Wednesday 19 September 2012

INDEPENDENT HAMIZAH...

Assalamualaikum,
Hari ni saya nak citer ckit pasal anak pompuan saya yang satu2 satunya ni.Namanya Nur Hamizah binti Shamsul Bahrin. Umurnya dah 1 tahun setengah pada 9/3/12 yang lalu. Orangnya sangat ceria, kulitnya tak putih atau dengan kata nama lain ...senandung....,talkative dengan bahasa jerman yang kami satu rumah haram tak paham.Tapi lately ni saya dah dengar perkataan "kak ni"...bila nak bukak pintu..."akai cut" bila nak pakai kasut...dan "atai ni" bila tangan dia gatai.So far so good aper.......mama bangga dengan mizah......tapi ayat penyudahnya tetap ditutup dengan bahasa jerman yang macam P. Ramlee cakap tu...so comel...Sekurang2nya hati mama ni terubatla ckit sebab abang Azim kan sampai skrg tak dapat cakap not even a word....tapi mama redha nak........mama sayang sumer anak2 mama.
thanks to abang Arif for the material...
Anak dara saya sumer nak buat sendiri...nak makan sendiri...minum sendiri( yang ni mak saya complaign,mak saya kata hang dulu kecik2 aku suap).......nak mandi sendiri sampai kekadang cam nak lemas bila dia curah air dari paip terus ke muka...tapi tak suka gosok gigi....Bila nak pakai pampers dia ambik sendiri dan pilih sendiri baju2 dia....tak percaya kan..........tapi itulah dia.........mungkin kerana dia faham yang dia ada abang yang istimewa yang perlu diberi layanan yang lebih.Tapi hakikatnya kasih sayang bibik pada Azim telah terbahagi dua kerana kehadiran anak dara mama ni.

Special thanks to abang Azim kerana sanggup berkongsi kasih dgn Mizah.Say thanks to abang Azim kerana sanggup tunggu bibik siapkan kerja2 rumah dan mengelolakan Mizah sampai siap.Say sorry to abang Azim sbb kdg2 abang Azim tunggu bibik sampai tertidur sorang diri dibilik belakang.Sebab apa? sebabnya kadang2 bibik pun tidoq skali bila buai Hamizah.ha ha ha.Honestly mama memang tak kisah sebabnya mama sentiasa bersyukur...bersyukur dengan apa2 sahaja kurnian tuhan...papa selalu ingatkan mama bahawa setiap kejadian ada hikmahnya.Mama pergi work dengan keadaan redha dan pasrah.Hanya doa yang mama panjatkan supaya Allah s.w.t. memudahkan urusan hamba2nya.Ya Allah selamatkanlan anak2 ku Azim dan Hamizah di bawah jagaan pengasuh Indonesia.Hanya inilah yang terbaik buat mereka pada ketika dan waktu ni......

Tapi  as a mom,mama pun kadang2 pesan benda yang tak patut2 pada bibik...contohnya mama selalu cakap pada bibik..."bibik..nanti bila cakap dgn mizah jgn cakap bahasa Indon ye bik...ckp la bahasa melayu...nanti anak saya keliru"see...how selfish I am.Dan bibik saya pun jawap"ya buk...nanti nian saya ckp melesia dgn dia......."sbb apa saya pesan camtu..sebabnya one day saya dah terperasan yang anak dara saya ni bila  bibik suruh dia ambik "dot"....dia terus berlari ambik susu.Saya tanya kenapa dia ambik susu...pastu bibik saya cakap sbb kami panggil susu tu dot....see...see...tu ler sbb saya risau.Dalam hati saya dari dia pandai bahasa indon baik saya antar dia tuisyen bahasa Inggeris..hi hi hi...

Itulah hanya perasaan seorang ibu yang sangat sayang pada anak2 nya.Sbb setiap ibu nak yang terbaik untuk anak2nya.Tapi kita selalu lupa...dan lupa.Sebaik mana rancangan hebat kita ni...ada lagi kuasa yang Maha Hebat yang maha menentu dan menjadikan segala sesuatu.Maka perbanyakkan doa untuk anak2 mu wahai Mimi Hani.Dia maha mendengar, pengasih dan penyayang.Doakanlah yang terbaik untuk anak2 kita.Amin...













No comments:

Post a Comment