Monday 29 July 2013

Puasa 2013 yang menduga...

Assalamualaikum,
Selamat berpuasa kepada seluruh umat Islam di seluruh dunia.Tahun ni saya berada dalam mood yang sedang2 saja.Sehari sebelum puasa kami sekeluarga dikejutkan dengan berita yang menyedihkan.Abah kesayangan saya telah disahkan menghidapi penyakit kanser usus tahap 3.Cepatnya masa berjalan....hari ni dah 20 hari kita berpuasa.Jika tahun lepas saya sangat seronok sebab emak kesayangan ada berpuasa bersama2 saya disini.Tahun lepas semangat saya berkobar2 untuk berkongsi apa yang saya sediakan bagi juadah berbuka puasa.Tahun ini mood saya betul2 disentap oleh satu kenyataan yang begitu sukar sekali untuk saya terima.

Sebelum tidur,saya akan menangis mengenangkan abah yang dulu gagah membesarkan kami adik beradik,kini berhadapan dengan penyakit yang boleh membawa maut.Semangat yang datang setiap kali nak beraya hilang bersama2 dengan perasaan yang bercampur baur.Tambahan pula puasa saya dan keluarga tahun ni di rumah ibu mertua si Shah Alam.Ibu mertua yang tidak sihat minta kami sekeluarga kesana sepanjang bulan puasa.Seriusly,kesedihan itu hilang sekejap bila duduk beramai2 bersama keluarga.Tapi lara itu pasti akan datang lagi dan lagi tak kira dimana dan bila.


Buat masa ini abah dirujuk di hospital Selayang.Demi bulan yang mulia ini,abah sanggup tangguhkan operasi stoma demi melaksanakan tugasnya sebagai seorang muslim.Mengikut perancangan,abah sepatutnya kimo selepas stoma sembuh.Tapi abah tetap berkeras mahu fikir dulu.Keluarga sebelah abah memberikan pendapat yang berbeza2.Ada yang suruh kimo cepat2.Ada pula yang suruh buat rawatan alternatif dulu.Abah berubat dimerata2 tempat.Baru2 ini abah berubat di Perak.Kata profesor yang merawat abah "ustaz, kalau kanser dah stage 3, nak berjalan pun tak boleh,ustaz ni baru tumor".Pada mulanya saya tersenyum lega bila mendengarkan ini.Tapi bagaimana pula fakta ngeri yang saya dengar dari mulut pakar bedah di hospital tempohari.


Berat mata memandang,berat lagi bahu memikul.Abah kesayangan saya dalam dilema.Lantas satu keputusan abah buat.Apa2pun abah nak tunggu lepas raya."Abah bukan tak mahu buat, tapi banyak sangat kerja bulan puasa ni,banyak orang nak nikah".Ya Allah,berikanlah kesembuhan pada abahku ini.Sihatkanlah dirinya supaya boleh beribadat dan beramal denganmu.Sembuhkanlah abah kesayanganku,hilangkanlah kesakitan yang ditanggungnya.Kasihanilah abah yang bersusah payah membesarkanku ini Ya Allah.


No comments:

Post a Comment