Tuesday 26 June 2012

CERITA AZIM DI PPUM 1

Assalamualaikum,


Bersama-sama ini saya kisahkan pengalaman sebenar anak saya Muhammad Azim sepanjang berada di PPUM. Sejak lahir anak saya Muhammad Azim cirit birit yang berterusan akibat daripada keadaan ususnya yang tidak matang. Beliau dipindahkan ke PPUM setelah 2 minggu berada di HTAR. Di PPUM Azim dirujukkan di bawah pengawasan pakar gastro.Untuk makluman, coretan ini adalah benar lagi original dan diadaptasikan dari diari asal saya bermula dari Dec 2004 hingga Mac 2005.Lebih istimewa, coretan ini hanya ditulis selepas Azim berumur 8 tahun........

27 Dec 2004/Isnin- DAY 1
  • First day admitted di PPUM.
  • Transfer dari HTAR (Hospital Klang).
  • Dr. Juliana dan seorang nurse ikut sekali.
  • Petang Prof Lee datang check Azim dan suruh dia minum ORS semalaman untuk cuci perutnya.
  • Duduk dekat katil 16.
  • Nurse yang mula2 entertain aku Kak Laili.

28 Dec 2004/Selasa- DAY 2
  • Dr tak masuk.

29 Dec 2004/Rabu- DAY 3
  • Pindah katil 18.

30 Dec 2004/Khamis- DAY 4
  • TPN-Total Parenteral Nutrition.
  • Start on TPN-Masukkan vitamin dalam badan melalui tiub.
  • Prof Lee said that he will lead the minor operation for Muhammad Azim to get the permanent tube inside his body.
  • For the time being the temporary TPN line is still on his head.
  • Received GL by today.
  • Clarified GL for PPUM and HTAR Klang.

31 Dec 2004/Jumaat- DAY 5
  • Today Azim just finished for second day TPN.
  • Started again formula milk 'NEOCATE' but only 15ml hourly.
  • 'NEOCATE'-susu yang tak ada laktosa dari lembu atau soya.Rasa mcm sotong kering.
  • Abang told that Azieq got fever again..worried because the class will start on 3rd Jan.

1 Jan 2005/Sabtu- DAY 6
  • Sedih sambut tahun baru kat sini.
  • Line TPN bengkak dan nurse bukak.
  • Ana datang dengan Zainul

2 Jan 2005/Ahad- DAY 7
  • Abg telefon cakap Arif mengamuk.
  • Azieq dan Arif datang.Mak datang dgn akak.
  • Bukak line Azim coz dah bengkak.

3 Jan 2005/Isnin- DAY 8
  • Pagi2 lagi Azieq telefon sebelum ke tadika.
  • Sedih x dapat antar anak sulung masuk sekolah tadika.
  • Abang pergi interview di kilang perabot.
  • Paksu & maksu datang masuk wad sebelah.Maksu operation besok.
  • Prof Tong pakar genetik datang.
  • Prof ckp main causes maybe come from chemical,kromosom & genetik problem.

4 Jan 2005/Selasa- DAY 9
  • Pagi2 lagi paksu dah datang. Maksu x jadi operate pukul 9 coz ada kes emergency.
  • Maksu bersalin pukul 12.00pm. Baby boy berat 4.09kg.
  • Paksu ambil gambar Azim.
  • Pakcik,makcik aku dtg malam.
  • Petang, makucu,liza & odah datang melawat and bagi Azim RM20.
  • Arif patahkan cermin mata Muhammad Azieq.

5 Jan 2005/Rabu- DAY 10
  • Prif Boey arahkan supaya Azim tukar Bed 2.ada aircond.
  • Paksu datang tengok.
  • Abang bawak kuew teow goreng pedas.
  • Line Azim bengkak.Set line lain dekat tangan.
  • Umur Azim genap 60 hari...dah dua bulan anak mama.
Kisah Muhammad Azim akan disambung lagi...dalam cerita azim di ppum 2...salam













No comments:

Post a Comment