Wednesday 7 May 2014

Abah Sudin pergi jua akhirnya.......

Assalamualaikum,
Belum pun habis gundah dihati...belumpun habis duka di hati.Kami sekeluarga diduga lagi.Abah Sudin akhirnya pergi jua dengan tenang pada 16/3/2014 iaitu bersamaan dengan pukul 1 pagi Ahad.

Pada malamnya saya sukar sekali hendak lelapkan mata atau dengan kata lainnya masih belum tidur.Mr husband masih lagi menonton bola walaupun jam dah menunjukkan pukul 12.45 pagi.Saya masih ingat lagi dengan jelas,ketika itu saya sedang menarik selimut untuk tidur dan tiba-tiba....handphone saya berbunyi.Perasaan berdebar2 terus menerpa bila diatas skrin telefon tertera nama 'Hakim adik'."Kenapa Hakim call malam2 ni....abah sudin nazak ke?"Itulah perasaan saya waktu itu.

Dan ketika saya terima panggilan itu,apa yang saya dengar hanyalah tangisan,raungan serta suara yang tidak jelas dari anak bongsu yang setia menjaga abah sudin siang dan malam di Hospital Kangar.Dari anak yang abah tak sempat nak lihat perkahwinannya yang di jangka pada bulan 12 ni."Along......hakim x tau la...abah dah tak dak dah......"Innalillahiwainnailahirojiun.......

Saya terus meluru pada mr husband yang ketika itu masih asyik menonton.Dia dapat mengagak dengan tepat tentang apa yang berlaku dan terus menenangkan saya.Tanpa membuang masa,kami sekeluarga terus bersiap dan terus ke Perlis tepat jam 3 pagi.Dalam perjalanan saya call adik2 yang juga dalam perjalanan.Perjalanan terasa sangat panjang.Dan tiba2 saya teringat tantang kejadian yang berlaku pada hari Jumaat lepas.Arwah abah sudin call saya suruh balik hari Ahad untuk mandikan mak yang katanya berbau mayat.Saya mengiakan saja dan memang tak disangka bahawa itulah kali terakhir mendengar suaranya.Rupa2nya abah dah tahu bila dia nak pergi.

Tersentak dari lamunan bila ternampak rumah abah yang telah dipenuhi sanak saudara serta jiran2 terdekat.Persaan saya bercampur baur...sedih dan sebak.Saya masuk dan terlihat arwah abah sudin berada di atas katil di tengah rumah.Mak yang ada di hujung katil saya lihat sugul tapi masih lagi tenang.Terus saya rangkul dan peluk mak.Kami berdua hanyut dalam perasaan masing2.Tanpa membuang masa saya dan mr husband terus membuka kain penutup muka arwah.Subhanallah....alhamdulillah....abah tersenyum simpul yang ikhlas.Mukanya putih bersih dan amat menginsafkan bagi siapa yang memandangnya.Arwah abah seolah2 tersenyum bangga dan nak memberitahu pada kami yang "alhamdulillah,abah dah boleh tidur sekarang".Tidurlah abah....semoga roh abah tenang di sana.

Arwah abah sudin menghidap penyakit jantung yang kronik.2 injap jantungnya tersumbat 100 %.Manakala yang 1 lagi injap tersumbat 90%.Maka kerana itulah saya lihat abah sering tercungap2 dan tak dapat tidur.Kami terlalu kesian padanya kerana nikmat tidur telah Allah tarik dari abah.Abah menderita berbulan2 menahan kesakitan dan sesak nafas.Kini perasaan kami lega sebab abah tak lagi menderita.

Pada Udin dan Hakim, along doakan supaya kamu berdua diberi kehidupan yang lebih baik.Banyak2 doa pada abah dan jadilah anak yang berbakti pada mak kita yang telah kematian suaminya.Insyaallah,along,nyah dan kak ana akan bantu sebaik mungkin untuk merealisasikan impian abah yang hendak melihat kedua anak2nya naik atas pelamin.Marilah sama2 kita sedekahkan alfatihah untuk arwah abah sudin......alfatihah.....












No comments:

Post a Comment