Friday, 2 August 2013

Kanser Usus:Kesan Dengan Awal

Assalamualaikum,
Disebabkan kami sekeluarga baru2 ini dikejutkan dengan berita yang tidak diduga.Jadi untuk lebih memahami tentang penyakit yang boleh membawa maut ini,saya banyak membaca untuk mengetahui maklumat tentang penyakit kanser ini.Maklumat seperti di bawah mudah2an boleh memberikan manfaat kepada kita semua.Untuk pengetahuan,sel kanser ada di setiap manusia, yang membezakannya ialah antara aktif atau tidak.Dan yang paling menakutkan ialah kanser hanya menunjukkan kesannya setelah pesakit telah berada pada tahap 3.Sel kanser bersarang dan menyerang sel sihat selama lebih kurang 10 tahun sebelum menunjukkan simptom2 yang menyakitkan.Abah kesayangan saya telah menunjukkan simptom2 seperti di bawah dalam tempoh yang agak lama iaitu lebih kurang 6 bulan sebelum didiagnosis mengidap kanser usus/kolon/kolorektal.Tanda kembung disangka angin,najis berdarah di sangka buasir.Yang paling menyedihkan ialah badan abah yang berisi menjadi kurus secara tiba2.

Tapi apakan daya abah,ilmu pengetahuan kami yang terhad ini menyebabkan kami lambat membawa abah ke hospital.Maafkan kami abah.Sehinggalah pada satu hari saya google sendiri dalam internet tentang kanser usus.Alangkah terkejutnya saya bila mendapati semua simptom2 tersebut memang tidak boleh tidak sedang menyerang abah kesayangan kami ini.Berita sedih ini saya usulkan pada mak."Mak, tanda yang abah rasa skrg tu macam tanda kenser usus la mak, mimi tak sanggup nak cakap,mudah2an bukan penyakit tu...abah kena ke hospital mak".Disini saya  ingin mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada adik saya iaitu Nabila Izzati yang sedang belajar diperingkat sarjana di UITM.Kalau tak kerana dia lah memaksa/membawa abah ke hospital,mungkin sampai saat ini kita masih tak tahu yang abah sedang mengidap penyakit berbahaya ini.Thanks for your effort my dear sister.

Kanser usus yang juga dikenali sebagai kanser kolorektal adalah salah satu daripada 
kanser yang kerap berlaku.Risiko untuk anda mendapat kanser usus semakin tinggi jika anda:
  • mempunyai sejarah ahli keluarga yang menghidap kanser usus.
  • pernah menghidap penyakit radang usus (kolitis ulser atau kolitis Crohn) lebih daripada lapan tahun.
Jika anda mempunyai faktor-faktor di atas, berbincanglah dengan doktor anda tentang 
risiko mendapat kanser usus.
Tidak semua kanser usus menunjukkan tanda-tanda atau simptom awal tetapi anda harus 
berjumpa dengan doktor jika anda alami mana-mana yang berikut:
  • Keluar darah daripada dubur atau terdapat darah selepas membuang air besar.
  • Perubahan ketara pada tabiat membuang air besar: contohnya , lebih kerap membuang air besar atau najisnya cair, kerap sembelit dan/atau rasa lebih kerap hendak buang air besar daripada biasa.
  • Berasa tidak puas selepas membuang air besar.
  • Sakit perut.
  • Berat badan turun tanpa sebab yang nyata.
  • Berasa penat, lemah atau sesak nafas tanpa sebab. Gejala ini mungkin disebabkan oleh anemia akibat kekurangan zat besi. 
Anda boleh membantu mengurangkan risiko menghidapi kanser usus dengan:

  • makan makanan yang berkhasiat, termasuk mengambil lebih banyak sayur-sayuran dan buah-buahan dan mengurangkan pengambilan lemak haiwan.
  • mengekalkan berat badan yang sihat.
  • selalu bersenam.
  • tidak merokok.
  • kurangkan minum alkohol.
Dengan mematuhi panduan yang diberi tidak bermakna anda akan terlepas daripada 
diserang kanser usus tetapi ia boleh mengurangkan risiko anda dan juga memberi banyak 
faedah kesihatan yang lain.

No comments:

Post a Comment