Monday 23 June 2014

Apa salah saya ibu?.....

Assalamualaikum,
Aku termenung sendirian...termenung setelah melihat klip video remaja OKU yang di dakwa dikurung oleh ibunya sendiri.Aku susah menangis,sangat susah menangis.Tapi aku kalah bila melihat perjuangan adik Firdaus untuk hidup.Terus hidup walaupun dibiarkan kelaparan dan pastinya beliau akan trauma sepanjang hayatnya selepas ini.
kiri:adik Firdaus semasa dijumpai,kanan:gambar 2 tahun kepas
Adik Firdaus yang gambarnya yang diambil kira2 2 tahun lepas kelihatan sihat dan berisi.Kulitnya putih bersih dan segak orangnya.Entah apa dan di mana silapnya....tiba2 dia diperlakukan sebegitu rupa.Inilah yang mungkin selalu dikatakan orang kita bahawa sabar itu ada hadnya.Mungkin sabar ibunya itu dah sampai ke penghujungnya.Dan...natijahnya adik Firdaus yang dulunya comel kini seperti mayat hidup...Jika di panjangkan lagi fikirannya,mungkin ini tak akan terjadi.Persetankan dengan bapanya yang tidak memperdulikan adik Firdaus.Andaikata ibunya tahu bahawa dia sebenarnya memelihara ahli syurga...pasti dia akan merebut peluang itu.....
 Tanpa perasan jijik pengarah imegresyen negeri mengusap rambut adik Firdaus
Semoga adik Firdaus kuat dan sihat selepas ini...
Walau apa pun alasan ibunya,aku tetap tak boleh terima .Lantas ibuku yang sama2 menonton klip video itu menangis semahu2nya.Aku menahan rasa tapi akhirnya air mata tak dapat aku seka lagi lalu terus mengalir deras.Video klip itu amat mengesankan padaku.Aku tak boleh melelapkan mata dan terus pergi mendapatkan Ahmad(panggilan aku padanya) yang sedang nyenyak tidur.Aku cium dahinya sepuasnya2.Ahmad nampak sangat selesa bila diperlakukan begitu.Cuma aku yang jarang berbuat demikian.Aku menangis sebab aku juga punya anak OKU.Anak yang tidak berdaya...anak yang tidak boleh bercakap.....anak yang membawa seribu rahmat kepada kami sekeluarga.
 Ahmad...anak bertuah aku....
 Ahmad...suka duduk dalam sejuk...

papa belikan baju mandi yang cantik untuk Ahmad....

Lantas aku terfikir sejenak......
Apa sudah cukup kasih sayang aku padanya?
Berapa banyak masa yang aku habiskan dengannya?
Mama banyak dosa pada Ahmad sayang.....
Maafkan mama Ahmad....
Mama cuba untuk jadi ibu terbaik pada Ahmad....
Mama akan cuba untuk puaskan hati Ahmad.....
Mama bangga ada anak macam Ahmad....

Kini aku lega,adik Firdaus dapat diselamatkan dengan izin Allah.Adik Firdaus sekarang ini telahpun berada di hospital Tuanku Jaafar di Negeri Sembilan.Rahmat bulan puasa membawa kepada pertemuan indah ini.Pasti nasib adik Firdaus akan berubah selepas peristiwa menyayat hati ini dan makanlah sepuas2nya nanti.Semoga kisah ini membuka banyak mata di luar sana tentang betapa bahagia dan indahnya rasa jika kita tahu erti ikhlas dan sabar memelihara anak sebegini.Coretan ini adalah untuk mengingatkan diri aku sendiri yang sememangnya ibu kepada anak OKU yang aku lahirkan 10 tahun lau iaitu Muhammad Azim Bin Shamsul Bahrin.Aku juga tidak lari dari melakukan kesilapan.Ya Allah....tambahkanlah rasa kasih dan sayangku pada anakku Ahmad.Berikanlah aku keihklasan dan kesabaran dalam memeliharanya.Amiinn......

Monday 2 June 2014

Hari ini Dalam Sejarah....Tahniah Yap.....

Assalamualaikum,
Selamat pengantin baru buat adikku Ashraf @ Yap yang selamat melangsungkan perkahwinan pada 31 may 2014 (Sabtu) yang lepas.Ini adalah perkahwinan anak lelaki abah yang pertama.

Sori pada Yap sebab along x dapat datang pada majlis penikahan Yap pada petang Jumaat tu.Tapi on Saturday I dan family tetap datang bagi memberi sokongan.Kami bertolak dari rumah tepat pukul 9.30pagi Sabtu terus kerumah Ana adikku di Rawang untuk berkumpul di sana.Best rasanya sebab mak pun rela hati nak ikut.Pukul 10.30 dah sampai rumah ana.La....yang lain2 masih belum sampai.Kita orang sarapan dulu dekat rumah Ana sambil layan Ucop(anak ana) bercakap......ucop...ucop......(ucop nat...)

Then abah pun sampai dengan zek,oon dan dhia @ JJ (jawa jelita).MakT naik kereta dengan Hafiz dan Nabila yang demam(sian...tapi dalam gambor control lawa ooo...).saya rasa sebak sebab semua 10 beradik(3 mak ada berkumpul hari ni). Dipendekkan cerita lepas mak Ti sampai,kami pun bertolak ke Kuala Kubu Bharu dalam pukul 12.30.Pukul 1 dah sampai ke homestay yang Yap siapkan.Kami semua solat dulu bersama2 dengan mak,mak T dan mak minah.

Lepastu kami pun berarak la.Konvoi bersama kawan2 Yap,adik beradik dan saudara mara.Panjang nya kereta mak aiiii.....23 biji kereta....wow!!!.Saya ,mak,mak T dan adik beradik yang lain betul2 belakang pengantin.Panasnya aritu memang super.Saya kesian tengok mak yang bertongkat tapi masih kuat semangat...cayalah mak....Daaa...lega dapat masuk khemah dan duduk dekat meja sebelah lelaki.Kredit pada caterer ari tu yang berjaya menghancurkan misi diet I.Sedapnya gulai lemak rebung campur perut sehingga menjilat pinggan serta servis adalah super.X lupa juga dengan daging masak itam yang amatlah sedap.............

Apa yang pasti saya dan keluarga kami gembira pada hari tu sebab Yap yang hensem telah dapat binik yang canteeekkkk dan berakhlak baik.Dan apa yang paling best pada hari tu silaturrahim dapat dirapatkan.Yang gaduh dulu kini dah tak gaduh lagi.Dah berbaik2.Dan ada yang paling best....saya lihat abah beria2 nak sandingkan kami 10 beradik di atas pelamin Yap bersama.Siap panggil kita orang dgn sepenuh hati dan hati saya jadi sebak.Abah we love you so much abah.You are our hero.....
i love u alls my beloved siblings........ 
 
 kad kawin Yap dan Lia....
majlis pernikahan...merahnya makngah..
batal air sembahyang.....dapat apa tu Lia....
x abis2 dengan selfie.....Lia,oon and syarfa....
legend from left..my mak,mak minah,mak T dan our hero abah.....

Bila balik rumah dan terima wassap dari adik2....saya sedih dan sebak bila tengok dan kenangkan zaman kita masa kecik.Penuh dengan dugaan dan cabaran yang dapat mendewasakan kita.Cerita keluarga kita takkan sama dengan cerita yang lain.....berbanggalah dengan keluarga kita.....

Akhir sekali along doakan agar hubungan kita adik beradik tetap baik hingga keakhir hayat walaupun kita berlainan mak.Semoga perkahwinan Yap dan Lia diberkati Allah sw.t dan kekal sehingga ke akhir hayat.Mehla datang rumah along makan kari ikan sembilang...he he he....


Wednesday 7 May 2014

Rumah Ahmad@Azim dah siap.....

Assalamualaikum,
Saya bersyukur dengan rahmat dan rezeki yang Allah kurniakan.Mr husband selalu cakap yang kita ni bertuah sebab dapat anak istimewa yang confirm zero dosa.Jadi nak dipendekkan cerita kira kami tumpang tuah Ahmad@ Azim la ni...(orang utara kata tumpang tui...).

Jadi saya pendekkan cerita yang memang sedia pendek.Ari Isnin yang lepas saya,mr husband dan Mizah telah pergi ambik kunci rumah Ahmad yang dah siap tu.Owner rumah(Ahmad) x ikut sebab dia memang percayakan kami.

Sebak bila tengok rumah Ahmad.Rumahnya khas untuk pemilik OKU.Bilik airnya luas dan ada tempat pemegang.Pintu rumahnya lebar dan luas serta ada laluan untuk wheelchair.Saya tetiba jadi bangga sebab pintu rumah Ahmad saja yang lebar.Pintu rumah orang lain kecik jer.Walaupun rumahnya murah but see rezeki Ahmad.Syukur pada Allah.






ni part yang paling saya suka....mcm spital....
I ni adik Ahmad ok....ok la jugak rumah abang I ni.....bolehla....


Abah Sudin pergi jua akhirnya.......

Assalamualaikum,
Belum pun habis gundah dihati...belumpun habis duka di hati.Kami sekeluarga diduga lagi.Abah Sudin akhirnya pergi jua dengan tenang pada 16/3/2014 iaitu bersamaan dengan pukul 1 pagi Ahad.

Pada malamnya saya sukar sekali hendak lelapkan mata atau dengan kata lainnya masih belum tidur.Mr husband masih lagi menonton bola walaupun jam dah menunjukkan pukul 12.45 pagi.Saya masih ingat lagi dengan jelas,ketika itu saya sedang menarik selimut untuk tidur dan tiba-tiba....handphone saya berbunyi.Perasaan berdebar2 terus menerpa bila diatas skrin telefon tertera nama 'Hakim adik'."Kenapa Hakim call malam2 ni....abah sudin nazak ke?"Itulah perasaan saya waktu itu.

Dan ketika saya terima panggilan itu,apa yang saya dengar hanyalah tangisan,raungan serta suara yang tidak jelas dari anak bongsu yang setia menjaga abah sudin siang dan malam di Hospital Kangar.Dari anak yang abah tak sempat nak lihat perkahwinannya yang di jangka pada bulan 12 ni."Along......hakim x tau la...abah dah tak dak dah......"Innalillahiwainnailahirojiun.......

Saya terus meluru pada mr husband yang ketika itu masih asyik menonton.Dia dapat mengagak dengan tepat tentang apa yang berlaku dan terus menenangkan saya.Tanpa membuang masa,kami sekeluarga terus bersiap dan terus ke Perlis tepat jam 3 pagi.Dalam perjalanan saya call adik2 yang juga dalam perjalanan.Perjalanan terasa sangat panjang.Dan tiba2 saya teringat tantang kejadian yang berlaku pada hari Jumaat lepas.Arwah abah sudin call saya suruh balik hari Ahad untuk mandikan mak yang katanya berbau mayat.Saya mengiakan saja dan memang tak disangka bahawa itulah kali terakhir mendengar suaranya.Rupa2nya abah dah tahu bila dia nak pergi.

Tersentak dari lamunan bila ternampak rumah abah yang telah dipenuhi sanak saudara serta jiran2 terdekat.Persaan saya bercampur baur...sedih dan sebak.Saya masuk dan terlihat arwah abah sudin berada di atas katil di tengah rumah.Mak yang ada di hujung katil saya lihat sugul tapi masih lagi tenang.Terus saya rangkul dan peluk mak.Kami berdua hanyut dalam perasaan masing2.Tanpa membuang masa saya dan mr husband terus membuka kain penutup muka arwah.Subhanallah....alhamdulillah....abah tersenyum simpul yang ikhlas.Mukanya putih bersih dan amat menginsafkan bagi siapa yang memandangnya.Arwah abah seolah2 tersenyum bangga dan nak memberitahu pada kami yang "alhamdulillah,abah dah boleh tidur sekarang".Tidurlah abah....semoga roh abah tenang di sana.

Arwah abah sudin menghidap penyakit jantung yang kronik.2 injap jantungnya tersumbat 100 %.Manakala yang 1 lagi injap tersumbat 90%.Maka kerana itulah saya lihat abah sering tercungap2 dan tak dapat tidur.Kami terlalu kesian padanya kerana nikmat tidur telah Allah tarik dari abah.Abah menderita berbulan2 menahan kesakitan dan sesak nafas.Kini perasaan kami lega sebab abah tak lagi menderita.

Pada Udin dan Hakim, along doakan supaya kamu berdua diberi kehidupan yang lebih baik.Banyak2 doa pada abah dan jadilah anak yang berbakti pada mak kita yang telah kematian suaminya.Insyaallah,along,nyah dan kak ana akan bantu sebaik mungkin untuk merealisasikan impian abah yang hendak melihat kedua anak2nya naik atas pelamin.Marilah sama2 kita sedekahkan alfatihah untuk arwah abah sudin......alfatihah.....












Semoga Hajah Mai Kalsom tenang di sana...alfatihah

Assalamualaikum,

Where have you been mimi......

Saya masih ada.....masih hidup dan sihat alhamdulillah.Cuma semangat masih belum datang atau dengan kata lainnya 'M" masih ada.Permulaan tahun ini saya dan family diduga....Ibu mertua kesayangan saya telah pergi meninggalkan kami pada 31Januari 2014 iaitu bersamaaan dengan hari Jumaat yang mulia.Mak admit hospital pada hari Isnin kerana doktor suspect buah pinggangnya rosak.Bacaan toksin dalam buah pinggangnya melebihi 1000.

Doktor nak tebuk peha dan leher mak untuk buat dialisis...tapi mak macam menolak.Pada petang Selasa,masa doktor cuba utk tebuk leher mak......tiba2 mak diserang heart attack.Tekanan darah turun mendadak dan ................terus mak tak sedarkan diri.

Ila call kakak ipar dan doktor suruh semua anak2 datang coz mak dah tenat......Ya Allah....tak akan begini cepat....Saya,mr husband dan dan kakak ipar terus ke hospital.Mr husband saya lihat sangat sugul dan bermata bengkak.Saya biarkankan dia larut dengan emosinya dan sesekali saya lihat dia menyeka airmata yang laju mengalir.Saya tahu yang itulah ibu kesayangannya.....yang melahirkannya...membesarkannya...dan tak mungkin saya dapat menandingi kasih ibu yang tiada taranya....

Mata mak seolah2 memandang dan menyambut kami.Doktor memberitahu kami bahawa mak masih tidak sedar dan boleh pergi bila2 masa.Saya,kakak ipar dan mr husband berkampung di hospital.Kakak ipar saya lihat sentiasa membisikkan kalimah shahadah ditelinga mak.Adik beradik sebelah mr husband bergilir2 menjaga mak.Terima kasih pada ucu jali, mak ucu,mak anjang, makcik,sepupu serta saudara mara yang datang ziarah dan bacakan yasin untuk mak.

Sehinggalah pada pagi jumaat yang mulia.Kakak ipar bertanyakan doktor tentang keadaan mak.Doktor cakap"mak dah tak ada harapan dan bergantung sepenuhnya pada alat bantuan pernafasan.Jika bantuan tersebut dicabut maka berhentilah nafasnya"Kami ambil keputusan untuk bawak mak balik ke rumah dengan bantuan pernafasan.

Agak sukar untuk dapatkan ambulan pada hari tu sbb cuti chinese new year.Akhirnya dapat jugak deal dgn private ambulance.Mak ditemani kakak ipar dan ashrap(cucu sulungnya).Saya follow dari belakang.Masa terasa begitu cepat berlalu.Dalam 15 minit kami pun sampai dirumah.Di rumah keadaan berbeza........terasa lapang dan luas.Mak diletakkan di atas katil yang berada d tengah2 rumah.

Tiba saat yang paling hiba.Kami di suruh memberi penghormatan terakhir pada mak sebelum alat bantuan pernafasan dicabut.Rasa seperti tak percaya sebab dada mak turun naik seperti biasa."Bismillahirrahmanirrahim.....saya mintak izin untuk tarik yer"itulah yang diucapkan nurse tu pada kami.

Innalillahiwainnailahirojiun....terdengar suara abang ngah......ya....mak mertua saya sudah tiada.....kami adik beradik terpinga2 seperti tidak percaya dengan apa yang kami lihat.Baru tadi saya lihat dadanya masih turun naik......tapi rupa2nya hanya bantuan oksigen.....Tangisan kami mengiringi mak pada hari tu.Mr husband adalah orang yang paling terkesan dengan kehilangan ini.....sehinggakan saya tak sanggup memandangnya.

Dan kini telah 4 bulan mak meninggalkan kami sekeluarga.Semoga rohmu tenang di sana.
Alfatihah.....

Thursday 24 October 2013

ALFATIHAH...PEGAWAI BANK MATI DI TEMBAK...

Assalamualaikum,
Saya emosi pagi ini.Negara kita sekali lagi dikejutkan dengan berita sedih.Seorang ibu muda berusia 37 tahun telah ditembak dengan kejam dikepala.Berita sedih itu saya dengar dari radio.Simpati,sedih,geram dan marah bercampur baur.Apalah dayanya seorang wanita diperlakukan sekejam seperti itu.Apa yang sebenarnya yang dimahukan perompak itu?....Adalah dia mahu melupuskan bukti? bukankah ada lagi empat orang pekerja bersamanya di bilik kebal tersebut....atau alasan yang paling bodoh....perompak tersebut tertekan pump gun.......Bertambah sedih pagi ni kerana Norazita Abu Talib adalah wanita yang masih muda dan ada sepasang cahaya mata.Tambahan pula mangsa sebaya dengan saya.Walaupun tidak mengenalinya,tapi saya dapat merasakan kesedihan yang pasti merenggut kebahagian orang2 tersayang disekelilingnya.
arwah Norazita bersama anak perempuannya...
Berikut ialah sorotan kejadian tersebut.Mungkin agak sensitif bagi sesetengah pihak tapi niat saya hanyalah ingin berkongsikan kisah sedih ini dimata umum.Kejadian tersebut dikatakan berlaku pada hari Rabu 23/10/2013 pada kira-kira pukul 6.18 petang.Lokasinya ialah di   AmBank Jalan USJ 2 Sentral,Subang Jaya.Dikatakan perompak kejam tersebut memang dikenali mangsa dan merupakan pengawal keselamatan gantian pada hari itu.Perompak itu dikatakan bertugas di bank bersebelahan.
suami sempat menelefon mangsa menyuruh memandu berhati2...hujan lebat...sedih...

Cerita sedih ini bermula apabila Norazita dan tiga lagi pekerja berada di dalam bilik kebal tersebut bagi menyimpan duit di dalam peti besi.Suspek berusia 37 tahun itu melepaskan tembakan ketika dua pekerja wanita sedang membuka pintu peti besi berkenaan.Mengikut cctv yang saya tengok sebentar tadi, tembakan perompak itu nyaris mengenai rakan mangsa.

Perompak tersebut memasukkan wang yang dirompak dalam beg hitam dan keluar melalui pintu depan  menaiki motosikal.Kemanalah engkau nak pergi wahai perompak.....seluruh dunia dah tengok gambar kau dalam cctv.
perompak yang kejam....
Semuanya dah berlaku.Semoga perompak ini dapat diberkas dan dihukum dengan setimpal.Kita hanya boleh mendoakan agar hasil titik peluh arwah yang telah bekerja dibank tersebut selama 16 tahun dapat membantu urusan persekolahan anak2nya yang pasti merindui kelibat ibunya yang kini telah tiada....kembali pada yang Esa.Semoga roh arwah ditempatkan ke dalam golongan yang beriman....Alfatihah...





Wednesday 2 October 2013

BAHAYA BAKTERIA SALMONELLA

Assalamualaikum,
Baru-baru ini negara kita dikejutkan dengan cerita 'kenduri beracun' di Kedah yang mengakibatkan 3 orang maut.Berita terkini yang saya terima ialah seorang lagi mangsa maut iaitu seorang nelayan Wan Razali Wan Yaacob 56 tahun.Ini menjadikan jumlah kematian sebanyak 4 orang.

Kalau kita lah  di tempat pengantin itu,apalah agaknya perasaan kita pada waktu ini.Sedikit sebanyak rasa bersalah tentu akan menghantui diri kita.Mungkin itulah yang dirasakan oleh pengantin perempuan Hasliyana Yusuf ketika ini.Tapi apakan daya,Allah sebaik2 perancang, ayam masak merah itu hanyalah asbab bagi kematian bagi keempat-empat mangsa yang ajalnya sudah sampai.Tidak perlulah kita menuding jari untuk mencari salah siapa dalam hal ini.

Peristiwa menyayat hati tersebut berlaku pada hari Ahad yang lepas di satu majlis perkahwinan di Kampung Huma Tanjung Dawai Kedah.Diceritakan bahawa majlis kenduri sebelah perempuan tersebut menghidangkan ayam masak merah,gulai ikan talang terung,kerabu pucuk paku,dan sambal ikan bilis sebagai juadah hidangan pada hari berbahagia itu.

Ayam masak merah yang dikatakan punca keracunan yang menyebabkan kematian pula, dikatakan dibekalkan oleh dua orang pembekal.Salah satu pembekal dikatakan membekalkan ayam yang sudah berbau.Kesemua ayam itu dicampur dan dimasak bersama dan dihidangkan pada hari berkenaan.Kebanyakan mangsa yang makan ayam masak merah tersebut sakit perut sesampainya mereka di rumah.Bakteria Salmonella dikenal pasti terkandung dalam hidangan ayam goreng masak merah yang disediakan secara gotong-royong sehingga menyebabkan kematian.Pengarah Kesihatan Negeri Kedah, Dr Ismail Abu Taat berkata, sebahagian daripada 130 bekalan ayam yang dihantar untuk majlis perkahwinan di Kampung Huma, Tanjung Dawai Sabtu lalu juga didapati sudah busuk.

APA ITU BAKTERIA SALMONELLA

Salmonella adalah bakteria yang dapat akan membuatkan kita sakit perut, demam, dan cirit birit, selama berhari-hari. Nama sains bakteria itu adalah Salmonella Enteritidis, dan jangkitan akibat Salmonella disebut Salmonellosis. Bakteria Salmonella sering dikaitkan dengan telur, kerana ianya memang hidup dalam telur ayam.

Sebenarnya, Salmonella bukanlah bakteria baru. Sejarah pernah mencatat jangkitan tersebut sudah ada sejak lebih dari 100 tahun yang lalu. Bakteria Salmonella ini pada mulanya di temui di Amerika secara besar-besaran. Ramai yang dijangkiti bakteria Salmonella.Setelah dikaji didapati bahawa sumbernya adalah telur yang dihasilkan dari dua penternakan ayam di Lowa Amerika Syarikat. Akibat jangkitan bakteria tersebut, sebanyak 500 juta telur ditarik dari pasaran, karena dicurigai tercemar bakteria Salmonella.Mangsa yang terkena jangkitan kuman Salmonella biasanya akan merasa sakit perut yang kuat dan memulas-mulas, cirit-birit, dan demam antara 12 jam sampai 72 jam setelah makan makanan yang dijangkiti bakteria Salmonella.Keadaan ini menyebabkan mangsa kehilangan air yang banyak dalam badan yang boleh menyebabkan kerosakan organ,tidak sedarkan diri dan dalam keadaan yang serius boleh membawa maut sekiranya lambat menerima rawatan.

PUNCA
Antara punca keracunan makanan ialah kemunculan bakteria dalam makanan, akibat proses penyediaan makanan yang kotor, makanan tidak dimasak dengan sempurna dan makanan yang terdedah kepada persekitaran suhu 30 darjah Celsius.

Berikut adalah makanan yang sering dipengaruhi bakteria Salmonella:-
  • Susu atau makanan bersusu seperti keju dan krim,
  • Daging- lembu, ayam, ikan dan telur
Keadaan sekitar anda dan pengendalian makanan yang tidak teliti juga menggalakkan bakteria mencemari makanan. Beberapa contoh keadaan yang sering berlaku, termasuklah;
  • Makanan mentah
  • Daging, ayam dan ikan tidak disimpan di tempat dingin
  • Makanan beku yang dibiarkan `cair' pada suasana yang panas untuk terlalu lama
  • Makanan dalam tin terdedah kepada suhu bilik selepas dibuka
  • Makanan basah dan berair yang didedahkan pada tempat panas
  • Buah-buahan serta sayur-sayuran yang tidak dicuci dengan baik
  • Makanan tercemar semasa dimasak atau dibungkus
  • Makanan tidak disimpan segera

Cara terbaik mengelak keracunan

JENIS makanan yang mudah dicemari ketika disimpan, disediakan, dimasak dan dihidangkan ialah daging, ayam dan telur.



Berikut ialah beberapa cara yang betul dalam pengendalian makanan dan keselamatan di dapur.

  • Peti sejuk mestilah kurang dari 4 darjah celsius atau 0 darjah celsius untuk peti dinginbeku. Perlu diingatkan bahawa suhu sejuk tidak membunuh bakteria, tetapi menghalang daripada membiak. Makanan yang disimpan mestilah dalam bekas yang ditutup atau dibungkus.
  • Basuh tangan dengan teliti sebelum atau selepas mengendalikan makanan bagi mengelakkan pencemaran bakteria salmonella atau organisme lain.
  • Peralatan dapur seperti alat pemotong perlu dibasuh dengan air panas sebelum penggunaan terutamanya alas pemotong daging.
  • Alas pemotong yang terbaik ialah jenis arkrilik kerana mudah dibasuh dan tidak meninggalkan alur yang membolehkan bakteria hidup.
  • Sebaik-baiknya gunakan alas pemotong yang berasingan bagi daging dan sayur- sayuran.
  • Jangan sekali-kali memakan makanan berkulat.
  • Elakkan dari menggunakan telur retak yang berkemungkinan mangandungi bakteria Salmonella. Bagaimanapun telur yang sempurna juga berkemungkinan mengandungi salmonella.
  • Kerana salmonella mudah dihapuskan pada suhu tinggi, masak dengan sempurna merupakan cara yang terbaik. Elakkan makan telur mentah dan separuh masak.
  • Mengasingkan makanan yang telah dimasak dengan makanan yang belum dimasak atau yang mentah. Ini kerana makanan yang telah dimasak lebih mudah tercemar berbanding makanan belum masak.
  • Pilih makanan yang telah dimasak untuk menjaga keselamatan. Banyak makanan seperti buah dan sayur agak selamat dalam keadaan semulajadinya.
  • Makan makanan yang dimasak serta merta. Apabila makanan telah sejuk, bakteria lebih mudah mencemarinya.
  • Simpan makanan yang telah dimasak dengan cermat pada keadaan yang sesuai. Simpan di atas pemanas atau kawasan dingin.
  • Panaskan semula makanan dengan teliti. Ini adalah cara yang paling baik untuk menjauhi daripada kuman yang mungkin muncul semasa dalam simpanan.
  • Jika makanan di kenduri didapati sudah berbau,busuk atau berbuih,jangan makan dan maklumkan pada tuan rumah(dgn cara berhemah) tanpa mengaibkannya.
Semoga sedikit ilmu yang saya peroleh melalui pembacaan dapat dikongsi dan kita manfaatkan dalam aktiviti seharian kita terutamanya kita kaum ibu yang selalu terlepas pandang.Dikesempatan ini marilah kita sedekahkan Al Fatihah pada mangsa2 yang terlibat iaitu Mohd Nor Rahmat Yusof 11,Nurshazana Mohd Rashid,Ibrahim Mohamad 62 serta Wan Razali Wan Yaacob 56.Semoga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman.Amiinn..