Monday 1 July 2013

PERTUNANGAN ULUL DAN SHIDA....

Assalamualaikum,
Sebelum terlambat, saya ingin ucapkan selamat bertunang kepada sepupu sebelah mr husband, ulul yang telah selamat melangsungkan pertunangan pada 29/6/2012(Sabtu yang lepas).Kami berkonvoi 10 buah kereta dari Tapah Perak terus ke Kuala Kurau.Perjalanan yang agak jauh.Sebelum itu kami singgah sekejap ke rumah mak mertua sabri(sepupu).....Disana kami dihidangkan dengan bihun sup yang sedap dan nasi lemak....walaupun saya sempat merasa sesudu jer.......dan disana Azim telah sekali lagi membuat aksi yang luar dugaan dimana dia telah mengambil dengan selambanya bihun sup yg sedang dimakan olek kakak ipar saya kak ngah.Sori yer kak ngah."Nanti Hani gantikan yang lain ye kakngah" "takper lah hani....sian Azim...dia bukan tau apa2 pun."

Dari sana perjalanan dalam satu jam la jugak nak sampai ke destinasi sebenar.Kami sampai dirumah shida pada pukul 2 petang.Terus dihidangkan dengan nasi yang sedap(saya tengah lapar masatu...).Walaupun cuaca agak panas.....tapi saya gagahkan juga untuk habiskan sepinggan nasi.

Lepas kenyang, baru kami masuk kedalam rumah.Selepas perbincangan selesai,kami dihidangkan pula dengan kuih muih....siap dengan tapai.yang saya x boleh lupa ialah teh tariknya sangat sedapppp............terbaekla.....
 serba biru...bakal ibu mertua sedang sarungkan cincin....
semoga ikatan ini akan ke jinjang pelamin.....
Saya singgah kerumah ibu saudara saya di Taiping sebelum bertolak balik ke Klang.Wah dan abah mon nampak sihat.Romantiknya pasangan warga emas itu terserlah dengan cara percakapan mereka.Itu mmg saya respect.Kalah kita yang muda ni tau.Wah saya ni tak jemu2 bercerita pada mr husband dan anak2 saya tentang perihal saya ketika kecik.Masa kecil dulu saya dijaga oleh wah.Bagi saya wah adalah seorang wanita, ibu dan isteri yang mulia serta ikhlas.Semoga Allah merahmati mereka berdua.Abang Abu sampai dalam setengah jam yang kemudian bawak murtabak yang tebal dan sedap.Macam2 cerita yang keluar.Abah Mon siap keluarkan gambar kenang2an antara dia dan Tengku Abdul Rahman serta Tengku Yusuf.Saya tunjukkan pada anak2 saya yang bukan calang2 orang yang boleh bergambar dengan Bapa Kemerdekaaan Malaysia ni.Bapa saudara saya ni berjawatan sebagai Pengarah Penjara Taiping sebelum bersara dan beliau amat aktif dalam sukan.Jadi, tak hairanlah kalau sekali tengok macm tak percaya jer umur dah 70 plus+++.

Saya make move dari rumah wah dalam pukul 6 lebih selepas solat asar.Sempat singgah beli ikan belanak masam yang terkenal di Taiping tu.Amat mengejutkan saya kerana harganya telah mencecah RM25 sekilo.Adalah beli sikit untuk pembuka selera di bulan puasa nanti....Mr husband singgah di pasar Changkat Jering beli murtabak...(mcm x puas jer makan tadi kan he he he...),mee goreng,kuew teow goreng dan rojak.
ikan belanak masam....
Kami singgah makan sekejap di Tapah.Sedapnya mee goreng dia.....walaupun goreng banyak2...murtabak dia...samala macam murtabak yg kita makan tadi.....sedap dan puas...Alhamdulillah.Kami meneruskan perjalanan terus ke Klang...dan sampai ke rumah pada jam lebih kurang 11malam.

Lepas isyak terus tidur sebab besoknya ada agenda lain plak.Esok saya akan ke Kampung Medan Subang sbb mr husband punya sepupu (apaf).......ada buat majlis untuk merisik.Tugas saya ialah mengambil kakak ipar dan mak mertua utk dibawa ke sana.Janji sampai sana pukul 8 pagi.











No comments:

Post a Comment