik di leher, boleh membengkak sekiranya terdapat jangkitan di dalam mulut misalnya. Pembengkakan ini adalah reaksi kepada jangkitan untuk menghasilkan lebih banyak sel untuk melawan penyakit.

Oleh itu, apabila terdapat jangkitan di dalam tekak, sebagai salah satu sistem limfatik, tonsil ini akan menjadi bengkak dan menjadi radang yang disebut tonsilitis atau radang tonsil.

Apakah penyebab dan gejala radang tonsil?

Tonsilitis boleh disebabkan oleh jangkitan virus ataupun jangkitan bakteria di dalam tekak. Jangkitan bakteria seperti streptococcus boleh menyebabkan tonsil bengkak dan bernanah. Jangkitan virus seperti Epstein Barr Virus, adenovirus atau measles boleh juga menyebabkan pembengkakan tonsil juga.

Antara gejala radang tonsil ialah :-
1. Sakit tekak yang kadang2 teruk
2. Tidak boleh menelan atau sakit apabila menelan
3. Demam yang kadang2 sangat tinggi
4. Sakit kepala dan sakit-sakit badan
5. Suara garau atau hilang suara
6. Kadang-kadang ada bengkak pada leher.
7. Mulut berbau busuk
8. Berdengkur waktu tidur


Gambar menunjukkan gambar tonsil yang bengkak dan kadang-kadang tumbuh keputihan seperti nanah pada tonsil.

Komplikasi Radang Tonsil

Radang tonsil biasanya berlaku di dalam umur 3 tahun ke atas. Kanak-kanak berumur 2 tahun ke bawah biasanya jarang terkena tonsil ini walaupun tidak terkecuali. Paling kerap adalah berumur di dalam lingkungan 5-15 tahun.

Yang sering menjadi masalah kepada ibu-bapa ialah anak yang kerap demam akibat tonsilitis. Adakalanya setiap 2 bulan ibu dan bapa akan datang ke klinik kerana masalah ini. Ini melibatkan kos ubat dan masa.

Oleh kerana umur yang kerap terkena adalah dari golongan umur persekolahan, ada anak-anak yang terpaksa mengambil cuti panjang daripada persekolahan kerana masalah ini. Ini menyebabkan anak-anak ketinggalan di dalam mata pelajaran dan menyebabkan keputusan peperiksaan tidak beberapa memuaskan. Anak yang sering sakit akan berasa rendah diri dan pertumbuhannya juga boleh terganggu.

Tonsilitis kebanyakannya tidak merbahaya. Ada kes terpencil jangkitan bakteria yang menyebabkan septicaemia atau kuman yang merebak ke dalam salur darah. Ada juga yang mengaitkan jangkitan tonsil ini dengan penyakit Acute glomerulonephritis (sejenis jangkitan buah pinggang) dan rheumatic fever (penyakit bawaan sejenis bakteria yang boleh menyebabkan masalah jantung).

"Sleep apneoa" atau penyakit berhenti bernafas semasa tidur boleh disebabkan oleh pembekakan tonsil yang sangat besar sehingga mengganggu pernafasan. Biasanya ia dikaitkan dengan tidur berdengkur dan kesukaran bernafas semasa tidur.

Perawatan Radang Tonsil.

Pada kebiasaanya, saya cuma memberi ubat lozenges atau hisap untuk meredakan kesakitan. Thymol gargle atau Difflam gargle juga boleh diberikan untuk mengurangkan keradangan dengan cara berkumur (bagi kanak-kanak yang boleh). Saya juga pernah terjumpa dengan kawan doktor yang memberikan peptidase atau papase untuk mengurangkan bengkak tonsil tetapi bagaimana effektifnya saya pun tidak pasti.

Ada juga yang memberi ubat tahan sakit seperti paracetamol atau ibuprofen untuk tujuan menahan sakit.

Ubat antibiotik akan diberikan sekiranya tonsil itu disebabkan oleh jangkitan bakteria. Biasanya antibiotik yang diberi ialah dari jenis penicillin seperti amoxycillin atau ampicillin. Kadang-kadang saya juga memberi antibiotik dari jenis cephalosporin atau erythromycin. Saya amat jarang memberi antibiotik bertenaga nuklear seperti Zithromycin atau Augmentin kerana saya mengamalkan prinsip memberi antibiotik yang sederhana dahulu sebelum memberi yang kuat.
Pembedahan membuang tonsil atau tonsillectomy adalah jalan terakhir untuk mengelakkan radang tonsil daripada berulang-ulang. Ada pendapat pakar yang menyatakan bahawa membuang tonsil boleh mengurangkan sedikit sistem pertahanan badan. Oleh hal yang demikian, pembuangan tonsil perlu dilakukan secara berhati-hati.

Untuk tujuan itu, anda terpaksa berjumpa dengan pakar ENT untuk pakar membuat keputusan membuang tonsil. Pakar ENT mempunyai kaedah-kaedah dan perkara2 yang perlu diteliti sebelum pembedahan dilaksanakan dan pesakit perlu memenuhi kriteria-kriteria tertentu seperti jangkitan tonsil yang kerap seperti 3 episod jangkitan setahun selama 3 tahun berturut-turut dan beberapa kriteria lain. Pembedahan adalah singkat dan biasanya anak-anak cuma duduk selama 2-3 hari di dalam wad sebelum dibenarkan pulang selepas pembedahan sekiranya tiada demam dan tiada pendarahan. 

TIGA ANAK ADMITTED HOSPITAL..............

Assalamualaikum,
Saya mohon ampun dan maaf pada diri sendiri sbb selalu lambat update latest story dalam blog ni.Sibuk sikit kebelakangan ni sebab menguruskan kerja yang berlambak2 di ofis yang terbengkalai selama seminggu(Eceh...ko keje apa mimi...bos ker????....tak saya kuliketif jerk....he he he).Thanks to my bos sbb approved cuti urgent saya ni...Sebenarnya saya menjadi semakin sibuk sebab menguruskan tiga anak yang masuk hospital DEMC sejak dari 14/6/2013-20/6/13.(hek eleh mimi....ko kan ada bibik....cakap jer...)maksud saya bibik saya jugak sibuk seperti saya malah lebih lagi...he he he....

Kronologi kejadian tonsil bernanah:-

12/6/13 (Rabu)
Bila balik dari kerja saya dapati badan Mizah agak panas atau dengan kata lain dedar.Bibik cakap Mizah demam since tengahari tadi dan telah diberi PCM(paracetamol).Dalam hati saya terdetik"demam lagi...baru last month dia dah demam masa pergi rumah abah...nanti baiklah tu" .Lepas masak untuk makan malam saya terus mandikan anak saya dengan air paip dicampur dengan ais batu.Dalam air tu saya baca selawat,bismillah lima,doa nabi ibrahim seperti di bawah dan tutup balik dengan selawat.Kalau setakat demam biasa insyaallah mujarab.Tapi,kita hanya berikhtiar...Allah yang menentukan segala-galanya.Allahualam           
Doa Nabi Ibrahim
1. Bismillah hirahman nir rahim.
2. Qul na yaa narukunni, bardan wassalaman 'ala ibrahim,
Maksud Ayat :
1. Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
2. Niatkan begini"Ya Allah,sejukkanlah badan anakku.......(nama) sebagaimana kau sejukkan api pada nabi Ibrahim"
Lepas tu saya bagi dia makan ubat.Saya tak risau sebab dia nampak masih aktif lagi.Selepas 4 jam saya bagi ubat pada dia lagi.Progress macam tak berapa baik....coz demam dia x turun2.Sebelum tidur saya mandikan sekali lagi dengan ais batu dan letakkan kain lembap diatas kepalanya....lepastu saya pun terzzzzzzzzzzzzzzzz.........tiba2 saya terjaga....saya sangat terkejut sebab badan Mizah terlalu panas dan menggigil.Saya panik.....begitu juga mr husband....saya mandikan pada pukul 2 pagi....4 pagi...."tak boleh jadi ni....demam x kebah2....risau betul mama ni mizah"."Esok pergilah klinik Tan.....klau x ok jugak...mintak surat terus pergi hospital."

13/6/13 (Khamis)
"Bos, maaf...saya mohon masuk lambat hari ini sbb bawak anak pgi klinik."Hari tu saya terpaksa half day coz azim pun dah demam.Badan Azim pun panas tapi masih aktif.Sampai di  klinik.....lega sungguh rasanya sebab lengang....."bukan musim demam kut".Doktor Tan cakap tonsil both of adik beradik merah menyala.As before...ubat demam + antibiotik klinik bagi.Cepat siap....x sampai setengah jam...zassss...terus masuk kereta...pecut.....and terus sampai rumah.Sampai rumah saya dan bibik kepit sorang satu kasi makan ubat.....pecah peluh di buatnya.Lepastu pecut teruslah ke opis tercinta.Keep on calling bibik.....sehari suntuk......
Bila balik kerja petang tu keadaan masih serupa macam semalam...malah lebih teruk lagi....Mizah dah x makan since pagi tadi.Tapi nasib baik dia masih nak minum susu.Azim plak lebih suka menyendiri...sorok muka bawah bantal.Bibik cakap hari ni dia langsung tak nak timbang air.Ubat demam mmg kitaorang bagi 4 hourly......
Finally malam tu...kejadian yang sama berlaku seperti semalam.Kali ni both of them demam yg panas sesangat.Memang tak tidur saya dan mr husband malam tu....mandikan diorang....dan bagi makan ubat.Masih x kebah2.......Jam yg kt ddg tu lambat sangat berjalan....cepatlah esok.....hati kecik saya ni mmg dah dapat rasa yg both of my child ni akan warded.....(sense of sad mother...)

14/6/13 (Jumaat)
Satu kesilapan bodoh yg saya buat semalam ialah terlupa suruh doktor buat reference letter if incase demam x baik....boleh terus refer ke hospital.Hari ni...baru rasa pandai.....bibik yg tengah mesin kain saya suruh stop.Mizah merengek x henti2 dan lembik....hati ibu saya sangat risau ketika itu.Azim pulak...demam masih lagi tinggi....tapi yg tinggal hanya semangat.....Saya terus packing barang anak2 yg nak di bawak kehospital.Kelamkabut jugak lah dibuatnya pagi tu.Nasib baik ada bibik.....Sense saya pada hari tu...memang anak2 saya akan di tahan.
Lepas ambik surat pada Dr Tan,terus saya pecut pergi ke DEMC.Sampai kesana dalam pukul 11pagi.After register...both of them terus diperiksa and guess what....temperature azim was 39.8 and mizah's temperature was 39.9.....Subhanallah...nearly 40....Both of them terus dirujuk ke doktor pakar kanak2 iaitu Dr Fadzillah Ghazali.Dr cakap yang mizah punya tonsil dah bernanah.Sah...memang kena tahan....tinggi sangat.....nurse bagi ubat demam voren(masuk kut bontot) sementara tunggu bilik untuk 2 beradik ni siap....Saya siap balik dulu rumah mak mertua.....pukul 4 baru diorang kol ada bilik.
tonsil yang bernanah...eeuwww sakitnya...
Lepas dapat kol....saya terus pecut ke DEMC.Lega...dapat jugak duduk sebilik.Saya sekatil dgn mizah...bibik sekatil dengan azim.Petang tu jugak azim dan mizah kena buat line di tangan.Saya dengar suara Mizah sebut sudah....sudah...sambil meraung.....bila time azim....langsung tak bunyi.Nurse cakap azim ni kuat betul...."berpeluh kitaorang berempat pegang dia kak".Saya senyum jerk....

line mizah......
Malam tu jugak diorang disuntik dengan antibiotik agak kuat untuk Mizah dan Azim.Mulanya saya ingat nama antibiotik tu...tapi skrg ni dah lupa la plak.....antibiotik ni pulak dicampurkan kedalam cecair saline(kalau x silap saya lah...kalau silap jgn marah aaarr doct & misi...).Nurse tu cakap antibiotik ni pekat serta pedih dan x boleh dicucuk terus kedalam salur darah kanak2.Doktor cakap lepas bagi antibiotik ni...in 48 hours temperature akan naik balik....lepastu baru suhu akan turun balik.
Betul la bagai dikata....malam tu suhu anak2 saya mencecah 38.Risaunya...dah masuk hospital pun masih panas ni...bila nurse datang saya tanya......nurse cakap jgn risau sbb mmg inilah side effect dia.Sabarjerla....sambil masukkan ubat bontot tu lagi.Malamtu kami dilawati oleh group sebelah mr husband.....anak saya Arif merungut nak tidur disini...sambil cakap"kenapalah Arip x demam...boleh berehat sambil tengok tv...."

15/6/13 (Sabtu)
Doa anak2 kecik ni memang makbul.Pagi2 lagi mr husband call cakap si Arif plak demam dan doktor dah bagi surat suruh refer kat hospital.Saya bawa Arif berjumpa dengan Doktor Rozila dan setelah diperiksa...tonsilnya merah menyala...tapi x bernanah lagi.Dengan ini rasmilah Si Arif juga akan memasuki team kami ni.Mizah dipindahkan ke bilik 408 sementara Arif ambil alih tempat saya.Doktor Rozila yang buat round malam tu cakap antibiotik ini akan diberi ikut antibodi badan......kalau ok 3 hari dah boleh balik....kalau x drag sampai 5 hari...kalau x ok lagi bleh sampai 7 hari.Tergamam@terkesima saya sekejap.Malamtu...demam diorang naik sikit dan surut balik bila pagi....
anak bertuah ni teringin sangat nak warded......
16/6/13 (Ahad)
Abah datang dgn makti juga zek.Lili dgn family pn datang jugak.Meriah giler rasanya.Mizah masih mood tak baik.Nampak macam x suka dgn kedatangan tetamu.Azim nampak semakin ok.Doktor kata Azim yg paling cepat respon dengan antibiotik tu....Mizah punya nanah di tonsil masih ada...tu sbb demam masih tinggi.
Dan pada sebelah petangnya pulak abg ngah,mak anjang, ulul dgn ayu pn datang ziarah.Terima kasih pada yang sudi datang menjengah yer.Yang x datang pn takper....
Malamtu demam Mizah masih lagi tinggi...setiap 4 jam masih masuk voren.Saya dah mula risau.Antibiotik dah masuk 3 hari...tapi kesan masih x ada.
arif sempat snap mizah di reading corner.....
see the chair....untuk kanak2 sahaja tau....
 nice feature wall....nak tiru boleh.....
baring2 sambil tengok tv...... 
macam makcik2 yang bergambor di muzium...he he he... 
Hello Kitty sentiasa berada di sisi....
17/6/13 (Isnin)
Saya masih lagi cuti urgent.Hari ni demam Mizah ok la sikit dari sebelum ini.Azim punya tonsil dah hilang nanahnya.Doktor kata Azim boleh balik esok selepas antibiotik hari ke 5.Badan Arif masih panas.Bila Dr Rozila buat round dia cakap, yg demam Mizah masih tinggi sbb nanah di tonsilnya masih ada lagi.

18/6/13 (Selasa)
Complete antibiotik hari kelima.Dr Fadillah pulak round hari tu.Dia cakap Azim boleh balik.Arif dan Mizah masih x betul2 ok.Mungkin kene sambung sampai hari ketujuh.Azim dan bibik balik kerumah mak mertua saya di seksyen 20.Hari tu mizah dan arif memang sihat tak ingat.Bila dah sihat Arif terus kan acara menyakat adiknya walaupun sekrg ni kami berada di hospital.Rasa hati nak menjerit...tapi bila mengenangkan ini hospital....maka saya sabarkan saja......Bila malam barula keadaan kembali menjadi tenang bila papanya dtg dan tidor dihospital.

19/6/13 (Rabu)
Nanah di tonsil Mizah dah sembuh sepenuhnya.Arif pun dah ok sangat2.Ingatkan dah boleh balik.Tapi kene compeletekan antibiotik sampai hari ke 7.Masak.....Cepatla besok...Bila petang Arif bawak Mizah jln2 dkt reading corner kat situ.Bila dah cihat Mizah pun mulalah menunjukkan belangnya....bercakap tak henti2 dengan nurse yang suka mengusiknya.
ini bukan iklan habib.....he he he....
20/6/13 (Khamis)
Alhamdulillah,dah boleh balik selepas completekan antibiotik hari yang ketujuh.Sementara menunggu dokumen siap,saya pun bersiap2lah macam nak balik kampung packing barang2.Tengah tunggu2 tu saya dikejutkan dengan orang bagi salam, ada seorang perempuan di pintu bilik dan cakap"wife shamsul ker"....."ye.... ye" saya jawap.Rupanya dia ialah wife kepada mr husband punya kawan.Kebetulan hubbynya ada meeting dkt Blue Wave.After sembang dalam 15 minit....dia mintak diri dan bagi duit pada both of my child.Arif gembira tidak terkata sbb x sangka dapat not RM50 each...he he he.....Tunggu punya tunggu...last2 lebih kurang pukul 4 petang barulah dapat keluar dari hospital.Saya memandu sendiri balik kerumah mak mertua.Malam itu juga saya balik kerumah saya di Klang.

Next entry saya nak cerita pasal tonsil pulak.So join me....