Wednesday 27 June 2012

CERITA AZIM DI PPUM 5


Sambung lagi kisah Azim......part 5


5 Feb 2005/Sabtu- DAY 41

  • Hari ni macam biasa.Abang datang dalam pukul 1.00p.m bawak Arif.
  • Petang abah datang dengan emak dan Ain.Makan bihun sup & laksa.
  • Kawan abang Khairul bawa gambar maid untuk dipilih sebab yang hari tu ada hepatitis.
  • Berat Azim turun 3.06kg.

6 Feb 2005/Ahad- DAY 42
  • Pagi ni Dr Priya buat round.Abang datang dgn Arif dlm pukul 200p.m.
  • Dalam pukul 3.40p.m tiba2 Azim berak cirit-birit.
  • Aku risau betul, cakap dgn Dr Mohana..dia kata bukan sbb susu tapi kuman...Ya Allah sihatkanlah Azim anakku....

7 Feb 2005/Isnin- DAY 43
  • Azim x berapa boleh tidur malam tadi. Dia jaga sampai subuh.Malam berak kerap sikit.
  • Uun sampai awal hari ni.
  • Malam ni Azieq ada tuisyen/test BI.Semoga berjaya hendaknya.
  • Kerja macam biasa tapi hari ni balik kak ct yang hantar.Lambat sampai sbb kami sesat.
  • Skrg ni aku risau sangat kalau susu Isomil x sesuai untuk Azim...tapi Dr Andy kata mungkin sbb kuman.

8 Feb 2005/Selasa- DAY 44
  • Pagi abang datang macam biasa, tapi awal sikit.Uun datang pun awal sikit sebab dia tidur rumah kawan dia.
  • Azim malam tadi x berapa nyenyak.Tapi round pagi tadi Dr Priya cakap Azim aktif.
  • Pagi ni dekat ofis ada meeting dan aku order bihun goreng & murtabak lapis.
  • Beli makanan untuk Uun.Balik Zamri hantar pakai kancil En.Ramli. Zamri bagi Azim RM10.Tq.
  • Tengahari telefon Azieq..dia dah boleh spell one..two..three...etc.

9 Feb 2005/Rabu- DAY 45
  • Dr Andy suruh aku buat susu NEOCATE balik sebab mungkin Azim x tolerate dgn Isomil.Sedihnya aku...setin susu tu RM 175 setin yg 45ogm.Ya Allah mudahkanlah urusan hambamu ini....
  • Abang dtg dgn Azieq.Ajar dia spelling sikit.Abang bawak nasi beriyani.
  • Malam abg balik sorang coz besok nak balik kampung.
  • Azieq tidur kat sini dgn aku.
  • Alhamdulillah...malam ni Azim langsung tak berak.....

10 Feb 2005/Khamis- DAY 46
  • Hari ni Sabri kahwin kat Tanjung Karang.
  • Timbang berat Azim 3.2 kg.Alhamdulillah.
  • Abang datang ambil Azieq bawa gi balik kampung.
  • Azim hari ni  berak kurang sikit.
  • Tengahari aku beli laksa dan bihun sup.
  • Kak Rohayu isteri doktor sblh aku bagi Azim biskut dan karipap.

11 Feb 2005/Jumaat- DAY 47
  • Tengahari abang datang bawak makanan kenduri. Lauk ikan keli & gulai terung.Sedapnya dapat makan dgn abang.
  • Azim dapat jiran baru sakit diarrhoea jugak. Risau betul aku tengok keadaan dia.Ya Allah sembuhkanlah anakku Azim...
  • Aku telefon mak tapi nampak macam x sihat.
  • Paksu sms jemput pergi kenduri cukur jambul Hielal.Seronoknya..nak keluar dari penjara ni......

12 Feb 2005/Sabtu- DAY 48
  • Dr Priya & Dr Andy yang buat round hari ni.
  • Neighbour aku dah balik dah.
  • Abang cakap dia x datang hari ni.
  • Tapi dia datang jugak dgn Azieq.
  • Petang baru balik.
  • Telefon mak tanya khabar. Mak sakit teruk.

13 Feb 2005/Ahad- DAY 49
  • Dr Andy ysng buat round.Berat Azim naik sehingga 3.26kg.
  • Dr Andy cakap naik sikit sangat.
  • Mungkin akan cuba Isomil balik.Malam tadi Azim berak kerap sikit.

14 Feb 2005/Isnin- DAY 50
  • Pagi Uun datang lambat sikit sebab jalan jam.
  • H/P aku pulak rosak.
  • Sampai tempat kerja aku buatlah apa kerja yang patut. Rasa x tenteram sebab asyik nak balik ajer.
  • Balik kak ct hantar.Aku dah rasa aku ni dah menyusahkan orang.Tapi apa boleh buat.
  • Dr Cheok kata mungkin esok off lipid tengok Azim macam mana.
  • Esok harijadi anakku yang ke 2 Muhammad Arif.

15 Feb 2005/Selasa- DAY 51
  • Selamat harijadi anak mama Arif...yang ke 2 tahun..dah besar anak mama...
  • Aku balik jln kaki ke kompleks sbb nak naik bas 338.
  • Nasib baik kak Izza bagitau bas mana yang nak naik.
  • Aku belikan baju tidur Superman untuk Arif dan Azieq.
  • Prof Boey cakap nak start balik dgn Isomil esok.
  • Harap2 anakku Azim sembuh sepenuhnya...Amin..
  • Pagi masukkan duit RM100 untuk mak beli ubat.

16 Feb 2005/Rabu- DAY 52
  • Pergi kerja macam biasa.Aku habiskan masterlist yang kak ct bagi.
  • Balik jalan kaki kekompleks sampai lenguh kaki.
  • Azim start dgn Isomil balik tengahhari ni.
  • Ya Allah...sembuhkanlah anakku Azim...Amin...

17 Feb 2005/Khamis- DAY 53
  • Uun balik dgn nani.
  • Azim berak kerap sikit hari ni.
  • Aku dan abg aku mc.

18 Feb 2005/Jumaat- DAY 54
  • Uun sampai lambat pagi ni sbb jam traffic light rosak.
  • Pergi taklimat 'Kod Etika Perniagaan' Telekom.
  • Beli makanan untuk Uun.
  • Uun cakap berat Azim dah 3.31kg.Alhamdulillah.
  • Kak Zura bed 4 bagi Azim RM10.tq

19 Feb 2005/Sabtu- DAY 55
  • Pagi Dr Andy yang buat round.Dia cakap nanti akan off lipid.
  • Beli bihun sup & laksa.Abang datang sorang bawak makanan.
  • Petang abang Padin dgn family. Bawak donut...sedap..tq.
  • Abang balik pukul 7.00p.m ada kenduri dpn rumah..

20 Feb 2005/Ahad- DAY 56
  • Dr Andy buat round.Dia cakap dia mungkin akan kurangkan lipid Azim.
  • Abang dtg tengahari dgn anak2.
  • Petang baru balik.
  • Malam Kak Azah telefon & dia ada di hospital Selayang.

21 Feb 2005/Isnin- DAY 57

  • Makti telefon pagi2 bagitau Uun x dapat datang coz demam.
  • Abang patah balik ambil ila kerja malam.
  • Aku mc hari ini...abang urgent.
  • Lipid Azim dah mula off mulai petang tadi.
  • Aku mintak nurse sediakan time slip utk ila coz dia nak emergency malam ni....

22 Feb 2005/Selasa- DAY 58
  • Uun datang lewat sbb jam.Abang terus emergency hari ni.Aku pun masuk pukul 9.00a.m.
  • Siapkan kerja sikit.Makan dgn Azua dan Meah.Beli makanan untuk Uun dkt Keningau.
  • Pukul 1.00p.m abang ambik bawa anak2 sekali gi kompleks beli ubat mak.
  • Singgah rumah mak kat 20 sekejap.
  • Azim berak kira oklah..x kerap sangat..Alhamdulillah..

23 Feb 2005/Rabu- DAY 59
  • Uun masih lagi datang lewat.Aku smpai ofis kul 8.45a.m.Abang sampai ofis kul 10.00a.m.
  • Beli makanan untuk Uun.
  • Azim ok tapi selsema.
  • Petang abah datang bawa makanan dari rumah En Rahim.
  • Malam abang datang hantar susu Isomil.

24 Feb 2005/Khamis- DAY 60

  • Pagi2 lagi makti dah telefon cakap Uun x datang sebab berak2.
  • Aku x pegi keje.Telefo Meah mintak tolong tukarkan tarikh kursus pada besok.
  • Abang keje macam biasa.
  • Abang beritahu yang malam ni Khairul nak hantar maid utk replacement.
  • Malam dgn Azieq tuisyen macam biasa. Kena marah dgn abg x buat homework.


25 Feb 2005/Jumaat- DAY 61

  • Hari ni Ila datang jaga Azim sbb malam tadi last kerja malam.
  • Pagi aku ada kursus di Wisma. Tengahari aku balik jalan kaki gi kompleks beli baju Azieq.
  • Ila cakap doktor nak bukak cook on Monday.
  • Result kromosom sampai alhamdulillah.
  • Azim x ada masalah apa2 dgn kromosom dia.
  • Malam abang datang ambik Ila.
  • Berak Azim nampak ada progresslah.

26 Feb 2005/Sabtu- DAY 62
  • Maid masih belum sampai.
  • Dr Cheok explain mungkin 2 & 3 hari boleh balik.
  • Telefon Uun mintak dia tolong jaga Isnin-Rabu.

27 Feb 2005/Ahad- DAY 63
  • Malam tadi Azim asyik terberak2.Risau betul aku.
  • Timbang pagi tadi turun 3.33kg.
  • Buat dressing.Cook cathetor Azim dah block.X boleh flush dan ambil darah.

28 Feb 2005/Isnin- DAY 64
  • Uun dtg dgn Nani.Pergi kerje cam biasa.
  • Pukul 12.30p.m jalan gi kompleks beli susu Azim.Bas 338 datang lambat.
  • Pukul 2.30p.m baru sampai.Azim masatu separuh sedar sebab baru lepas operation keluarkan cook.
  • Petang Rani datang bawak pizza.
  • Malam Azim x berapa lena coz tangan dia sakit.Farah bukakkan line dia sebab bengkak.

1 Mac 2005/Selasa- DAY 65

  • Uun kata dia dah start keje ari ni. Abis tu abg datang pagi2 ambik emergency leave.
  • Aku naik bas 338 sampai kompleks, lepastu naik cab sampai ofis.
  • Balik tumpang Azua.Makan kat kompleks beli abang mee goreng.
  • Azim berak2.Abang jaga sampai aku balik & dia bagi ubat.
  • Azim berak2 sampai 9 kali hari ni.Sedih betul aku tengok dia.

2 Mac 2005/Rabu- DAY 66
  • Kak Long datang dgn abang pagi ni.Abang mintak tolong kak long jaga Azim hari ni.
  • En Azhar x ada meeting kat IP.
  • Balik naik bas mcm biasa.
  • Beli makanan dekat kak long.
  • Azim nampak ok sikit ari ni.Alhamdulillah.
  • Kak long balik sendiri naik bas.
  • Malam Azim tidur nyenyak.Aku pun dapat tidur sama.


3 Mac 2005/Khamis- DAY 67

  • Pagi ni abang datang dgn kak Long macam biasa.
  • Kak long beli nasi lemak untuk aku dan abang.
  • Aku meeting pasal TM Payphones.
  • Telefon Kak long tanya Azim.
  • Berat Azim turun 3.2kg.
  • Balik beli KFC.
  • Azim berak kerap sikit 5 kali hari ni.

4 Mac 2005/Jumaat- DAY 68
  • Abang datang dgn kak long macam biasa.
  • En Azhar bising pasal prestasi yg staff isi terlampau tinggi.
  • Beli nasi utk kak long.Beli nestum utk Azim perisa beras.
  • Azim berak kurang sikit hari ni.

5 Mac 2005/Sabtu- DAY 69
  • Abang dtg seorang coz Azieq gatal2 & pergi Klinik Rohani.
  • Tentang Azim 3.29kg naik sikit.
  • Nurse bagi Polycose kat Azim suruh cuba.
  • Berak kerap 8 kali. Paksu datang.

6 Mac 2005/Ahad- DAY 70
  • Timbang berat Azim 3.33kg.
  • Alhamdulillah.Minum 90 ml dgn polycose.
  • Petang abah datang dgn makti dan maksu.

7 Mac 2005/Isnin- DAY 71
  • Pagi abang datang dgn Ila.
  • Berak Azim agak kerap.
  • Polycose dah berhenti coz Azim x sesuai.
  • Malam abang datang ambik Ila balik.
  • Dietition Siti Hawa pun pening dgn keadaan Azim.
  • Malam berak x kerap.Alhamdulillah.

8 Mac 2005/Selasa- DAY 72
  • Abang dtg dgn kak long.
  • Aku kena balik cepat sikit hari ni coz kak long masuk pukul 2.00p.m.
  • Esok mungkin Ila jaga sampai hari Jumaat.
  • Tumpang Azua gi kompleks.Beli nasi goreng padprik kat kak long.
  • Pukul 12.30p.m sampai hospital.
  • Timbang Azim 3.37kg.


9 Mac 2005/Rabu- DAY 73

  • Ila dtg cam biasa dgn abang.
  • Hari ni hari jadi abang.
  • Aku beli baju telekom 2 helai dari Abe tapi belum bayar lagi.
  • Tumpang Awie ke kompleks.Beli wrapping paper.
  • Timbang Azim.Berat dia dah 3.38kg.
  • Ila cakap esok boleh balik kalau berat dia naik.Alhamdulillah,

10 Mac 2005/Khamis- DAY 74(last day di PPUM)
  • Yahoo....Azim dah boleh keluar...
  • Abang mc hari ni pergi seksyen 9 ambik check dari lokasi damai.
  • Pagi2 lagi dah telefon bagitau berat Azim naik sampai 3.4 kg.Alhamdulillah.
  • Ila bagitau yang Azim dah boleh balik kalau berat dia naik.
  • Boleh balik..berat Azim naik 3.42kg
  • Lambat settle coz summary report Azim lambat.
  • Petang baru settle...bil RM5280...
  • Pukul 6.00p.m baru sampai rumah.
Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Doktor dan nurse di Paeds 4 yang ikhlas serta sabar semasa merawat Muhammad Azim.

Thanks to:-

Prof Boey
Prof Lee
Dr Andy
Dr Cheok
Farah
Linda
Hamiza
Haslina
Indrani
CT Hajar
Kak Sarah
Kak Lia
Masnitah
Rusila
Mazni
Balqish
Maziah

-TAMAT-


No comments:

Post a Comment