Thursday 29 November 2012

HAPPY 14TH ANNIVERSARY....

Assalamualaikum,
Pada 27 /11/12 yang lepas ialah hari yang paling bermakna untuk diri saya,suami dan anak2 kerana......Pada hari itu genaplah perkahwinan kami yang ke 14 tahun.Masih segar dalam ruangan ingatan saya 14 tahun yang lalu.Kami dinikahkan pada petang Jumaat oleh bapa saya sendiri dan dirumah kami sendiri...Masih teringat lagi kata2 bapa saya yang sempat bergurau..."kuat betul shamsul genggam tangan abah"dan gurauan ini saya sampaikan pada mr husband...dan katanya"abang rasa nak menggigil masatu jadik...abang genggamlah tangan abah kuat2 he he he..."

Kenduri perkahwinan kami diadakan keesokan harinya yakni hari Sabtu.Saya bersyukur di atas rahmat dan kurniaanya kerana dikurniakan dengan suami yang berhati baik,penyayang serta bertanggungjawab.

Terima kasih pada abang kerana membahagiakan Yang dan anak2.Kita telah lalui bermacam2 dugaan sepanjang perkahwinan yang lebih sedekad ini.Berbagai bentuk dugaan dan cabaran yang datang menguji.Namun kita tetap pasrah dan menghadapinya dengan hati yang tabah dan tenang.

Dikesempatan ini Yang ingin mengambil kesempatan ini untuk memohon ampun dan maaf dari abang jika selama 14 tahun kita bersama...ada bahasa dan tingkahlaku yang tidak menyenangkan abang.Semoga kebahagian ini berkekalan dan kita dikurniakan dengan anak2 yang soleh dan solehah...

Terima kasih pada abang kerana beri Yang 4 orang anak yang awesome.....

Muhammad Azieq
01.09.1999
kini 13 tahun....
Muhammad Arif
15/02/2003
kini 9 tahun....
Muhammad Azim
05/11/2004
kini 8 tahun...
Nur Hamizah
09/03/2011
kini 1 tahun 9 bulan...
roses among the thorn............
dan
terima kasih kerana sudi bagi hadiah seperti di atas.Tak pernah2 ada wallet warna merah...tup2 dapat juga.....yang penting ingatan sesama kita kan....slalunyer dapat bunga jer kali ni cam spesel ckit....walaupun bukan jenama yang mahal2 tapi saya tetap bersyukur kerana wallet saya pun dah nak koyak.......he he he...

MARAH KUNCI KEJAHATAN....




SIFAT marah yang datang daripada hati mempunyai kaitan dengan keimanan seseorang. Orang yang sabar dapat menahan kemarahan dalam saat-saat genting dan sudah tentu mendapat ganjaran di sisi-Nya. Seseorang yang dapat mengawal kemarahan adalah orang yang kuat di sisi Allah.
Daripada Abdullah bin Umar ra, Rasulullah SAW bersabda: "Tiada hamba yang meneguk air, lalu mendapat ganjaran yang lebih besar di sisi Allah daripada hamba yang meneguk air menahan kemarahan kerana Allah." (riwayat Ibnu Majah)

Sementara itu, marah dapat didefinisikan sebagai berasa panas hati kerana ditipu (dihina dan lain-lain), perasaan panas hati, berang, gusar, murka yang datangnya daripada hati. Kemarahan akhirnya meresap dalam darah dan menguasai akal fikiran yang tidak terkawal.

Dalam hadis yang lain, daripada Abu Hurairah ra, Nabi SAW bersabda: Bukankah orang gagah itu, orang kuat bertinju. Akan tetapi orang yang gagah adalah orang yang dapat mengawal diri ketika marah. (riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Dalam hubungan kekeluargaan, marah juga boleh merenggangkan antara satu sama lain. Kita boleh marah jika sesuatu yang dilakukan oleh seseorang itu bertentangan dengan Islam.

Allah amat menyukai sifat lemah-lembut. Daripada Aisyah ra, Nabi SAW bersabda: Sesungguhnya Allah menyukai sifat lemah-lembut dalam setiap perkara. (riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Begitulah juga dalam hubungan persahabatan dan kejiranan. Sifat marah boleh merenggangkan seseorang dengan sahabat atau jirannya.

Mengambil wuduk dan beristighfar dapat mengawal sifat marah. Segala-galanya dapat meruntuhkan tipu daya iblis dan menghancurkan kesesatan yang disuruhnya. Selain itu, memberi penawar hati yang marah dan gundah, sesungguhnya hati tunduk kepada Allah SWT.

Sifat marah juga adalah cerminan kalbu keperibadian jiwa yang tidak tenteram. Oleh itu, kawal jiwa kerohanian supaya hidup sentiasa tenteram, aman dan damai sepanjang masa.
Para sahabat Nabi Muhammad SAW dan ulama dahulu memberikan berbagai-bagai ungkapan dan falsafah tentang bahaya dan buruknya sifat marah.



Sumber:Utusan Melayu (M) Bhd 

Monday 26 November 2012

ATUK ZAKUAN WITH MIZAH & PIA.........

Assalamualaikum,
from left...pia, atuk zakuan & nur hamizah......
Tengah saya dok syok2 layan facebook last week...tetiba ternampak satu beautiful picture ni...saya suka sangat....sebabnya tocang hamizah tu sangat sweet and comelll di mata saya....rasanya itu adalah her first tocang in public....gambor ni masa kenuri kawin kak mastura hari tu.....

Bila saya zoom gambor ni dekat2 barulah saya tau yang anak pompuan saya ni ada iras2 saya...he he he....tapi mata dia....sepet cam papanyer...what to do.....yang betui2 iras saya ialah yang tengah2 tu...my father yang awesome....ramai kengkawan kata muka saya cam ustaz zakuan...tu la sejuk jer relationship saya dan dia....

In real set of these pictures....hanya gambo ni jer la yang si hamizah ni tengok kamera dan pia nangis...yang lelain tu............. pia yang relaxes...mizah yang nangis..............mama memang tak tahan bila tengok tongcang tu....really....

p/s:atas sebab abah saya selalu panggil mizah dgn nama mimi....skrg ni mizah panggil saya mimi kalau saya x layan dia......bertuah betullll............

TANDA REZEKI ITU BERKAT...


KEBERKATAN rezeki adalah antara perkara utama yang mesti dititikberatkan dalam hidup. Rezeki bukan sekadar wang, harta, makanan dan minuman. Sebaliknya jodoh, anak, pangkat, nama baik, kedudukan dan sebagainya juga boleh disebut sebagai rezeki. Namun dalam artikel kali ini saya merujuk rezeki kepada pendapatan yang kita perolehi sama ada dengan bekerja sendiri, mengambil upah atau makan gaji. Rezeki yang dicari dan diusahakan itu pula dibawa pulang ke rumah untuk diberi makan anak isteri. Ada orang memandang ringan akan isu keberkatan rezeki ini. Pada mereka ia hanya isu kecil yang tidak perlu diperbesarkan. Mereka ini tidak sedar wujudnya kaitan langsung antara keberkatan rezeki dengan nasib, kualiti perhubungan, kejayaan anak-anak, dan segala aspek kehidupan..

Ada beberapa sebab yang boleh menyebabkan rezeki tidak berkat. Pertama, kerana ia jelas datang dari sumber pendapatan yang haram seperti berjudi, rasuah, mencuri, menipu, nombor ekor, pelaburan haram dan seumpamanya. Namun, ada yang tidak menyedari bahawa secara halus rezeki itu boleh hilang keberkatan apabila kita yang dibayar upah atau digajikan untuk melakukan sesuatu pekerjaan, atau memikul sesuatu tugasan tetapi tidak melakukannya dengan bersungguh-sungguh. Sebaliknya apa yang berlaku ialah pelbagai masalah di tempat kerja seperti curi tulang, datang lewat, malas, kerja tidak mencapai kualiti, melakukan kerja lain sewaktu dalam masa bekerja, main-main, dengki, irihati dan seumpamanya.

Oleh itu eloklah dalam artikel kali ini kita lihat apakah antara tanda-tanda keberkatan rezeki bagi membolehkan kita sama-sama melakukan audit diri atau muhasabah.

Hati semakin dekat dengan Allah dan Jiwa Tenang
Tanda-tanda yang pertama bahawa rezeki itu berkat ialah hati semakin dekat dengan Allah. Kita bukan sahaja menjaga solat lima waktu sebaliknya ditambah dengan amalan-amalan sunat. Mulut juga sentiasa berzikir dan suka pula membaca dan menelaah al-Quran.
Pemurah
Kita mudah untuk memberi sedekah dan menunaikan zakat.
Jauh daripada kejahatan manusia dan bala
Kalau kita datang lambat, malas, kerja tidak bersungguh-sungguh, hasil kerja tidak berkualiti dan sebagainya, majikan akan menegur, menasihati dan mungkin mengambil tindakan. Namun, gaji penuh tetap diberikan. Majikan tidak pernah mengaudit gaji kita. Misalnya, katalah gaji kita ialah RM1500 sebulan. Disebabkan kita malas maka majikan bayar RM1200 sahaja. Sebabnya, RM300 ringgit itu dipotong atas sikap malas kita itu. Sebaliknya, apabila kita malas, majikan tidak pernah memotong gaji bulanan kita. Namun, kita lupa bahawa Allah menjalankan auditnya. Maka Allah tarik sebahagian rezeki itu dengan pelbagai ujian dan masalah dalam hidup yang datang bertimpa-timpa seolah-olah kita memang bernasib malang. Bulan ini telefon bimbit hilang, bulan depan kereta pula dipecah orang. Kalau begitulah keadaannya maka eloklah kita audit gaji yang diterima setiap bulan sebab bimbang kalau-kalau itulah punca kepada segala masalah tersebut.
Keluarga harmoni dan anak-anak cemerlang
Sentiasa merasa cukup dan syukur


Artikel Penuh: 
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Monday 5 November 2012

Jari Nur Hamizah tersalah urat....

Assalamualaikum,
Betul la orang tua2 kata...kalau berseronok jangan berlebih2.....bila berseronok berlebih2 maka selepas tu kita akan bersedih pulak.Semalam kami sekeluarga sangat happy sbb one whole day takder kat rumah....(naper.....dok kat umah x sronok ker????)dari pagi pergi Kuala Selangor sebab ziarah anak buah sepupu mr husband yang baru lahir...........anak yang kelima....lima2 perempuan...hebatkan...no 6 nanti insyaallah lelaki lah tu anak ko Sulha....

Saya singgah rumah mak mertua.Mr husband decide nak beli kek untuk Ahmad sebab on Monday semuanyer keje.....Saya goreng nugget, kentang goreng, jejari ayam...utk tambah menu...kebetulan abang long ada...tengah buat sup tulang...betapa bahagianya hari ini....lepastu abg long buat udang goreng tepung plak...sedappp....

Dah settel potong kek lebih kurang.....saya masih lagi disitu...yakni dirumah mak mertua sbb nak tunggu sup tulang tu siappp....tengah saya bersembang2 diporch rumah mak, tetiba terdengar suara Hamizah menangis dengan kuat....dia menangis dengan selak yang panjang.....keadaan agak huru hara waktu tu....hamizah sudah lembik tapi masih tak boleh tarik nafas lagi....saya panggil namanya dengan kuat@menjerit.....dan akhirnya dia berjaya menarik nafasnya semula....tapi tangisannya kali ini agak panjang walaupun dipujuk.....saya check tangannya....patutlah...jari kelingking dia merah menyala dan mula membengkak.......

Lepas tapau sup tulang (sempat jugak....)...maka kami pun bertolak kerumah.Dalam perjalanan tu Hamizah masih lagi menangis sampai tak boleh tidor.....saya terus kol shima tukang urut....nasib baik dia nak datang walaupun dah pukul 10 malam masatu..memanglah meraung si Hamizah bila kene urut...kata shima urat Hamizah ni dah bersimpul & berketul2 dari lengan sampai kekelingking....lame jugak dia urut Hamizah sampai dkt setengah jam...si manje saya tu menangis sampai termuntah2...sian anak mama........

Thanks shima...sebab balik sendiri jalan kaki...(rumah dia selang 3 biji rumah jer....).Malamtu Hamizah seperti dapat energy luar biasa.....siap tonton Casino Royale bersama papa dan mama.......bila saya tanya dia mana tangan yang sakit tu...dia pun terus tunjukkan tangan sakit yang salah.....(saya tahulah yang skrg ni dia mmg dah tak sakit.....hi hi hi....)





HAPPY BIRTHDAY AZIM@AHMAD YANG KE 8 TAHUN...

Assalamualaikum,
Alhamdulillah......dengan segala limpah dan rahmatNya dapatlah anak mama Muhammad Azim@Ahmad menyambut harilahirnya yang ke 8 hari ini.
 lets the picture stories............ 
 muka Ahmad tak nampak pun..... 
sedapnya kek Ahmad...nak sikit boleh????
Mama sangat gembira hari ni sebab Ahmad(nama panggilan saya utk dia) dah besar panjang.Mama sangat gembira sebab Ahmad dah tak tidur pakai buai lagi(cuma sesekali naik buai Hamizah tu takperlah nak...).Mama sangat gembira sbb Ahmad skrg ni dah pandai makan sendiri.....tak payah tunggu bibik atau mama nak suapkan....Mama sangat gembira sebab Ahmad suka makan apa yang mama masak.Mama sangat gembira sebab Ahmad dah pandai pilih baju apa nak pakai hari2.Mama sangat gembira sebab Ahmad pandai guna body language kalau nak apa2.......Mama sangat gembira sebab Ahmad dah pandai bancuh milo sendiri.....(guna air sejuk)..........Mama sangat gembira sebab Ahmad dah expert timbang air...(pengalaman 6 tahun tu....)kalau saper nak order teh tarik...kol saya......

Tapi...mama masih lagi sedih sebab:-
  • sampai sekarang Ahmad masih tak boleh cakap.....Ahmad...bolehtak panggil mama sekali ..mama nak dengar........
  • Ahmad masih tak boleh hisap straw.Papa akan belikan Ahmad air dalam botol bila kita sekelurga travel.Papa sayang sangat dengan Ahmad.Itu tak menjadi masaalah pada kami.
  • Ahmad masih lagi pakai pampers......dah 8 tahun dah papa belikan pampers untuk Ahmad tanpa jemu dan merungut....say thanks to papa.......yang banyak berkorban untuk kita sekeluarga.....
  • Mama masih belikan baju raya Ahmad yang saiz kanak2 4 tahun.....
  • Papa selalu cakap sepatutnya tahun ni Ahmad dah darjah 2...nak kene beli buku.....
  • Ahmad tak boleh concentrate dan tak ada eye contact....
  • Ahmad tidak pernah tengok TV....tengok kartun sambil ketawa...never...
  • Kalau mama dengan papa dah tak ada....sanggupkah abang2 mu memelihara mu nak...........
Tapi mama dan papa terasa sangat bertuah sebab Allah s.w.t telah memilih kami untuk memelihara Ahmad yang merupakan ahli syurga......dan mama tahu Allah s.w.t hanya menguji hambaNya yang mampu sahaja....Ya Allah, tambahkanlah rasa kasihku untuk anakku Ahmad, jauhkanlah aku sifat jemu dan bosan pada anakku Ahmad yang tak mengerti apa2 ini............sihatkanlah tubuh badannya, berikanlah Ahmad akal fikiran yang baik agar dapat dia menguruskan dirinya sendiri......berikanlah anakku Ahmad rezeki yang banyak Ya Allah....izinkanlah kami sekeluarga menumpang rahmat yang kau tumpahkan pada ahli syurga ini Ya Allah....aminnn......

Selamat menyambut ulangtahun yang ke 8.................

Wednesday 31 October 2012

EDISI KHAS MEMOHON KEMAAFAN...

Assalamualaikum,
Dalam pada keseronokan meraikan kedatangan adik ipar yang baru, terselit juga kisah yang menyakitkan. Kisah ini berlaku antara saya dan adik saya ana@puan gebu....maafkan along ana...along tak sengaja...serius....memang along tak sengaja....

Pada pagi Ahad tu, saya,mak dan syarfa kepasar bawah nak beli sarapan dan sayur.Ana dah siap buat nasi goreng yang sedap....Saya beli nasi kerabu sbb teringin nak rasa......Bila balik rumah kami pun makan bersama2.Saya duduk disalah satu kerusi meja makan sambil meriba Hamizah dengan penuh kasih sayang(mesti nk mentioned)....

Ruang belakang saya tu agak sempit utk org dewasa lalu...hanya ngam2 ajer.....dan bila saya tengah dok sedap makan mengadap makanan...tetiba ana(adik) lalu belakang dan cakap dpn sikit long....saya dgn confidentnyer terus angkat kaki kerusi dan kedepankan ckit....sambil duduk......."adoooooooooiiiiiii...sakitnya" .....rupa2 nya kaki kerusi tu masih ada kat ibu jari kaki ana....... saya x sedar yang saya telah melenyek ibu jari kakinya.......Im so sorry for this ana.....dan dgn penuh rasa guilty dan kebertanggungjawaban yang tinggi, maka saya terus menuangkan minyak gamat abah  hampir setengah botol ke atas kaki ana........panik saya masih lagi tak hilang...tetiba datang adik saya syarfa cakap"la kak ana....nanti kuku hang tercabut la tu....pia hari tu pun macm tu..."la mak aih....terbayang muka zainol(husband ana).....marahkah dia dgn saya ni sbb telah secara tidak sengaja mencacatkan ibujari kaki bininya yang berbentuk top keledar itu????????Saya pasrah.........dan tambah parah lagi...ialah ana telah ditugaskan untuk serve bahagian lelaki.Rasa bersalah sampai rasa nak terjun dari rumah abah....tapi kalau terjun mesti tak mati punya...habis2 pun patah kaki jer....he he he.....

Tapi lepas sejam, sumernya ok...ana x lagi jalan terjengkot-jengkot.Saya berasa sangat happy dengan keadaan yang sejahtera ini.(tetiba ayat skima)....Nasib baik Zainol tak marahkan saya......thanks zainol....so kat sini along sekali lagi ingin memohon kemaafan pada ana dan zainol dan juga pada anak2 sbb telah mencederakan isteri dan ibu kalian.......along juga doakan bahawa peti ais baru tu akan sentiasa menceriakan hidup ana sehingga tidak sedar kuku telah tercabut....sedar2 kuku baru dah tumbuh...ha ha ha...jgn marah aaa.............






WEDDING UUN @ Nurul hadina & Zack....

Assalamualaikum,
Selamat Pengantin Baru along ucapkan untuk adikku uun@oon@Nurul Hadina yang baru  berlangsung pada ahad lepas.Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar seperti yang dirancang.Abah sangat happy sbb hari tu tak hujan.Kita adik beradik pun sangat happy sbb dapat gather2 dan berkumpul anak beranak.....(berapa banyak sebab daaa.......)Along ni dah siap bertangga kat rumah abah dari hari rabu lagi............maklumlah hari jumaat dah hari raya haji.............jadik khamis tu adalah hari membeli barang basah dan memasak........

Kami sekeluarga dah plan sedari awal lagi utk tidak memasak rendang...nasi impit ...lontong dan yang berkaitan dengan acara raya sbb konon nak concentrate on wedding uun........tapi abah tetap nak rendang pedas mak......what to do......mak have to do la weh...........Mak buat rendang ayam pada malamnya........saya plak just rebus daging...........pastu bungkus coklat dan etc work kat dewan.Sebelum subuh lagi saya dan mak dah sibuk kat dapur........saya ditugaskan buat gulai kawah daging + rebung dengan sambal belacan.Mak plak buat embai burung + petai....sedap wooo!!!!!!!!Lepastu masak nasi...........lepastu sembahyang raya...makanlah.......tak rindupun kat nasi impit ngan kuah kacang....rehat ckit tukang masak...he he he...........

Saya sempat jugak pergi ziarah mak mertua di Seksyen 20.Bawak semua anak buah.Kat sana sedap jugak makan rojak yang abang long buat......Then after Asar...we ols make a move back to KL to berayer...........Sampai di rumah abah makcik Pah ajak makan kat rumah dia.Sedap laksa cik Pah.Tengah dok sedap makan...Ana(adik) pun sampai dgn set warna kilauan emas merah menyala......


WEDDING DAY
Pada petang nikah tu....hujan...tapi alhamdulillah sumernya selamat.....walaupun hantaran buah baru sempat disiapkan pada pukul 4:15....then kami sekeluarga sampai masjid tepat pada pukul 4:50petang....pihak lelaki tiba di masjid 10 minit lepas tu...sempatlah kitaorang susunkan hantaran.Abah nikahkan sendiri uun dan zack dalam pukul 5.30 petang...Saya nampak mak dan abah sanagat sayu petang itu memandangkan dugaan kedua mempelai ni pun sangat hebat....pernah putus....tapi jodoh mereka sangat kuat.....inilah yang dikatakan jodoh dan maut ditangan tuhan......
uun sebelum nikah........
 zack sebelum dinikahkan abah.......
  hantaran untuk pihak lelaki........
  hantaran untuk pihak pompuan.......

DAN

PADA MALAMNYA.....................
Since abah buat majlis pada hari Ahad malam Isnin....kami rasa mesti tak ramai yang datang......jangkaan kami sefamili meleset teruk kerana ramai tetamu yang datang.....ada yang tak dapat duduk...kene tunggu berdiri....maafkan kami...........dan majlis kami bertambah meriah dengan kehadiran Dato'Zam...CEO Telekom dan isteri, Dato Bazlan dan isteri dan Ibrahim Nasir dan isteri.....Yatt Hamzah...pelakon cantik yang baru pakai tudung tu pun datang jugaks......Yatt ni kawan dgn uun.......you look so cantik that night....sian dia...tengah makan...peminat datang tepuk bahu nk bergambau....mesra peminat.....kecantikan Yatt membuatkan makcik2 jiran yg nk bergambau rasa rendah diri....tapi lepas ambik gambau...saya ckp ngan makcik2 tu yg Yatt tu lawa ckit jer dari makcik jiran abah yang lagi awesome.......puashati.......yang saya pun heran...dalam tv x derla putih sangat...tapi bila berdepan....putih sangat......

Thanks to akak dgn family yang datang jugak walaupun abg lan sakit pinggang.Kesian azieq sebab kena balik awal....what to do........esok kan school..........arif tu mama yang cutikan dia...........Hamizah dan Ahmad serta bibik terpaksa dihantar balik after makan sebab my daughter tu asyik sebut nak tutu...nak tutu.....yang saya tengok pia anak syarfa malam tu berstamina yang paling tinggi.......dia balik sama masa dgn orang kuat balik.....cayalah........

Walaupun malamtu lauk habis....(sampai kena beli dkt kedai mamak)........tapi utk tetamu mmg semua dapat makan.......cuma kalau tak beli kami adik beradik dan jiran abah yg bnyak berjasa tu mmg tak makan..........mr husband malamtu nampak agak kacak sbb pakai baju melayu sedondon maroon siap bersampin............tetiba jer masa kitaorang tengah makan...saya dengar suara org bersorak...rupernyer dia dah ada atas pelamin...siap bersanding sorang2 sambil pegang bunga.......speechless..........

Alhamdulillah...sumernya dah settle..........kami balik kerumah abah dalam pukul 12malam ....lili , ana & syarfa terus balik kerumah masing2......bila sampai rumah....abah makan nasik putih sbb tak lalu nasik kenuri....time tu nabila yg baik hati tu la yg entertain abah....sumer nampak letih...cuma zack jer yg masih energetic.....walaupun rumah tak bersepah...tapi badan tetap letih.............tahniah  to uun dan zack...........
zack dgn fesyen rambut tiada rambut.........
gambau pelamin..........tema merah..........
gambau sekeluarga..........tak cukup korum lagi tu......









Friday 12 October 2012

Jumaat-12/10/12......rasa hati...

Assalamualaikum,
Malam tadi susah betul rasanya nak melelapkan mata.Sekarang ni tambah pula mak saya masih lagi di Perlis...membuatkan saya lebih susah hati....dan malam tadi hati saya bertambah resah dan gusar....saya tak tahu kenapa...........selepas solat Isyak semalam sekali lagi hati dilanda satu perasaan yang tidak keruan........oh ya...mungkin minggu ni saya dan anak2 tertekan sikit la kan......sbbnya minggu ni final exam.......good luck untuk Azieq dan Arif for your final exam.....baru nak lega sikit................minggu depan sambung plak dengan exam sekolah agama......tapi dengan rasa baik hatinya...mama allowed jugak Arip nak tengok citer Ultraman malam tadi....one whole week ni...baruler malam tadi Arip tengok tv.....bagilah rest ckit....esok malam kita start dengan revision skolah agama plak nak yer.........dengar tajwid....jer mama pun rasa gerun...tapi takper kita cuba jugak yer........

Bila sebut pasal exam ni mesti ada stress.Stress ni sebenarnya bagus untuk menggerakkan diri kita ni.Saya ada baca artikel tentang stress ni....kalau tak ada stress, semangat untuk melakukan sesuatu menjadi kurang.....tapi stress yang positif yer....bukan yang sampai bunuh diri tu ye sayang.......jangan nak.........Untuk mendapatkan sesuatu mestilah kena berbuat sesuatu....dan masa nk buat sesuatu tu....masatulah stress datang............Kalau memanjang nk syok..memang tak jadiler...tak thrill la kata orang.Stress nak exam ni la yang paling popular.....bukan saja popular untuk pelajar...tapi stress ni pun smpai ke parents.....(ibu, mama, mak, ama, umi & etc yg paling rasakannya.)Anak sulung saya dah 13 tahun skolah....setiap kali periksa...setiap kali tulah rasa berdebar tu datang....tapi alhamdulillah....dengan beredarnya waktu dan masa perasaan berdebar2 dan tak ketahuan tu beransur2 hilang.

Debaran kuat yang pernah saya rasa ialah semasa anak sulung (Azieq) mengambil peperiksaan UPSR pada tahun 2011.Itulah rasanya debaran terhebat saya pernah rasa...sebagai ibu(bukan saya sahaja..........).Pada hari peperiksaan tu saya dan anak sulung berpuasa selama tiga hari berlangsungnya peperiksaan.Selama dia exam....saya pun sembahyang hajat, berdoa, baca Yasin...mohon anak saya di dewan peperiksaan diberikan hidayah dan petunjuk olehNya.Saya tahu ramai para ibu di luar sana membuat perkara yang sama...malah lebih baik lagi.Memohon dan berdoa agar anak yang kita lahirkan dapat membuat yang terbaik dalam peperiksaannya.......

Dan kini anak kedua saya pula.Arif juga melalui fasa yang sama seperti abangnya.Cuma hati saya tidak berapa cuak dan risau macam abangnya dulu....pilih kasih ya mama ni...bukan macam tu...tapi sekarangni cara mama berfikir dah lain....mama skrg ni lebih redha dalam membuat sesuatu....dan yang paling penting....tiada yang boleh mencapai kesempurnaan...tiada....kita hanya mampu berusaha...dan bertawakal......dan yang selebihnya tu hendaklah diserahkan pada Nya.....maha perancang terbaik.

Masa abang darjah satu dulu..mama dgn papa excited sangat....maklumlah anak sulung.....selalu jugak kol cikgu..cakap anak saya ni mcm mane yer cikgu(dalam hati biarla cikgu ckp anak aku ni pandai....sbb umur 5tahun dah boleh baca)...cikgu cakap ok...but average...(dlm hati masatu tak puas hati lagi....)..Tapi itu mama yang dulu...mama yang terlebih excited nak menyekolahkan anak....Masa result final exam darjah satu abang Azieq dulu...huyooo markah dia sumernyer 95+++(dlm hati ada can la naik pentas anak aku ni...)tunggu punya tunggu.....dia bawak balik report card....haa nombor 23.....terus kol mr husband...(nada kecewa la konon hihihi...)................mr husband cakap ok la tu....kelas pertama...(nk pujuk aku latu...)

Dan selepas itu semuanya berubah....perspektif saya tentang harapan menggunung yang saya letakkan pada anak2 saya juga berubah.Kalau kita rasa anak kita pandai....nun kat luar sana banyak lagi yang pandai...kalau kita rasa anak kita cantik, lawa hensem dan etc....banyak lagi kat luar sana yang awesome.Sebenarnya saya lupa.....sehebat mana rancangan untuk anak2 saya ni.....ada kuasa yang maha menjadikan segala sesuatu.Habis...........apa yang saya perlu buat sebagai ibu....Saya tak nak jadi ibu yang tak berguna pada anak2....saya tak nak jadik ibu yg perasan bagus............dan saya tak nak jadik ibu terjerit2 marahkan anak2(yg ni mmg susah nk tinggal)...............dan sebenarnya saya perlu banyak berdoa.........doa adalah senjata yang paling ampuh........apalagi doa ibu utk anak2nya.................tapi adakah saya buat!!!!!!!!!!!!!adakah setiap masa saya berdoa...........adakah saya bersabar dengan kerenah anak2.........adakah saya berkorban ntuk anak2...........adakah saya sanggup bangun malam untuk solat tahajjud dan hajat untuk anak2..........sanggupkah saya..........saya perlu buat sesuatu untuk keluarga saya ini..............

Inilah perkara yang membuatkan saya tak lena tidur malam tadi......dan pagi ini saya bangun awal..........bersyukur kerana masih ada nyawa.Masih ada peluang untuk bertaubat.............memperbetulkan kesilapan yang lalu...........Ya Allah bantulah aku untuk kejalan Mu.......berikanlah aku hidayah dan petunjuk.........abang...ampunkan dosa2 Yang bang..........Redhakan lah Yang..........












Friday 28 September 2012

SELAMAT HARI LAHIR ABAH YANG KE 60...

Assalamualaikum,
Hari ni adalah antara hari yang akan menjadi lipatan sejarah untuk diabadikan dalam memori saya.Tarikh 28/09/2012 bersamaan dengan hari Jumaat merupakan hari kelahiran abah kesayangan saya yang ke 60 tahun.Abah dilahirkan pada 28/09/1952.

Bercerita mengenai abah...dia seorang yang penyayang...pembersih tahap gaban ...handsome till now.....awesome father........Saya sangat sayang abah saya sebab beliau abah saya dunia akhirat.Beliau seorang perfectionist, workoholic dan very particular man with brain.Tiada kata yang boleh menggambarkan betapa istimewanya beliau di mata saya.

Keistimewaan abah yang paling utama ialah beliau amat sayangkan anak2nya.Walaupun kami ni ada yang dah kahwin...tapi beliau still call anak2nya kalau lama tak dengar cerita.Banyak kenangan manis antara abah dan kami.
abah saya yang berbaju melayu hijau....
Kenangan2 yang tak akan dan tak mungkin saya lupa:-
  1. Masa kecik tiap2 hari abah tolong pasang kelambu dalam bilik kitaorang(saya & lili) masa kat Taiping walaupun masatu kitaorang dah sekolah rendah...
  2. Abah tak marah pun bila saya tampal gambar Jordan Knight (kumpulan NKOTB) dkt dinding bilik.
  3. Kalau hujan di tengah2 malam....abah akan terus kebilik kami dan terus tutup tingkap...(kami tengok jer abah dari dalam kelambu.....sayang abah....)
  4. Tiap hari abah akan masukkan kipas dalam kelambu....(masatu kipas syiling takder...bila kipas di pasang....menggelembung kelambu melekat dgn kipas....thanks abah.....
  5. Bila tali kelambu tu tercabut dan kain kelambu melekat kat muka kami yang tengah tidur....terus kami terjerit2 panggil abah...abah.....abah...dan abah pun dtg ikat dan pasang balik kelambu tu....hebatnya kasih sayang abah....sori sbb ganggu tidur abah.......
  6. Kadang2 bila abah perasan muka saya dan lili boring.....terus dia bawak kami makan roti canai sardin dekat stesen keretapi kat Taiping.....sayang abah.....
  7. Part ni agak memalukan...tapi saya nk citer jugak....tiap kali kami balik dari Perlis...mesti banyak kutu....saper yg uruskan tu...guess who????abah jugak....abah akan proses kepala saya dgn lili dengan syampoo kutu...pastu abah balut rambut kami dgn napkin.Bila kutu dah pening...barula abah sikat rambut saya dan lili bergilir2....tadah jerla kepala mengadap abah beralaskan belakang kalendar dulu yang warna putih tu.....kalau dapat kutu gemuk...abah kata ni AJK Makanan...lepastu abah suruh kami picit kutu tu sendiri....so nice my abah kan.........
  8. Ni part boring time tu...2 minggu skali saya dgn lili kene cuci bilik air dgn jamban yang bersebelahan.Oleh kerana saya ni bukan jenis yang suka berebut jadik saya jerla yang kena cuci bilik air...masa zaman tu bilik air masih ada kolam...kene sental bagai nak gila...siap masuk dalam kolam.....kalau tak ikut spesifikasi ni...mau kena cuci balik....bila abah balik...terus dia masuk bilik air dan jamban sambil cekak pinggang."Ha..macam ni la anak abah...berkilat sampai boleh jilat"....pastu dia bagi kami sorang 3 hinggit...lumayan tu....thanks abah.....
  9. Abah saya rajin carikan kerja untuk kami....kalau nasib kami kurang ong....tetiba di pagi Ahad tu dia terus bukak almari pakaian saya dan lili yang dah tak boleh tutup rapat sambil keluarkan sumer pakaian yang tak berlipat kebawah.Apalagi bersilala kami berdua lipat kain tu.Sebenarnya kain tu dah dilipat elok masa masuk dlm almari..tapi bila nk pakai baju...slalunya ada di bahagian bawah...jadik kene le tarik...bila tarik2...yang atas tu bum ler ke bawah...pas tu paham2 jer la yer....gumpal2 la lebih kurang..pastu masuk balik dlm almari secara pukal.......he he he.
  10. Kadang2 ada jugak rasa malas nak basuh kasut skolah waktu tu...buat2 lupa jer...hari sabtu tu buat derk jer...tapi bila bangun pagi ahad nak mandi...."apa yang tenggelam dalam besen tu...la kasut aku....x boleh langsung nak cengelat..."(terima kasih abah sbb tlg rendam kasut mimi).Tapi masa saya kecik2 dulu basuh kasut skolah last minutes tu perkara biaser...kalau jemur kasut sampai petang tak kering...jangan gusar...letakkan kasut anda itu di bawah peti ais....wajib kering....tapi utk anak2 skrg...sorry to say...jgn cuba cara ni sbb peti ais korang tak der bahagian bawah....kah kah kah....moral of the story..(basuh kasut ari sabtu...)
  11. Masa first day masuk darjah 1....saya tak boleh concentrate dalam kelas sbb asyik tengok abah kat koridor....cikgu tengah ajar A,B,C,D dan bila E abah saya dah takder kat koridor dan saya pun meraung.....cikgu buat tak tau jer.......
  12. Setiap kali nak exam kat skolah...saya mesti kol abah utk doakan saya....dan alhamduliilah saya x pernah blur time exam....
  13. Cikgu skolah saya mesti tanya abah saya kerja cikgu ker....masa amik report card...mesti sbb kemas+hensem+karisma+....amboi lelebih nampak......
  14. Abah saya mengadu dgn mak masa mula2 masuk form 1 dulu..."mimi tu langsung tak reti nak bercakap dgn kawan sebelah....diam...jer"sejak itu saya terus cakap dan cakap.....
  15. Abah saya selalu naikkan semangat saya.....bila org ckp kenapa mimi ni gelap ckit...terus dia peluk saya dan kata"inilah anak saya yg paling cantik"...thanks abah.......I really appreciate it.....dan sejak itu rasa percaya diri saya lebih tinggi.
  16. Setiap kali masa pegi beli baju skolah...saya mmg tak boleh tengok waktu abah nak bayar duit......tangan abah menggigil....("Ya Allah...ada duit tak abah aku ni")...rupa2nya abah saya ni mmg jenis yang menggigil.Masa makan nasik....kalau kuah tu letak jauh ....skitjerlah yang sampai dlm pinggan abah....
  17. Masa kecik dulu saya pernah berak kat kedai karpet dan abis satu kedai tu berbau walaweh.......dan abah cebukkan saya.....dan.........
  18. Mak cakap masa saya baru belajar berjalan dulu...bila saya keluar dari bilik air........abah akan cium bekas tapak kaki saya yang basah...................speechless....no word to say( saya sebak bila tulis yg ni...)
Dan nampaknya saya dah tak mampu lagi nak tulis apa2 lagi.Sebabnya saya dah terlalu sebak.Sebak sebab saya tau abah sayangkan saya sangat2.Sebak sebab saya bukan anak yang baik.Sebak sbb mengenangkan umurnya dah 60 tahun.Sebak kerana saya tau yang saya tak mungkin boleh balas jasanya.Abah...amnpunkan dosa mimi...mimi bangga dapat jadi anak abah....redhakan mimi.....doakan mimi sekeluarga.....Ya Allah panjangkanlah umur abah yang mengadakan aku ni...tanpa abah mimi tak ada dalam dunia ni......sihatkanlah tubuh badannya Ya Allah.Berikanlah dia kelapangan hati dan kesenangan hidup......Amin...




Tuesday 25 September 2012

SEMOGA ABAH SUDIN CEPAT SEMBUH...

Assalamualaikum,
Awal pagi tadi kira2 pukul 12.30malam, saya dikejutkan dengan panggilan kecemasan dari adik saya Udin.Abah Sudin diserang penat dan kini dihospital Kangar.Ya Allah sembuhkanlah abah sudin....kasihanilah dia.....kasihan both of my mother and father...dua2 sakit......Adik saya yang di Perlis(Hakim) sedikit panik dengan keadaan ini.Sabar yer hakim...Hakim cakap paru2 abah sudin bengkak dan berair shingga menyebabkan sesak nafas.Mak saya sedih sangat sebab dia pun tak sihat....tak boleh jalan....Mak tipon sumer adik beradik abah suruh pergi dulu.......Mak pun decide nak balik Perlis dengan segera.

Alhamdulillah, mak saya dan Udin dah pun bertolak ke Perlis dengan Udin.Mereke bertolak pada pukul 11.30 pagi.Bawak kereta elok2 yer Udin .Mak kita tu pun tak sihat....x boleh jalan lagi...kene pakai kerusi roda.........Ya Allah...selamatkanlah perjalanan mak dan adikku....Jauhkan lah mereka dari malapetaka bahaya....

Malam ini...saya sedih...sebab mak saya tak der.........

NAK MAKAN PELANDUK????

Assalamualaikum,
Sejak dari Isnin haritu...kalau tak silap saya...astro bagi banyak rancangan free untuk pelanggan astro.Apalagi masa ni la kami amik kesempatan tengok channel yang kami tak subscribe.HBO menjadi pilihan...kekadang national geographic 551,552 dan 553.Ada channel yang best tu 733...ke 773 tak hingat tapi ada citer pasal rancangan crime@ jenayah yang dah solved yang berlaku diseluruh dunia.Semalam, saya dok syok layan citer pasal bapak yang tak guna ni(Taiwan) bunuh isteri dan dua anak perempuan dengan cara melemaskan mereka menggunakan eater...dan bila dah pengsan dia cekik sampai mati(psiko betul pak depa ni).......tapi dia buat2 cam kes bunuh diri(suicide).Siap bukak gas kat dapur.
bersantai sambil menonton tv.......
hamizah dan arif...
Tapi apa yang menariknya...pakar forensik kat Taiwan ni Dr Shaw(ingat tu.......) menyangkal dakwaan bunuh diri tu....saya syok tengok sbb Dr Shaw ni sangat brilliant dlam menyelesaikan kes bunuh di Taiwan yang hampir setiap hari..........dia cakap kalu setakat org besa ni mmg lah tak tau kegunaan eater ni.Siasat punya siasat...bapak psiko ni ada ijazah kimia(belajar pandai...bunuh pun pandai.........)then problem tu solved...dia bunuh sbb nak insurans bini dia...(suka hati ngko jer.......)and the important things is dia bunuh sbb ada pompuan simpanan.Nah skang ambik ko........sorang kena penjara seumur hidup...sorang lagi kena penjara sepuluh tahun............kalau ikut rasa hati...bapak psiko tu harus dihukum bunuh jugak.....baru adil.........

Eh...apa yang melalut ni...terkeluar tajuk dah ni........maksud saya tengah dok syok2 tengok citer tu tetiba...ada orang bagi salam...."kak mimi kata nak pelanduk kan...ni ada sekor".....eee syoknyer.......sekilo pelanduk dgn kawan saya tu cuma RM80 jer.Kalau beli kat luar rasanya mahal lagi.Tapi dia cakap jugak daging landak lagi sedap...sekilo cuma RM85 hinggit jer.Lain kali la yer....Bila saya bukak plastik tu....oo...mcm ni rupa pelanduk...nasib baik dah disiangkan....besar kucing jer rupa2nya....Lepas basuh dengan tepung(serius bau dia mmg sedap....)terus saya simpan dlam fridge.Mr husband cakap nanti bila ada masa masakla rendang.......sedappppppp....

CERITA ALZA...

Assalamualaikum,
Pada 22/09/12 iaitu bersamaan dengan hari Sabtu yang indah.Kami sekeluarga tetiba sekali lagi diserang sawan yang tidak merbahaya.Tapi kali ni keterujaan lebih kepada anak2 yang sedang membesar.....pengharapan nak pakai kereta baru ni lebih kepada anak saya yang nombor 2.Arif selalu cakap pada saya yang hari2 dia doa supaya Hamizah jadi gemuk.Bila Hamizah gemuk...tentulah dia dah tak boleh dok atas riba mama.Bila dah tak boleh dok atas riba mama...dah tentulah kene kebelakang.........kat belakang pulak dah pack dgn abang Azieq,abang Arif,abang Ahmad dan bibik....

Jadik saya kira Alza baru ni adalah untuk anak2 saya.Rezeki anak2 ni jangan main2.For this year...sebenarnya beli kereta baru tidak ada dalam perancangan...tapi semuanya jadi dengan izinNya.Alhamdulillah, sekarang ni kalau nak kemana2 tak payah lagi guna dua kereta.Ahmad, anak istimewa saya sangat2 teruja ketika didalam kereta sehingga tak tentu arah duduk...kejap2 kedepan..kejap2 kebelakang. Mama dan papa bertuah kerana dapat tumpang rahmat yang Allah berikan pada Ahmad@ Azim.
 sempat snap gambar Azim dan Hamizah di rumah uteh...
Pada keesokan harinya yakni hari Ahad yang indah jugak....kami sekeluarga pergila makan kenuri ke Kuala Selangor.Lepastu singgah rumah uteh sbb mak nak beraya dgn uteh.Petang tu baru make move to Taman Medan(rumah ucu) ambik tongkat untuk mak.Thanks to mak ucu.Kira jalan2 lah jugak kami...dan mak saya mmg tak turun dari kereta since kaki masih x boleh jalan.




Wednesday 19 September 2012

MEE TUK...

Assalamualaikum,
Thanks to my lovely husband sebab sempat jugak gantikan plug kita kat dapur yang dah tak semenggah dan yang dlm bilik tuh.Baru 2 tahun pindah...dah rosak itu ini...kalau 10 tahun mesti relai sumernya...Wah...pagi ni bangun dengan hati yang baik...segar bugar...sebab semalam sumer tidor mati.....Alhamdulillah hidup lagi...

Pagi tu mr husband biasalah work jugaks.Since menu hari ni ialah mee tuk...jadik kenala saya kekedai membeli bahan2nya.Tapi sebelum saya kekedai sempat jugak saya masak nasi, masak sardin dan telur dadar utk sibujang saya.Nak nasik jugak walaupun nak buat mee.....(orang perak jati la tu....)Hari ni lili nak datang hantar mak and nak makan mee tuk.Sebelum kekedai saya singgah ke bagan beli udang laut....ya rabbi manyaknyer ikan......tapi bos takder(husband).....x syoknyer........Dan mee tuk tu pun saya baru nak belajar dari abah sudin.Thanks abah for your secret recipe.
 dari kiri, Naza(kawan Farhana), Fuad dan tangan tok sudin
Setelah bergolek gelantang @ bertungkus lumus kami berdua di dapur....tadaaaa...siap jugak kuahnya...kuahnya ajer.........lepastu arif cakap"mama...makngah dah datang".Adoi mak aaii...tak siap lagi la lili ooiii....tapi ok jugak sebab dia mesti bantu saya punya....lili tolong saya rebus telur, buat bawang goreng and etc.So thanks to Farhana and Naza(ambik hati Ana ler tu) sebab tolong mak long racik daging and potong tauhu.Thanks to all my beloved anak sedare yang memeriahkan suasana rumah maklong yang sedia meriah ni..........kalau rumah papan sure runtuh.......

Selepas makan......kami pergi pulak ke rumah mak mertua saya di Shah Alam.Bawak mee tuk tu...special delivery from Taman Perepat...secret recepi by Mejar(B) Samsuddin .Sebenarnya mak mertua saya yang nak makan mee tuk ni.Saya pun tak tahu buat...jadi dengan ini secara rasminya pada Monday lepas bersamaan dengan Hari Malaysia...saya telah  tamat berguru mee tuk ni........kira dapat ijazah buat mee la ni..ha ha ha.......

Uteh pun ada kat umah mak.Then akak pun datang.Since abg lan tak makan daging...akak dan anak2 dia jer yang makan.Lepastu plak abang ngah dgn family pun datang. Abang ngah dgn anaknya Zulaikaha ajer yang makan sebab kak ngah pun x makan daging.Tetiba ternampak plak kelibat mr husband.So sronok...sebab dia kan telebih rajin work.Mak cakap mr husband makan sepinggan mee tuk........Jadik kenyang ler sumer.......kami make a move to Taman Perepat at 6.00p.m.Malam tu makan mee lagi...no nasik walau saya orang Perak jati.............