Wednesday 27 June 2012

CERITA AZIM DI PPUM 4


Kisah Azim lagi......part 4


26 Jan 2005/Rabu- DAY 31

  • Pagi tadi dalam pukul 8.00a.m Azim pergi buat suction sebab kahak banyak sangat.
  • Malam tadi Azim x dapat tidur.
  • Aku dah sms En Azhar pasal cuti aku. Hari Isnin ni baru naik kerja.
  • Hari ni Azieq ada spelling test. Semoga dia dapat buat hendaknya.Amin....
  • Telefon makcik pesan pampers.
  • Makti telefon bagitau abah dah balik.Alhamdulillah.


27 Jan 2005/Khamis- DAY 32
  • Pagi ni Prof Boey yang buat round.
  • Hari ni Azim berak agak kerap dan najisnya agak berair.
  • SMS Meah beritahu hari Isnin ni masuk kerja.
  • Pagi tadi sekali lagi Azim sedut kahak.
  • Abah telefon beritahu kalau boleh dia nak datang.
  • Azieq tuisyen malam ini.
  • Abang datang bawak burger dan nasi goreng cina.

28 Jan 2005/Jumaat- DAY 33
  • Timbang berat Azim pagi tadi 3.06kg. Tapi yg merisaukan aku ialah skrg ni dia x boleh habiskan susu 60ml untuk 3 jam.Mungkin kerana dia selsema.Aku harap dia sembuh hendaknya.
  • Azua telefon beritahu suruh ambil cuti jgn ambik mc.
  • Abang x berapa sihat.Semalam mak mertua pun x berapa sihat.Abang bawak gi klinik.

29 Jan 2005/Sabtu- DAY 34
  • Hari ni Dr Andy dan Dr Marriet buat round.
  • Pagi2 lagi Azim dah buat sedut kahak.
  • Hari ni makan nasi goreng kampung.
  • Abah datang.

30 Jan 2005/Ahad- DAY 35
  • Abang hantar Azieq dkt aku sbb Khamis ni ada spelling test.
  • Berat Azim 3.12kg.
  • Petang Khairul kawan abang datang ambil deposit maid RM1500.

31 Jan 2005/Isnin- DAY 36
  • pagi abang datang dgn ila. Ila jaga Azim semasa aku pergi kerja.
  • Aku naik kerja macam biasa. En Azhar ada tapi ine whole day meeting di Bangsar.
  • Balik kejap ambil baju kerja.
  • Ila cakap Prof Boey mungkin nak tukar pada susu Isomil Rabu ni.
  • Telefon abah minta tolong Uun jagakan Azim sampai dapat maid.
  • Email gambar Azim pada abah.

1 Feb 2005/Selasa- DAY 37
  • Pagi abang datang macm biasa dgn ila.
  • Kak ct citer nanti En Azhar naik pangkat tukar ke IP.Puan Zurina incharge kat sini.
  • Kak ct kata nak bagi aku buat ML balik.
  • Sazali hantar aku dan ambil ila sekali.
  • Esok mungkin Uun datang jaga Azim.

2 Feb 2005/Rabu- DAY 38
  • Abang datang dalam 6.15a.m. Tunggu Uun datang dalam pukul 7.30a.m.
  • En Azhar x. Sazali hantar aku balik hospital.
  • Prof Boey start susu Isomil untuk Azim pukul 12.00p.m. 90 ml 1 1/2 scoop.
  • Uun balik ngan nani naik Putra.
  • Telefon Azieq tapi mak kata dia gi kompleks dgn ila.

3 Feb 2005/Khamis- DAY 39
  • Kerja mcam biasa. Sazali hantar aku. Uun balik dgn kawan dia.
  • Azim nampak mcm mood baik hari ni tapi berak dia agak kerap sikit.
  • Aku rasa terharu sebab En Azhar koyak borang cuti aku yang 2 minggu lepas tu.
  • Malam Azieq tuisyen. Ya Allah kau terangkanlah hati anakku Azieq...

4 Feb 2005/Jumaat- DAY 40

  • STOP TPN
  • Pagi2 lagi aku dah sms En Zahar yang mengatakan aku cuti hari ni.
  • Abang interview sebagai supervisor kat UMW pagi ni.
  • Jadi aku pergi LPPKN sorang2 naik bas. Lepastu naik teksi hantar darah utk ujian kromosom.
  • Kos RM3.90 sampai KL.
  • Kebetulan hari ni pun Uun datang lambat, balik abang ambik dan makan dkt gerai di hospital.
  • Uun balik dgn nani. Prof Boey cakap hari ni stop TPN.Seminggu lepas stop TPN kalau ok baru boleh balik.

Ok...nanti bersambung lagi....di CERITA AZIM DI PPUM 5....

No comments:

Post a Comment