Tuesday 26 March 2013

WELCOME TO ANCASA SUITE PORT DICKSON...

Assalamualaikum,
Cuti sekolah dah pun bermula.Atas ajakan adik saya lili...lalu sayapun akur untuk turut serta dalam percutian kali ini.Ya...tentulah demi anak2....sebabnya secara jujurnya saya tak suka laut dan kolam dan sebarang acara yang melibatkan air.Tapi semua anak2 sangat sukakan air laut, kolam sehingga saya tidak tahu mereka sudah boleh berenang.Ni semua penangan selalu sangat swimming kat rumah makngah lili la ni...rezeki saya agaknya....FOC jer....asal cuti sekolah jer ke rumah makngah lili untuk swimming.Papa dan mama jauh ketinggalan dalam arena renang ini...terlalu jauh...

Percutian kali ni sebenarnya agak kelamkabut jugak sebabnya ianya tidak seperti yang dirancangkan.Abah dan makti tidak dapat bersama sebab Syarfa(adik) yang sedang sarat mengandung anak kedua batuk teruk sampai bleeding.Along doakan syarfa cepat sembuh yer.Ana(adik) pulak tak dapat nak attend sebab si Zainol berkursus.Nasib baik oon & zack serta mamat, hafis dan ain dapat pergi.At least happening la jugak.

Sabtu 23/03/13
Jadi kami adik beradik pun kesana dengan menaiki 3 kereta pada hari Sabtu 23/03/13.Plan asalnya saya nak masak rumah abah di KL.Tapi keadaan meruncing...tiba2 rumah mak mentua punya air tangki tak naik.Abistu camner kitaorang nak mandi dan berjalan2?Jadi last minute punya decision saya decide utk masak siap2 dari rumah.Zaaasss....siap dah sardin   dengan daging goreng kacang panjang.Godeh punya godeh....masih x ada solution....at last kami anak beranak tadah jer air dalam timba dan mandi.

Dipendekkan cerita ni...kami bertolak dari KL pukul 3.30 petang tu.Follow Lili dari belakang sbb Fuad expert lalu jalan dalam.Dia kata tak boleh ikut highway sebab jam sesangat berikutan dari Formula 1 yang sedang berlangsung tu.Kami sampai kesana pada jam 6.30ptg.Ambil kunci dari Kak Mas...sekali lagi kami terkejut sebab 2 suite yang kami tinggal tu berlainan blok.Tak guna meratap menangis.....kami yang tak poyo ni pun decide untuk letakkan semua makanan di suite 3 bilik yang saya dan Lili tinggal.Oon dan adik2 tinggal di suite 2 bilik.
dari balkoni suite kami di tingkat 1
kenangan kami di suite C105
 ruang tamu yang luas dan selesa
Honestly bila masuk untuk pertama kalinya, saya merasa sangat kagum dengan keluasan dan dekorasinya yang simple tapi menarik.Lili di master bedroom dan anak2nya.Saya pulak bedroom kedua bersama mr husband dan mizah.3rd bedroom plak dah tentulah utk bibik dan sibujang saya.Selepas maghrib saya dan lili pun ke dapur utk memanaskan nasi dan lauk yang kami bawak tadi.
2nd bedroom
dari atas kiri,sambal hotdog,ayam goreng,sardin,daging goreng kacang panjang
Jadi kami pun hidangkan makanan saya plus dgn sambal hotdog dan ayam goreng yang oon bawak.Anak2 pun tak sempat mandi sbb pukul 7petang dah tutup.Jadi mandi esok jer lah anak2.Pada jam 5 pagi saya mandikan Hamizah sbb dia masih demam.Yang saya heran bila siang ok sangat...bila malam panas sangat...nasib baik saya ada spare ubat.Itulah kali terakhir saya mandikan dia dengan air sejuk...sebab esoknya alhamdulillah dah ok...........

Ahad 24/03/13
Esoknya saya dgn lili siapkan sandwich sardin dgn teh o panas for sarapan.Thanks to mak yang siap bawakkan pisau, bawang, cili api serta limau nipis demi melazatkan lagi sandwich sardin kami ni.Lepastu semuanya ke kolam untuk berenang dan merehatkan minda....Tengahari, saya,mr husband dgn lili keluar utk buy some lunch.Asam pedas pari dgn ayam goreng mengalas perut kami pada ptg itu....alhamdulillah...
 bibik dan Azim...
azim hanya berdiri tercegat disitu...
 mandi tak basah.....
pandanglah mama ni Azim....
Petangnya, anak2 dipaksa keluar dari kolam sbb para ibu dah bosan sangat tinggal dalam suite ni.Kami pun pergi ke Muzium tentera darat pada petangnya.Lepas bergambar lebih kurang kami pun singgah untuk makan cendol.5 minit sebelum kami meninggalkan meja makan tiba2...Azim telah menendang meja dan condol Fatin(anak lili) telah terbalik dan terpercik kemukanya dan.....Fatin meraung.......kerana mukanya telah dipenuhi dengan cendol serta kacang merah.Maafkan maklong yer Fatin..eerrr.Azim tak sengaja yer....
 dari kiri bibik,azim,arif,saya,mr husband,mizah,azieq
 background blkg sebenarnya keretapi lama...
melepaskan lelah sambil duduk...penat mak  
geng adik beradik pulak......
 lili punya batalion....
Malam tu Oon dan Zeck pulak belanja makan tomyam campur yang sedap, sayur kailan dan talur dadar yang nampak sedap tapi saya x sempat nak rasa...hi hi hi....nasi  bibik dah masak....lepastu apalagi kami pun makan lah secara buffet secara beramai2 dengan tenang(x percaya ker...)....Muka anak2 saya dan lili yg terlibat dgn acara renang dilihat agak bengkak dan sembap dek kerana terlalu rajin mandi di kolam.Dalam hati saya tak apala....sekali sekala....mr husband pun hanya jeling2 jer anak2 dia yang keluar masuk dgn keadaan basah kuyup.... ha ha ha...sabar ye bang....zaman kita dah berlalu......dan malamtu keadaan agak sunyi dari biasa sbb hero saya dan lili telah tumbang awal.....Saya pulak lena dengan nikmatnya sbb Mizah dah recover dari demamnya.

Isnin 25/03/13
Bila bangun pagi...terasa sedih jugak sbb anak2 seronok sangat kat sini.Ni la sarapan terakhir kat sini.Saya dan mr husband turun belikan nasi lemak.Mr husband belikan T-shirt utk azim dan mizah sebagai kenangan.Lili dah siapkan milo panas 1 jug.Selepas tu sempat jugak lili dan anak2 saya ke laut pulak......kuat betullah stamina lili tu...tak mcm saya... dah berat....hi hi hi...oon dan adik2 balik awal ckit.Kami bertolak balik dalam pukul 11.30 pagi.Singgah di kedai beli ckit ole2 utk orang tua.Sampai di Shah Alam lebih kurang pukul 2 petang.












No comments:

Post a Comment