Wednesday 27 June 2012

BATUK KOKOL @ PERTUSIS @ BATUK 100 HARI

Assalamualaikum,


Saya nak berkongsi kisah tentang anak ketiga saya Muhammad Azim dan anak keempat saya Nurhamizah pada bulan April 2012 yang lepas. Kedua-dua anak saya ni dah batuk sejak 3 bulan yang lepas tapi masih tak recover.Kita orang laki bini dah puas keluar masuk klinik...ubat batuk, selsema dan antibiotik x usah cakapla...berbotol2...sampai dah x lut(orang utara cakap). Bagi saya...seorang ibu tentu risau..tapi as long bila anak kita aktif...main x hingat...panjat sana sini and yang paling penting kalau x demam pun dah kira ok...walaupun hingus dia meleleh dan batuk sekali sekala.That is a big mistake yang kita as a parent selalu buat...Sepatutnya kalau anak kita batuk & selsema pun paling lama boleh cure pun one week....Then..bila saya pergi klinik Tan, dr tu x nak bagi treatment sbb dah terlalu lama...Dr tan buat surat sbb batuk selsema lame sesangat... kedua-dua anak sayapun di masukkan di KPJ Selangor dari 14/04/12-24/04/12...eerr kalau tak silap saya...

Cinta hati mama Azim dan Nur Hamizah
baru lepas habis fisioterapi..tunggu giliran sedut kahak...

Treatment kat sana biasa jer....pagi buat fisioterapi...then sedut kahak...tapi masa nurse sedut kahak..saya berani tengok..kalau Dr Tan buat saya mmg tak berani nak tengok....lepastu setiap 4 jam kedua2 anak saya diberikan rawatan nebuliser.(gas).Then proceed dgn ubat2an batuk, selsema & antibiotik macam yang biasa kita tengok kat klinik tuh.Hari berganti hari...masuk 3 hari dah bosan giler...anak2 yang dah skolah tumpang kat umah mak mentua kat sek 20.Pada suatu pagi ada satu Dr berpangkat Datuk datang dan minta kebenaran untuk ambil sampel hingus anak2 saya. Beliau syak anak2 saya dapat virus batu kokol sebab dah lama sangat batuk. Saya izinkan sampel diambil.
 cayalah Azim...steady jerk masa nebuliser..siap tangan kat blkg lagi...

yg baju kuning tu bibik kesayangan Azim.....


Masuk hari ke 9 dalam wad, mr husband dah mula bising sbb anak perempuan saya Nurhamizah pulak tiba2 demam panas. Bayangkan apa perasaan kami..yer...masa masuk spital batuk dan selsema je...dlm spital demam pulak. Saya mintak jugak nak keluar dari hospital.Doktor kata dia tak jamin kalau ada apa2 berlaku.Lepastu kami nekad keluar dari spital pada hari yang ke 10...kami terus ke klinik Tan dan sedut kahak balik 3 hari berturut2.After two weeks saya dapat panggilan dari Kementerian Kesihatan yang mengatakan keputusan ujian batuk kokol tempohari positif. Apalagi...gabralah kami laki bini...terus pergi Klinik Tan mintak advice.Dr tu senyum dan cakap kalau batuk kokol ni bagi ubat mcm manapun dia tetap x akan baik sampai waktu dia nak baik...kalau orang cina panggil batuk 100 hari.Alhamdulillah...lega lah sikit hati mama ni nak!!!!

Sedikit info mengenai batuk kokol:-

Batuk kokol (atau pertusis) adalah satu penyakit bakteria dengan gejala-gejala demam sedikit, hidung berhingus, dan, paling ketara, batuk teruk yang boleh membuatkan pernafasan sukar. Sedutan udara ke dalam paru-paru antara batuk-batuk menghasilkan satu bunyi kokol nyaring yang tersendiri. Selepas melalui peringkat awal, ramai orang yang reda demam, tetapi batuk kronik yang datang bersama batuk kokol boleh kekal untuk beberapa minggu.

Berpunca daripada sejenis bakteria bordetella pertussis lazimnya batuk kokol akan bermula dengan sindrom selesema biasa yang disertai batuk. Sebelum ia disahkan sebagai batuk kokol, anak anda akan diserang batuk yang lebih teruk hingga menyebabkan dia sukar bernafas.
Untuk mengesan lagi keadaan itu, anda akan terdengar bunyi whoop ketika anak itu sedang menarik nafas. Keadaan ini berbahaya untuk bayi hingga boleh membawa maut kerana bayi tidak tahu membuang lendiran yang menyekat pernafasan dan menyedut udara.
Kerana itu, kematian disebabkan batuk kokol pernah dicatatkan sebelum ini terutamanya di negara-negara miskin seperti benua Afrika. Malah, jika batuk kokol dalam kalangan bayi dan kanak-kanak tidak diatasi segera sebanyak 20 peratus daripada mereka biasanya mendapat radang paru-paru (pneumonia).
Adakalanya selepas kerap batuk, anak akan muntah. Lebih malang lagi, keadaan itu boleh berlanjutan sehingga lebih dua bulan. Justeru, bagi mengelak anak daripada terkena jangkitan kedua selepas batuk kokol, pastikan anak anda mendapatkan suntikan imun daripada doktor untuk penyakit berjangkit itu.
Tindakan segera
Untuk perhatian ibu bapa juga, jika anda mengesyaki anak anda menghidap batuk kokol, jangan biar dia pergi ke sekolah atau tadika sebelum membawanya berjumpa doktor terlebih dahulu.
Sementara mendapatkan rawatan daripada doktor, ketika anak anda mengalami serangan batuk yang berterusan, dudukkan anak dan pegang anak supaya badannya menjengah sedikit ke depan.
Pastikan mangkuk yang disediakan untuk memudahkan anak muntah itu dekat dengan mulut supaya tidak berlaku jangkitan terhadap kanak-kanak lain.

Selain itu, jika anak anda muntah selepas serangan batuk, beri dia sedikit makanan dan minuman. Ini akan mengembalikan semula tenaganya.
Ini kerana, ketika anak anda sedang menghidap penyakit itu dia akan mudah letih. Selain itu, jangan biarkan anak anda bergerak lebih aktif kerana ia mungkin akan memudaratkan kesihatannya.
Rawatan untuk jangkitan itu adalah dengan memberi antibiotik. Biasanya pegawai perubatan akan menyediakan dos itu mengikut keperluan anak yang sedang dijangkiti.
Namun, diagnosis batuk kokol sukar dilakukan semasa peringkat permulaan jangkitan walaupun hakikatnya ubat yang perlu diambil lebih berkesan jika diambil pada peringkat awal.
Selain itu, jangan beri anak anda sebarang ubat batuk tanpa nasihat doktor.
Selain ubat, doktor mungkin akan melakukan sapuan tekak untuk membuat diagnosis batuk kokol kerana bayi jarang sekali menghasilkan bunyi whoop.
Doktor akan melakukan pemeriksaan dari semasa ke semasa dan jika penyakit itu masih teruk, pakar perubatan akan mengesyorkan bayi dimasukkan ke hospital untuk mengelak berlakunya penyahhidratan.








22 comments:

  1. takutlah... lately nie yusouf pun ada batuk and muntah macam gitu.. tapi dah bawak gie klinik takder aper pung

    ReplyDelete
    Replies
    1. betui ana...nanti beringatlah...kalau zaman kita dulu hingus hijau pun x bahaya....

      Delete
  2. kak mimi... ummi x leh tgk la gamabr2 kak mimi dlm blog ni huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. naper yer...owang lain boleh jer...azua baru bukak...

      Delete
    2. anakmakcikkasmahD23 March 2016 at 01:21

      assalamualaikum kak mimi....nak Tanya skit boleh...macam mana mengatasi batuk kokol niee...sebb anak saya pun baru jer keluar hospital n doctor kata dia mungkin terkena jangkitan batuk kokol niee...saya pun dah buntu sampai sekarang dia masih batuk lagi..masa dia kena batuk tue. isteri saya seminggu lagi nak hbs pantang. ank saya batuk sampai x boleh bernafas dan bibir dia jadi biru..hurmmmm...mungkin kak mimi boleh bg penerangan sikit x...saya kenal kak mimi..

      Delete
  3. anak sya dah kene ni ha
    skrg dlm wad isolation

    ReplyDelete
  4. copy paste banyak.

    ReplyDelete
  5. Tq atas perkongsian... anak saya 28 hari dah kena demam n sekarang di diagnosis batuk kokol.. patutlah batuknya pelik sahaja

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anak mcmmna sekarang...anak saya bru 2bln simptom batuk mcm batuk kokol. Bolehka batuk ni dirawat dirumah sahaja

      Delete
    2. Anak mcmmna sekarang...anak saya bru 2bln simptom batuk mcm batuk kokol. Bolehka batuk ni dirawat dirumah sahaja

      Delete
    3. Bagaimana anak Fizah saad skrg? Dah baik?

      Delete
    4. This comment has been removed by the author.

      Delete
  6. Anak saya 4.5 bln pun suspected pertusis.. skrg dlm isolation ward htar... 2minggu batuk. Mula admitted sbb lung infection..bila dgr2 batuk paed ckp mcm ade symton2 penyakit pertusis

    ReplyDelete
  7. Blh sy tahu tak yg kena batuk kokol ni ambik vaksin ke tqk?

    ReplyDelete
  8. Blh sy tahu tak yg kena batuk kokol ni ambik vaksin ke tqk?

    ReplyDelete
    Replies
    1. anak saudara saya 5 bulan...memang tak vaksin...tapi atas nasihat dr...lepas baik rawatan diaorang akan ambik vaksin..

      Delete
  9. terima kasih kongsi pengalaman...anak saudara saya sekarang sedang menjalani rawatan di hospital...Dr masih belum bagi diagnosis yang tepat..tapi sekarang rawat sebagai batuk kokol dulu

    ReplyDelete
  10. Boleh saya tau..adakah anak puan tak ambil vaccine semasa bayi sehingga terkena jangkitan batuk kokol ni?

    ReplyDelete
  11. boleh saya tahu lepas ambil vaccine, adakah batuk kokol ini akan berkurangan..?

    ReplyDelete
  12. anak saya lun kena batuk yg sama pada umur 20hari...doc dah ambik sampel n sahkan kena batuk kokol ...tp x dak buat apa2 sbb baby masih kecil pernah amvk nab 3x sebab nafaf dia berbunyi...admin wad sehari sahaja doc ckp akan baik sendiri skrg baby saya dah masuk 2bln stgah masih batuk tnpa sebarang ubat��

    ReplyDelete
  13. Batuk kokol ni camane batuk dia

    ReplyDelete