Tuesday 26 June 2012

CERITA AZIM DI PPUM 2


Bersambung lagi..........kisah Azim...


6 Jan 2005/Khamis- DAY 11

  • Sepatutnya aku kerja hari ini.Tapi aku terpaksa telefon En Azhar Siran beritahu aku x dapat naik kerja lagi sbb anak sakit.
  • Hari ini start full strength untuk susu Azim.
  • Hari ini aku dah boleh sembahyang.
  • Dr. Dinesh buatkan surat mengatakan Azim masuk wad.
  • Abang cakap hari ni mungkin tak dapat datang coz azieq tuisyen dan nak tengok Arif.
  • Berat Azim turun ke 2.3 kg. Agaknya hari tu 2.5kg berat air.
  • Abah datang lawat Azim dan beri RM50. Katanya nak buat kekah utk Azim.tq abah.

7 Jan 2005/Jumaat- DAY 12
  • Abang datang bawak anak tudung & keow teow goreng.
  • Azieq ikut wan & atuknya balik kampung ada kenduri arwah dan Azim sekali.
  • Doktor beritahu mungkin Isnin nak operate hernia dan central line(permanent line) utk Azim.

8 Jan 2005/Sabtu- DAY 13
  • Doktor MYO suruh aku sign kebenaran untuk buat operation pada hari Isnin ini.
  • Semoga anakku pulih seperti sedia kala.
  • Abang mungkin datang petang ini bawa Muhammad Arif.
  • Abah dan pakcik datang.

9 Jan 2005/Ahad- DAY 14
  • Hari ni abang aje yang datang. 
  • Hari ini line Azim dua kali buat sebab bengkak.
  • Beli laksa & bihun sup.
  • Esok Azim operation..Semoga anak mama cepat  sembuh...amin.....

10 Jan 2005/Isnin- DAY 15
  • Hari ini Azim operation buat permanent line.
  • Pukul 9.3oam Azim dah masuk operation theater.
  • Pukul 12.30pm baru siap.Nampak dia macam lemah dan menggigil.
  • Kebetulan doktor yang operate dia namanya pun Azim jugak.
  • Lepas masuk wad terus x-ray dan boleh minum.
  • Malam abang baru balik.
  • Line Azim masih x boleh guna, kena tunggu 48 jam.
  • Buat line baru.Kesiannya anak aku..demam 38.1.

11 Jan 2005/Selasa- DAY 16
  • Prof Boey buat ronda pagi ni dengan Dr. Priya.
  • Lili telefon kata nak datang. Tak bawak Fatin sbb dia orang naik bas.
  • Hari ni nampak Azim ok sikit dari semalam.Alhamdulillah...sihatlah anakku..
  • Malam abanng datang bawak kuew teow goreng dan nasi.

12 Jan 2005/Rabu- DAY 17
  • Prof Boey dah naikkan 60ml three hourly.
  • Azim nampak sihat sikit tapi beraknya nampak lebih kerap sikit.
  • Hari abang tak datang sebab nak ajar azieq baca buku.
  • Hari ni hari pertama guna lipid dalam TPN Azim.
  • Petang abah telefon dari Taiping tanya khabar Azim.Lepasni abah terus ke Alor Setar outstation.
  • Aku ni tak tahu bila nak pergi ofis jumpa En Azhar utk story pada dia.

13 Jan 2005/Khamis- DAY 18
  • Prof Boey checkup macam biasa tapi kali ni dia bawa doktor pelatih bersamanya.
  • Azua telefon cerita pasal kerja.
  • Nurse cuci cathetor Azim.
  • Malam ni dia berak kerap.

14 Jan 2005/Jumaat- DAY 19
  • Abang datang bawak tisu.
  • Macam biasa x ada apa yang special.
  • Azim berak adalah kurang sikit.
  • Azim tidur ok lah..

15 Jan 2005/Sabtut- DAY 20
  • Abang bawak Azieq & Arif.
  • Aku ajar azieq BI & BM.
  • Abang balik dulu.
  • Azim selsema malam tadi & x boleh tido.
  • First time beri Azim vitamin.
Pengalaman Azim semasa di hospital akan bersambung lagi selepas ini...di CERITA AZIM DI PPUM 3....
















No comments:

Post a Comment