Wednesday 7 May 2014

Semoga Hajah Mai Kalsom tenang di sana...alfatihah

Assalamualaikum,

Where have you been mimi......

Saya masih ada.....masih hidup dan sihat alhamdulillah.Cuma semangat masih belum datang atau dengan kata lainnya 'M" masih ada.Permulaan tahun ini saya dan family diduga....Ibu mertua kesayangan saya telah pergi meninggalkan kami pada 31Januari 2014 iaitu bersamaaan dengan hari Jumaat yang mulia.Mak admit hospital pada hari Isnin kerana doktor suspect buah pinggangnya rosak.Bacaan toksin dalam buah pinggangnya melebihi 1000.

Doktor nak tebuk peha dan leher mak untuk buat dialisis...tapi mak macam menolak.Pada petang Selasa,masa doktor cuba utk tebuk leher mak......tiba2 mak diserang heart attack.Tekanan darah turun mendadak dan ................terus mak tak sedarkan diri.

Ila call kakak ipar dan doktor suruh semua anak2 datang coz mak dah tenat......Ya Allah....tak akan begini cepat....Saya,mr husband dan dan kakak ipar terus ke hospital.Mr husband saya lihat sangat sugul dan bermata bengkak.Saya biarkankan dia larut dengan emosinya dan sesekali saya lihat dia menyeka airmata yang laju mengalir.Saya tahu yang itulah ibu kesayangannya.....yang melahirkannya...membesarkannya...dan tak mungkin saya dapat menandingi kasih ibu yang tiada taranya....

Mata mak seolah2 memandang dan menyambut kami.Doktor memberitahu kami bahawa mak masih tidak sedar dan boleh pergi bila2 masa.Saya,kakak ipar dan mr husband berkampung di hospital.Kakak ipar saya lihat sentiasa membisikkan kalimah shahadah ditelinga mak.Adik beradik sebelah mr husband bergilir2 menjaga mak.Terima kasih pada ucu jali, mak ucu,mak anjang, makcik,sepupu serta saudara mara yang datang ziarah dan bacakan yasin untuk mak.

Sehinggalah pada pagi jumaat yang mulia.Kakak ipar bertanyakan doktor tentang keadaan mak.Doktor cakap"mak dah tak ada harapan dan bergantung sepenuhnya pada alat bantuan pernafasan.Jika bantuan tersebut dicabut maka berhentilah nafasnya"Kami ambil keputusan untuk bawak mak balik ke rumah dengan bantuan pernafasan.

Agak sukar untuk dapatkan ambulan pada hari tu sbb cuti chinese new year.Akhirnya dapat jugak deal dgn private ambulance.Mak ditemani kakak ipar dan ashrap(cucu sulungnya).Saya follow dari belakang.Masa terasa begitu cepat berlalu.Dalam 15 minit kami pun sampai dirumah.Di rumah keadaan berbeza........terasa lapang dan luas.Mak diletakkan di atas katil yang berada d tengah2 rumah.

Tiba saat yang paling hiba.Kami di suruh memberi penghormatan terakhir pada mak sebelum alat bantuan pernafasan dicabut.Rasa seperti tak percaya sebab dada mak turun naik seperti biasa."Bismillahirrahmanirrahim.....saya mintak izin untuk tarik yer"itulah yang diucapkan nurse tu pada kami.

Innalillahiwainnailahirojiun....terdengar suara abang ngah......ya....mak mertua saya sudah tiada.....kami adik beradik terpinga2 seperti tidak percaya dengan apa yang kami lihat.Baru tadi saya lihat dadanya masih turun naik......tapi rupa2nya hanya bantuan oksigen.....Tangisan kami mengiringi mak pada hari tu.Mr husband adalah orang yang paling terkesan dengan kehilangan ini.....sehinggakan saya tak sanggup memandangnya.

Dan kini telah 4 bulan mak meninggalkan kami sekeluarga.Semoga rohmu tenang di sana.
Alfatihah.....

No comments:

Post a Comment