Friday 22 February 2013

Derita mangsa dera emosi.....

Assalamualaikum,
Hari ini saya amat tertarik hati apabila membaca sebuah artikel dari kosmo.Kes penderaan emosi dan fizikal pada anak2 kita sedang berlaku tanpa kita sedari.Secara peribadi, saya amat menyukai artikel yang berbentuk ilmiah seperti ini.Saya akan kongsikan apa2 yang saya suka dan apa jua yang saya nak tulis. Sekurang2nya bila saya belek blog sendiri , ada juga ilmu yang boleh kita kongsikan bersama.

Tersebarnya video yang menunjukkan seorang pembantu rumah mendera bayi berusia empat bulan di Kuantan, Pahang dengan cara yang agak 'pelik'(cara dia lambung mcm nak buat roti canai pun ada)... seolah-olah memberikan isyarat kepada kita bahawa ibu dan bapa kandung sahajalah sebagai penjaga terbaik untuk setiap kanak-kanak.

Bagaimanapun, dalam rutin hidup kita hari ini, ia menjadi hal yang sangat mustahil, terutamanya bagi mereka yang hidup di kota besar. Suami dan isteri perlu bekerja kerana itu sahajalah cara untuk menyara kehidupan berkeluarga dengan lebih selesa.
Bagaimanapun, realitinya semakin ramai manusia normal yang sebenarnya sedang mendera anak-anak mereka tanpa disedari. Ia mungkin bukan dalam bentuk penderaan fizikal atau seksual seperti yang sering dilaporkan.
Penderaan fizikal mudah dikesan dengan melihat kepada perubahan fizikal. Namun, apabila ada anak-anak yang diabaikan atau diancam emosinya, ia juga bentuk penderaan. Ia hal yang selalu terjadi walaupun tidak ramai yang menyedarinya.
Ingat, kanak-kanak tidak boleh dilayan seperti manusia dewasa. Tidak memberikan kasih sayang, menghina mereka dengan kata-kata yang kesat, memperkecilkan keupayaan mereka atau apa sahaja tindakan yang menyebabkan kanak-kanak berasa terganggu emosi juga penderaan.
Tindakan-tindakan seperti itu biasanya akan menjejaskan mereka untuk membesar bagi menjadi individu yang sempurna.
Penderaan psikologikal itu mungkin sesuatu yang sangat sukar untuk difahami. Dalam konteks budaya kita, anak-anak diminta patuh sepenuhnya pada setiap yang dikatakan oleh ibu bapa.
Tatkala anak-anak tidak dibenarkan meninggi suara terhadap orang tua, malang sekali tiada pula halangan untuk ibu bapa menengking atau mengeluarkan kata-kata kesat kepada anak-anak.
Tidak mempersoalkan
Dalam keadaan tertentu, ada ibu bapa yang mengeluarkan kata-kata seperti 'anak haram' kepada anak mereka sendiri. Oleh kerana anak-anak kecil itu tidak mampu mempersoalkan perkara yang dilakukan terhadap mereka, adakalanya ibu bapa merasakan boleh melakukan apa sahaja.
Bagaimanapun, harus diingat dalam menghukum kesalahan anak-anak, ada hukuman yang mungkin boleh menjejaskan perkembangan diri mereka. Hukuman seperti tidak memberikan makanan, membiarkan mereka kesejukan di bilik air atau meninggalkan anak-anak di rumah bersendirian adalah bentuk penderaan yang patut dihindarkan.
Walaupun kita mungkin tidak bermaksud untuk mendera kanak-kanak, tetapi ia boleh ditafsirkan sebagai 'pengabaian' yang sebenarnya juga merupakan penderaan.
Pasangan yang mempunyai masalah rumah tangga, perceraian atau kesulitan ekonomi biasanya sering berdepan dengan masalah seperti ini.
Walaupun tidak melakukan sebarang tindakan yang mencederakan kanak-kanak secara fizikal, tetapi emosi anak-anak telah terjejas dengan teruknya.
Lebih buruk, kita mungkin sedang membesarkan anak-anak menjadi manusia yang bakal menjadi manusia yang buruk perilakunya.
Kajian-kajian sejauh ini menunjukkan bahawa anak-anak yang mengalami masalah seumpama ini biasanya menjadi manusia bermasalah pada kemudian hari.
Anak-anak ibarat kain putih, kitalah yang mencorakkannya.

Semoga kita menjadi ibubapa yang lebih baik dari semalam.Saya sendiri sedang mengaudit diri yang terlalu banyak khilaf dan kesilapan dalam menjalani hidup sebagai isteri, ibu, pekerja serta hambaNya.Mohon Allah mempermudahkan urusan saya dan pembaca dalam memperbetulkan kekhilafan diri yang kerdil ini...

No comments:

Post a Comment