Friday 29 June 2012

BREATH HOLDING SPELL






Assalamualaikum,


Kali ni saya nak berkongsi pulak cerita mengenai anak  dara yang satu2nya ni.Kisah ini terjadi pada cuti sekolah pada bulan 6 yang lepas.Saya and family termasuk bibik pergi ke rumah mak mertua di Shah Alam. Masa kat sana tu Hamizah apalagi syok betul main mainan Fathullah( anak buah) yang sebaya dengannya. Saya masatu baru lepas masak dan baru nak letak kepala nak tengok melodi. Selepas tu saya tengok Hamizah main kat porch pulak.Saya tak risau sangat sbb Ila(adik ipar) dan suami dia pun ada kat luar tu.Bibik saya pun masatu pun baru sibuk nak sidai baju.Saya ternampak Fathullah cuba dukung Hamizah dari belakang and lepastu letak balik. Anak dara saya kemain seronok masatu...maklumlah main dukung2...yang Fathullah plak kemain bangga lagik dpt dukung Hamizah(kaki terangkat sikit jer)....Utk pengetahuan, ukuran badan Hamizah adalah 2 kali ganda Fathullah.

Sedang saya asyik dok melangut tengok melodi yg jarang saya tengok tu...tiba2 terdengar suara Hamizah menangis dari luar.Apalagi saya terus keluar dan tengok Hamizah sedang menangis kuat dengan Ila sdg gosok kepala dia."Ala kak Ani...dia jatuh atas Fathullah sikit jer...."Saya terus ambik Hamizah dari Ila dan cakap"Ala sayang mama...ckit2 jer..."sambil menekupkan mukanya ke bahu saya. Bila saya tengok mukanya balik...dia masih lagik selak(tak tarik nafas) tapi masih x boleh lepas.Saya goncang2 bahunya...masih lagi tidak tarik nafas...mukanya bertukar menjadi biru pada masa tu....Selepastu... badannya terus lembik dan terkulai dalam pangkuan saya....mama sedih ni...Saya dengan segala kudratnya yang ada menjerit2 memanggil mr husband yang ketika itu berada di dalam bilik. Saya menjerit histeria dan menendang pintu...sambil berteriak...'bang..hamizah pengsan bang....."anak kita pengsan...'

Mr husband yang terkejut bila melihat anak pompuannya yang satu tu terkulai di pangkuan saya, terus ambil Hamizah dan terus memanggil nama "Hamizah...hamizah..bangun nak...jgn tinggalkan papa....perasaan saya masa tu hanya Allah saja yang tahu....saya memang ingat anak kesayangan saya tu sudah pergi selama2nya.Begitu sekejap Kau pinjamkan nikmat ini padaku Ya Allah.Mr husband yang saya lihat tidak panik menepuk2 belakang Hamizah yg tiada respond. Mr husband terus pangku Hamizah utk di bawa kehospital...tiba2 dengan kuasa Allah s.w.t Hamizah buka mata, terbatuk dan menangis kebingungan. Saya apalagi terus menerpa dan memeluk anak kesayangan saya ni....Ya Allah aku tunggu 13 tahun untuk dapatkan anak perempuan yang satu ni...nyawa mama...cinta mama....10 minit kemudian...hamizah terus bangun dan main balik.

Untuk pengajaran bagi diri saya dan para ibu2 di luar sana.Keadaan yang dialami anak saya ni di namakan Breath Holding Spell. Bagi anak saya,ini berlaku jika dia mengalami kesakitan yang amat sangat.Ini bermakna saya kena berjaga2 agar anak saya ni tidak terantuk, tidak boleh jatuh dan termasuklan tidak boleh sakit....mcm mana nak elak ni...nk jaga kristal pun x macm nih....yang best nya apabila anak kita tidak bernafas....badan akan automatik beri signal pada otak...supaya pengsan. Pengsan ini sebenarnya baik kerana sejurus selepas anak kita tidak sedarkan diri...anak akan mula bernafas dgn sendirinya.....Terima kasih Ya Allah...kerana selamatkan anakku...



Sedikit Info Mengenai Breath-Holding Spells

Melihat si kecil tidak sedarkan diri dengan wajah membiru memang sangat menakutkan. Tapi Anda tak perlu risau kerana keadaan ini tidak merbahaya.
Breath-holding spell adalah suatu keadaan ketika anak merasa kesakitan, marah ataupun ketakutan, sehingga Ia melepaskannya dengan menangis dengan kuat lalu menahan nafas dan tidak bersuara.
Keadaan ini disebabkan oleh suatu refleks yang abnormal dan menyebabkan 5% anak menahan napas cukup lama hingga ia menjadi tidak sedarkan diri atau pengsan.
hamizah ni kalau menangis memang beria...


Tanda-tanda breath-holding spell:

Breath-holding spell tidak merbahaya dan bukan merupakan penyakit epilepsi/sawan. Serangan ini biasanya terjadi pada anak berusia 6 bulan hingga 2 tahun dan menyerang ketika anak baru terbangun dari tidur. Umumnya dalam sehari bisa terjadi 1-2 kali, namun setelah si kecil berusia 4 tahun akan hilang dengan sendirinya. Breath-holding spell, ditandai dengan gejala sebagai berikut :

  • Si kecil menangis keras dan menahan naFasnya.
  • Di sekitar mulutnya akan kelihatan warna biru lalu tidak sedarkan diri.
  • Tubuhnya menjadi kaku dan beberapa kali terlihat bergerak seperti kejang.
  • Keadaan si kecil akan kembali normal dalam waktu kurang dari 1 minit











Bagaimana merawatnya?
  • Selama serangan. Anda tidak perlu panik karena serangan ini tidak berbahaya dan akan berhenti dengan sendirinya. Baringkan si kecil di atas tempat tidur. Dalam posisi terlentang rata, aliran darah ke otak akan membaik dan mungkin dapat mencegah timbulnya kejang. Letakkan kompres dingin di dahinya hingga ia sadar kembali. Catat lamanya serangan dan jangan memasukkan sesuatu ke dalam mulutnya.
  • Setelah serangan. Tenangkan dirinya sambil Anda memeluknya. Jangan memperlihatkan wajah panik dan ketakutan Anda pada si kecil.
  • Pencegahan trauma. Keadaan yang paling merbahaya adalah trauma pada bahagian kepala. Bila saat serangan terjadi si kecil sedang berada di dekat benda-benda keras, segera baringkan dia jauh dari benda tersebut.
Apakah boleh dicegah?

Serangan ini tidak dapat dicegah bila disebabkan si kecil terjatuh atau dalam kondisi marah dan ketakutan. Namun anda boleh menghindari si kecil agar tidak menjadi biru dengan mengalihkan perhatiannya. Peluklah si kecil dan perlihatkan sesuatu yang menarik padanya. Anak yang mengalami anemia lebih sering mengalami serangan ini.

Perlukah menghubungi doktor?


Meskipun tidak merbahaya, namun sebaiknya Anda harus tetap waspada. Segera memeriksa keadaan si kecil ke dokter bila serangan terjadi lebih dari satu kali dalam seminggu dan berlangsung lebih dari satu minit. Pola serangan yang berubah juga perlu Anda perhatikan.




Info dari www.connective.com

7 comments:

  1. salam...anak saya juga mengalami masalah yang sama,tak boleh langsung buat perkara yang dia tidak suka,ambil barang dari dia secara mengejut,tinggi suara..tak ikut apa dia nak,mesti dia akan menangis dan tidak sedarkan diri,macam mana awak menghadapinya apabila perkara yang sama berulang??pls advise me...walau banyak membaca tetapi tetap menakutkan saya....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Eila dan selamat hari raya....rupanya masalah anak eila lebih kurang dgn masalah anak akak ni.Dalam kes anak kita ni kita cuma perlu lebih berhati2.Cuma kes Eila ni lebih mencabar la....sebab bila keinginan yang diorang tak dapat....saja je tahan nafas.....mudah2an anak elia ok lepas ni....nak tunggu umur 3 tahun lambat betul rasanya.....

      Delete
  2. assalamualaikum... anak saya ada breath holding spell. dah 3 kali attack.
    1st time - berebut botol bedak ketika nak siapkan dia pakai baju.
    2nd time - jatuh ketika belajar merangkak
    3rd time - masa nak sedut hingus dia ketika selsema...

    sekarang umur dia 8 bulan... masa yang lama nak tempuh... =(
    orang sekeliling akan automatic panic bila nmpk dia macam tu, and marah2 dia bile attack dia datang...

    ReplyDelete
  3. Assalammualaikum...anak saya pon ada breath holding spell..saya tersangat lah risau n panic masa dia first time jadi tu...sbb saya tak tak pernah tau pon pasal breath holding spell ni...n saya betul2 dah ingat anak saya ada sawan...nasib baik dapat info ni..so tenang lah sikit hati ni..sekarang anak saya baru setahun 5bulan...lama lg la nak tngu 4 tahun...

    ReplyDelete
  4. As salam..sy br bc info ni..smlm pgasuh bgtau ank sy sawan tanpa dmm mata xterbuka..skg d ward..n bila nurse nk masukkn ubat dia nangis n terus snyp..lembik..tp mata tbuka..tgk ats..skjp ja..xsmpi sminit..mgkn ini pn breath holding spells agaknya..moga ianya benar..

    ReplyDelete
  5. salam, anak sy pun jadi mcm symptom ni juga semalam. dia jatuh semasa berjalan dan kepala terhentak ke lantai. selepas itu, anak kejang agak lama & bila sy cuba kejut die (tepuk2, pggl2 nama & basahkan kepala n muka die). baru die sedar . rupanya lepas kejang baby automatik akan pengsan.. mmg terkulai layu.. sy panic sgt sgt....hrp xberulang.. anak umur 1 tahun

    ReplyDelete
  6. Assalam..Trima kasih sis atas perkongsian ini...anak saya juga mengalami mslh sama..1st attack jd sebulan lepas...lps tu ptg td jd lg..tu yg membuatkan saya cari cik google utk tau lbh lanjut..rupanya ramai ya ank2 jd mcmtu...takutnya sya bla tgk ank biru,lembik,mata putih ,x bernyawa.. Tp esok sya akan ke doktor juga utk check dia..umur baru 9 bulan..sya sgt takut klau2 bnda ni jd ketika sya xdak depan mata dia...wlaupu. kali kedua jd tp still xdpt nk elak rasa panik melampau tu..cblh nk berfikir apa nk buat..😭

    ReplyDelete