Thursday 29 November 2012

HAPPY 14TH ANNIVERSARY....

Assalamualaikum,
Pada 27 /11/12 yang lepas ialah hari yang paling bermakna untuk diri saya,suami dan anak2 kerana......Pada hari itu genaplah perkahwinan kami yang ke 14 tahun.Masih segar dalam ruangan ingatan saya 14 tahun yang lalu.Kami dinikahkan pada petang Jumaat oleh bapa saya sendiri dan dirumah kami sendiri...Masih teringat lagi kata2 bapa saya yang sempat bergurau..."kuat betul shamsul genggam tangan abah"dan gurauan ini saya sampaikan pada mr husband...dan katanya"abang rasa nak menggigil masatu jadik...abang genggamlah tangan abah kuat2 he he he..."

Kenduri perkahwinan kami diadakan keesokan harinya yakni hari Sabtu.Saya bersyukur di atas rahmat dan kurniaanya kerana dikurniakan dengan suami yang berhati baik,penyayang serta bertanggungjawab.

Terima kasih pada abang kerana membahagiakan Yang dan anak2.Kita telah lalui bermacam2 dugaan sepanjang perkahwinan yang lebih sedekad ini.Berbagai bentuk dugaan dan cabaran yang datang menguji.Namun kita tetap pasrah dan menghadapinya dengan hati yang tabah dan tenang.

Dikesempatan ini Yang ingin mengambil kesempatan ini untuk memohon ampun dan maaf dari abang jika selama 14 tahun kita bersama...ada bahasa dan tingkahlaku yang tidak menyenangkan abang.Semoga kebahagian ini berkekalan dan kita dikurniakan dengan anak2 yang soleh dan solehah...

Terima kasih pada abang kerana beri Yang 4 orang anak yang awesome.....

Muhammad Azieq
01.09.1999
kini 13 tahun....
Muhammad Arif
15/02/2003
kini 9 tahun....
Muhammad Azim
05/11/2004
kini 8 tahun...
Nur Hamizah
09/03/2011
kini 1 tahun 9 bulan...
roses among the thorn............
dan
terima kasih kerana sudi bagi hadiah seperti di atas.Tak pernah2 ada wallet warna merah...tup2 dapat juga.....yang penting ingatan sesama kita kan....slalunyer dapat bunga jer kali ni cam spesel ckit....walaupun bukan jenama yang mahal2 tapi saya tetap bersyukur kerana wallet saya pun dah nak koyak.......he he he...

No comments:

Post a Comment