Monday 25 June 2012

KISAH AZIM @ AHMAD


Assalamualaikum,

Agar kenangan terindah ini sentiasa segar dalam ingatan mama, akan mama coretkan cerita tentang Azim di alam blog untuk tatapan semua.Semoga niat ikhlas mama berkongsi kisah Azim di dalam alam maya dirahmati Allah s.w.t Amin.....Secara jujurnya pada kelahiran anak ketiga saya, saya diduga dengan perkara yang tidak pernah terlintas pun di hati saya akan saya lalui. Leka dengan kehadiran anak kedua Muhammad Arif yang comel dan bijak...saya dibuai-buai  perasaan yang tidak patut ada pada seorang hamba yang bersyukur. Saya leka dengan puji-pujian yang juga dari hamba ciptaan Allah s.w.t seperti saya. Saya lupa dan benar2 lupa bahawa ada satu kuasa yang memungkinkan segala2nya. Setelah usia anak kedua saya setahun , saya disahkan hamil lagi. Perasaan saya bercampur baur diantara suka dan tidak. Rapatnya anak aku..getus hati saya...lalu terus saya khabarkan pada mr husband yang sememangnya gembira dengan perkhabaran ini.

Pada awal kehamilan tiada beza antara dua kehamilan sebelum ini, tetapi saya diserang sakit kepala yang amat sangat sehingga terpaksa menelan panadol beberapa kali. Saya juga tidak berapa sedap badan kali ini.Saya juga mengatakan kali ini saya tidak mahu buat checkup di hospital kerajaan. Saya nak pergi ke klinik panel saja. Susah nanti nak ambil cuti..kata saya. Mr husband hanya mengiakan saja..Setelah usia kandungan baru masuk lima bulan saya buat first checkup di klinik panel. Dengan sekali imbas sahaja jantina anak sudah diketahui...Ini kalau tak silap saya ni lelaki lagi nih....kata doktor yang namanya saya rahsiakan...Ha...lelaki lagi anak aku!!!..ingatkan perempuan tadi.....

Apabila kandungan saya genap 7 bulan, kandungan saya di imbas lagi...dan kali ini doktor tersebut mengatakan bahawa kandungan saya kecil...dan doktor itu sempat berseloroh..".awat adik tidoq ka...awat x mau bangun???"Kata2 itu tidak mendatangkan apa-apa makna pada saya ketika itu."Kalau kecik senanglah sikit nak bersalin" inilah katahati yang muncul di benak hati saya pada ketika itu...Akibat kepenatan melayan kerenah anak yang kedua yang masih kecil dan lasak...maka saya jarang/tidak bercakap, mengelus,membelai kandungan saya pada kali ini..Bila doktor tanya anak bergerak ok ke tak...saya jawab anak dalam kandungan saya ni macam kurang aktif atau tidak bergerak aktif seperti abang2nya sebelum ini.Tapi respond yang saya terima dari doktor tersebut adalah..."anak hang kuat tidoq la tu"....Kata2 itu masih terngiang2 di telinga saya...andai kata jika ada yang tak kena kenapa doktor tidak rujukkan saya pada hospital? Perlakuannya seperti ianya sesuatu yang normal yang tidak perlu dibimbangkan. Saya yang sememangnya naif dan khilaf dalam perkara ini turut membiarkan anak saya kandung membesar dalam keadaan yang .......(maafkan mama azim...mama x tau).

Muhammad Azim dilahirkan pada hari Jumaat 05/11/2004. Dilahirkan dengan berat badan underweight iaitu 2.1kg. Setelah melahirkan, seluruh badan saya sakit2 kerana sakit bersalin kali ini sangat bisa.....saya masih ingat lagi kata salah seorang jururawat disitu apabila Azim di lahirkan...kesiannya dia...kenapa kesian yer...lantas apabila Azim diletakkan dipangkuan saya mencium pipinya...kenapa baunya tidak seperti anak2ku sebelum ini..kenapa tak wangi.....subhanallah...kesiannya anak aku....badannya sangat kecil, lemah, hidungnya kemek, jarak antara matanya jauh...sakit kah anak aku ni? Ya Allah kasihanilah anakku ini....

Muhammad Azim ketika 1 tahun..mama sayang Azim..

Lantas saya teringat...semasa proses memecahkan air ketuban sebelum kelahirannya...jururawat kata kotornya air ketuban. Air ketuban yang kotor menandakan adanya jangkitan kuman yang serius. Ya Allah...anak yang aku kandung kali ni dapat tempat tinggal yang kotor/kuman? Kesian nya anak aku...macam mana azim nak sihat mama? macam mana azim nak gemuk mama? macam mana azim nak cerdik mama?.......Semua yang mama makan...semuanya tak sampai pada Azim mama...Ya Allah betapa sengsaranya Azim masa dalam perut mama...maafkan mama Azim.....

Muhammad Azim tidak diletakkan bersama2 saya semasa di bawa ke wad bersalin. Hati saya mula berasa tidak sedap tetapi saya gagahkan juga.Mr husband agak lambat menjenguk saya di wad. "Sampai hati tengok akupun lambat...."bisik hati saya. Rupa-rupanya dia ke tingkat 6 menjenguk anak kami. Dan selepas itu barulah dia turun untuk melihat saya. Dari jauh nampak senyum kelat/paksa/sedih dilemparkan pada saya...:Hidung dia kemek kan bang..".nanti naik la tuh...macam abg2nya yang lain saya kira. Tapi mr husband terus mencelah dan potong cakap saya..."kemek sangat"...Saya tetap perasan mr husband memandang saya dengan pandangan simpati,kesian, kasih sayang dan yang pastinya tidak berkelip2."Nanti esok baru kita boleh tengok anak kita yer....ada masalah sikit sebab kecik sangat....tunggu sampai Yang boleh bangun ok..."lembutnya suara mr husband..dan malam itu tanpa merasa curiga saya sms kan pada abah, mak yang berada di Perlis...adik beradik serta kawan rapat mengenai kelahiran ini. Malam itu mr husband tidak dapat melelapkan mata...dan akhirnya tidur bersama dengan kesedihan...


Mr husband datang awal pada pagi keesokan harinya dan terus memimpin saya naik ketingkat 6. Sesampainya di sana saya lihat ramai betul doktor dan jururawat yang kebetulannya berada di tempat anak saya berada. Apabila saya mendekati anak, barulah saya perasaan ada kelainan padanya.Selain dari fizikalnya yang kecil...dia juga memiliki ciri-ciri seakan-akan sindrom down. Hidung kemek, jarak antara matanya jauh dan mulutnya yang kecil. Ya Allah...kau berikan aku anak istimewa kali ini...redhakah saya?bersyukurkah saya?sabarkah saya?.....Ya Allah berikanlah aku masa untuk memulihkan hatiku yang kotor ini....semua ini hanya pinjaman sementara....Aku redha Ya Allah..kau maha berkuasa di atas segala sesuatu....buat ketika dan saat ini adalah yang terbaik untukku....Doktor mengatakan yang anak saya ini mungkin ada sindrom. Ya Allah..kenapa aku.....aku banyak dosa..inilah balasan untuk aku..terasa seperti kaki tidak berpijak ke tanah..melayang-layang entah kemana...Aku lupa bahawa Allah s.w.t adalah pemilik mutlak segala2nya.....


Tapi saya bersyukur setelah keputusan ujian kromosom yang di buat ke atas Azim adalah normal...tapi saya masih tertanya-tanya apakah sakit yang menimpa anak saya ini. Doktor yang merawatnya mengatakan bahawa penyakit anak saya ini dimasukkan di kategori penyakit jarang jumpa. Sehingga ke saat ini penyakit anak saya tidak dapat dipastikan lagi..Semoga anak mama akan sihat seperti abang2nya yang lain.Mama bertuah kerana melahirkan mu Azim...izinkan mama, papa dan abang2 mu menumpang rahmat yang dilimpahkan Allah kepadamu sayang mama............Azim..



Nanti mama sambung lagi cerita pasal Azim yer!!!!Selepas ini kita kongsikan pasal pengalaman Azim sepanjang berada di hospital yang merupakan rumah kedua mama pada masa itu.....





3 comments:

  1. huhuhuhhuhuhu.. wawaaaaaaaaa..wak lu publish citer sedih nieh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. belum lagi masuk bab sadis....waaaaaaa........

      Delete
  2. Salam puan. Sy tertarik dgn artikel puan. sy nk tnya 1. doktor ad tak mengesahkn yg ank puan mmg dijangkiti kuman ketika masih dlm kandungan? 2. boleh tak puan bgtau sy ap diagnosis doktor utk ank puan ni? 3. saya ad baca artikel lain mengenai anak puan yg puan tulis ni, anak puan mmg tak ada masalah chromosome spt yg puan bgtau kan? pernah atau ada tak doktor bgtau yg anak puan ni mungkin ada cerebral palsy ? thx puan

    ReplyDelete