Friday 19 April 2013

5 PERKARA PENGUBAT HATI YANG KOTOR...

Assalamualaikum,
Ya Allah, semoga ilmu yang saya dapat ini dapat memberikan manfaat kepada saya dan sahabat sekalian.Jom kita audit diri seperti yang selalu diwar-warkan oleh Prof Dr. Muhaya Mohamad yang menjadi idola saya ketika dan saat ini.Sama2lah kita kongsikan ilmu yang sedikit ini.Semoga ianya dijadikan amalan yang berterusan.

Mr husband selalu cakap pada saya yang dalam diri manusia ini ada seketul daging. Jika ia putih (baik), maka putih (baiklah) seluruh badannya, jika ia hitam (buruk), maka hitam (buruklah seluruh badannya, ketahuilah ia adalah hati.

Rasulullah SAW juga menerangkan bahawasannya ada 5(lima) Perkara yang menjadikan sebagai Ubat bagi hati yang kotor atau berpenyakit, ubat tersebut adalah :
  1. Membaca Al-Qur’an dan menghayati maknanya
  2. Solat Malam (mis: Tahajud atau Sholat Hajat)
  3. Berpuasa Sunat (Isnin-Khamis)
  4. Memperbanyakkan Zikir (mengingat) kepada Allah
  5. Bergaul hanya dengan orang-orang yang Baik (Sholeh).
Hakikatnya saya pun masih mempunyai hati yang kotor.Hati yang tidak diberikan makanan rohani yang cukup.Saya cuba untuk istiqamah membaca Al Quran.Pada permulaannya saya cuba untuk baca Al-Quran selepas maghrib.Saya start dengan surah Al-Baqarah.Saya baca 2 muka surat.Tenang ketika membacanya, terasa seperti nak meneruskan bacaan....saya pilih untuk baca surah Al Waqiah.Kata orang bila kita baca surah Al Waqiah,suami kita mudah mencari rezeki.Esoknya lepas solat subuh rasa hati kuat untuk baca surah Yasin.Habis baca surah Yasin....mata terasa mengantuk....tidur sekejap sblm pegi kerja.(kata x boleh tidor selepas subuh)...ish...ish ish.....mimi...mimi.....keadaan indah ini bertahan untuk seminggu...lantas amalan ini akhirnya terbantut kerana bawa anak klinik, esoknya lili pulak datang rumah, esoknya plak pergi rmh mak mertua......alasan....alasan.........bila nak mula balik...susahnya....nak istiqamah....

Secara jujurnya saya nak jadi seorang hamba yang baik, isteri  dan bonda yang baik.Saya cemburukan bibik saya yang tidak pernah tinggal solat tahajudnya.Tapi cemburu saja tak cukup kak ton.Kalau kata tak jaga malam memang la tipu.....sebab memang saya bangun 2, 3 kali satu malam untuk buat susu anak perempuan saya ni.Tapi kenapa masih tak buat ...why!!!why!!!......banyaknya hikmah pada sesiapa yang mengamalkan solat tahajud ni.Semoga Allah memberikan hidayah dan petunjuk pada saya selepas ini.Amiinn...
  1. Untuk Menjaga Kesihatan
  2. Kelihatan Cantik dan Tampan
  3. Semangat dalam Bekerja
  4. Tercapainya Cita-cita dan Diberikan Rasa Tenang
  5. Melembutkan Hati yang Keras
Sekali lagi saya cemburukan bibik saya yang sering berpuasa sunat Isnin dan Khamis tanpa gagal.Dia hanya berbuka dengan kurma dan air dan terus solat.Where am I?Puasa tahun lepas pun masih belum habis diganti...apakah????Bulan 7 ni dah nak puasa...bangun mimi...bangun.....Alangkah ruginya saya tidak berpuasa sunat sepertinya.

Dari Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Segala amal dibentangkan (oleh malaikat ke hadrat Allah Rabb al-’Alamin) pada tiap-tiap hari Isnin dan hari Khamis, oleh itu aku suka amalku dibentangkan semasa aku sedang berpuasa.” - (Hadith Hasan Gharib – Riwayat Tirmizi)

Keistimewaan Hari Isnin Secara Khusus

"Hari itu (hari yang bersejarah, kerana) padanya aku dilahirkan dan padanya aku diutus menjadi Rasul – atau pada hari itulah (mula-mula) diturunkan al-Qur’an kepada aku.” - (Hadith Sahih – Riwayat Muslim)

Secara jujurnya saya memang seorang yang pemilih.Saya pemilih dengan sesiapa yang nak saya kawan.(entah2 orang pun x nak kawan dengan kita).Saya suka kawan dengan orang yang positif.Saya suka kawan dengan orang yang suka bercakap pasal ilmu.Saya suka kawan dengan orang yang suka share pasal ilmu.Tak kiralah ilmu apa...ilmu memasak ker...ilmu parenting ker...ilmu menahan marah ker.....saya x kisah.Tapi setakat ni kawan2 saya semuanya baik2 belaka.Alhamdulillah.

Semoga saya dan semua muslimin dan muslimat didunia ini diberikan hidayah dan petunjuk untuk mengubat hati kita yang kotor dan tercemar ini.Amiinn....



No comments:

Post a Comment