Wednesday 2 October 2013

BAHAYA BAKTERIA SALMONELLA

Assalamualaikum,
Baru-baru ini negara kita dikejutkan dengan cerita 'kenduri beracun' di Kedah yang mengakibatkan 3 orang maut.Berita terkini yang saya terima ialah seorang lagi mangsa maut iaitu seorang nelayan Wan Razali Wan Yaacob 56 tahun.Ini menjadikan jumlah kematian sebanyak 4 orang.

Kalau kita lah  di tempat pengantin itu,apalah agaknya perasaan kita pada waktu ini.Sedikit sebanyak rasa bersalah tentu akan menghantui diri kita.Mungkin itulah yang dirasakan oleh pengantin perempuan Hasliyana Yusuf ketika ini.Tapi apakan daya,Allah sebaik2 perancang, ayam masak merah itu hanyalah asbab bagi kematian bagi keempat-empat mangsa yang ajalnya sudah sampai.Tidak perlulah kita menuding jari untuk mencari salah siapa dalam hal ini.

Peristiwa menyayat hati tersebut berlaku pada hari Ahad yang lepas di satu majlis perkahwinan di Kampung Huma Tanjung Dawai Kedah.Diceritakan bahawa majlis kenduri sebelah perempuan tersebut menghidangkan ayam masak merah,gulai ikan talang terung,kerabu pucuk paku,dan sambal ikan bilis sebagai juadah hidangan pada hari berbahagia itu.

Ayam masak merah yang dikatakan punca keracunan yang menyebabkan kematian pula, dikatakan dibekalkan oleh dua orang pembekal.Salah satu pembekal dikatakan membekalkan ayam yang sudah berbau.Kesemua ayam itu dicampur dan dimasak bersama dan dihidangkan pada hari berkenaan.Kebanyakan mangsa yang makan ayam masak merah tersebut sakit perut sesampainya mereka di rumah.Bakteria Salmonella dikenal pasti terkandung dalam hidangan ayam goreng masak merah yang disediakan secara gotong-royong sehingga menyebabkan kematian.Pengarah Kesihatan Negeri Kedah, Dr Ismail Abu Taat berkata, sebahagian daripada 130 bekalan ayam yang dihantar untuk majlis perkahwinan di Kampung Huma, Tanjung Dawai Sabtu lalu juga didapati sudah busuk.

APA ITU BAKTERIA SALMONELLA

Salmonella adalah bakteria yang dapat akan membuatkan kita sakit perut, demam, dan cirit birit, selama berhari-hari. Nama sains bakteria itu adalah Salmonella Enteritidis, dan jangkitan akibat Salmonella disebut Salmonellosis. Bakteria Salmonella sering dikaitkan dengan telur, kerana ianya memang hidup dalam telur ayam.

Sebenarnya, Salmonella bukanlah bakteria baru. Sejarah pernah mencatat jangkitan tersebut sudah ada sejak lebih dari 100 tahun yang lalu. Bakteria Salmonella ini pada mulanya di temui di Amerika secara besar-besaran. Ramai yang dijangkiti bakteria Salmonella.Setelah dikaji didapati bahawa sumbernya adalah telur yang dihasilkan dari dua penternakan ayam di Lowa Amerika Syarikat. Akibat jangkitan bakteria tersebut, sebanyak 500 juta telur ditarik dari pasaran, karena dicurigai tercemar bakteria Salmonella.Mangsa yang terkena jangkitan kuman Salmonella biasanya akan merasa sakit perut yang kuat dan memulas-mulas, cirit-birit, dan demam antara 12 jam sampai 72 jam setelah makan makanan yang dijangkiti bakteria Salmonella.Keadaan ini menyebabkan mangsa kehilangan air yang banyak dalam badan yang boleh menyebabkan kerosakan organ,tidak sedarkan diri dan dalam keadaan yang serius boleh membawa maut sekiranya lambat menerima rawatan.

PUNCA
Antara punca keracunan makanan ialah kemunculan bakteria dalam makanan, akibat proses penyediaan makanan yang kotor, makanan tidak dimasak dengan sempurna dan makanan yang terdedah kepada persekitaran suhu 30 darjah Celsius.

Berikut adalah makanan yang sering dipengaruhi bakteria Salmonella:-
  • Susu atau makanan bersusu seperti keju dan krim,
  • Daging- lembu, ayam, ikan dan telur
Keadaan sekitar anda dan pengendalian makanan yang tidak teliti juga menggalakkan bakteria mencemari makanan. Beberapa contoh keadaan yang sering berlaku, termasuklah;
  • Makanan mentah
  • Daging, ayam dan ikan tidak disimpan di tempat dingin
  • Makanan beku yang dibiarkan `cair' pada suasana yang panas untuk terlalu lama
  • Makanan dalam tin terdedah kepada suhu bilik selepas dibuka
  • Makanan basah dan berair yang didedahkan pada tempat panas
  • Buah-buahan serta sayur-sayuran yang tidak dicuci dengan baik
  • Makanan tercemar semasa dimasak atau dibungkus
  • Makanan tidak disimpan segera

Cara terbaik mengelak keracunan

JENIS makanan yang mudah dicemari ketika disimpan, disediakan, dimasak dan dihidangkan ialah daging, ayam dan telur.



Berikut ialah beberapa cara yang betul dalam pengendalian makanan dan keselamatan di dapur.

  • Peti sejuk mestilah kurang dari 4 darjah celsius atau 0 darjah celsius untuk peti dinginbeku. Perlu diingatkan bahawa suhu sejuk tidak membunuh bakteria, tetapi menghalang daripada membiak. Makanan yang disimpan mestilah dalam bekas yang ditutup atau dibungkus.
  • Basuh tangan dengan teliti sebelum atau selepas mengendalikan makanan bagi mengelakkan pencemaran bakteria salmonella atau organisme lain.
  • Peralatan dapur seperti alat pemotong perlu dibasuh dengan air panas sebelum penggunaan terutamanya alas pemotong daging.
  • Alas pemotong yang terbaik ialah jenis arkrilik kerana mudah dibasuh dan tidak meninggalkan alur yang membolehkan bakteria hidup.
  • Sebaik-baiknya gunakan alas pemotong yang berasingan bagi daging dan sayur- sayuran.
  • Jangan sekali-kali memakan makanan berkulat.
  • Elakkan dari menggunakan telur retak yang berkemungkinan mangandungi bakteria Salmonella. Bagaimanapun telur yang sempurna juga berkemungkinan mengandungi salmonella.
  • Kerana salmonella mudah dihapuskan pada suhu tinggi, masak dengan sempurna merupakan cara yang terbaik. Elakkan makan telur mentah dan separuh masak.
  • Mengasingkan makanan yang telah dimasak dengan makanan yang belum dimasak atau yang mentah. Ini kerana makanan yang telah dimasak lebih mudah tercemar berbanding makanan belum masak.
  • Pilih makanan yang telah dimasak untuk menjaga keselamatan. Banyak makanan seperti buah dan sayur agak selamat dalam keadaan semulajadinya.
  • Makan makanan yang dimasak serta merta. Apabila makanan telah sejuk, bakteria lebih mudah mencemarinya.
  • Simpan makanan yang telah dimasak dengan cermat pada keadaan yang sesuai. Simpan di atas pemanas atau kawasan dingin.
  • Panaskan semula makanan dengan teliti. Ini adalah cara yang paling baik untuk menjauhi daripada kuman yang mungkin muncul semasa dalam simpanan.
  • Jika makanan di kenduri didapati sudah berbau,busuk atau berbuih,jangan makan dan maklumkan pada tuan rumah(dgn cara berhemah) tanpa mengaibkannya.
Semoga sedikit ilmu yang saya peroleh melalui pembacaan dapat dikongsi dan kita manfaatkan dalam aktiviti seharian kita terutamanya kita kaum ibu yang selalu terlepas pandang.Dikesempatan ini marilah kita sedekahkan Al Fatihah pada mangsa2 yang terlibat iaitu Mohd Nor Rahmat Yusof 11,Nurshazana Mohd Rashid,Ibrahim Mohamad 62 serta Wan Razali Wan Yaacob 56.Semoga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman.Amiinn..







2 comments:

  1. Along.. FYI.. masa kahwin hang pun ayam masaqk merah juga ada masalah.. malam tue.. cirit birit yang amat teruk sib baik laaa takda apa-apa.. thehehe.. betol tak tipu nie.. tak caya tak mak tie.. -Puan Gebu

    ReplyDelete
    Replies
    1. along tau tu....sebelah abang shamsul pun lagu tu....nasib baik x ada apa2 hi hi hi.....

      Delete